The Less Likelihood of Fine Irish Grains…

Disebalik kemahsyuran jenama-jenama pipa Itali dan artisanal dunia dengan briar-briar Calabrian dan Corsican mereka; sering datang dengan unjuran grainnya yang cantik dan menghasilkan banyak fiammata yang memukau minda, atau kemegahan briar-briar Algerian dari jenama terkemuka British yang memiliki struktur kayu yang keras hingga sesuai untuk proses rustifikasi dan sandblasting yang lebih signifikan dan mendalam, pipa-pipa Peterson yang kita biasa jumpa di rak-rak tobakonis tempatan kelihatan … Continue reading The Less Likelihood of Fine Irish Grains…

Berdansa Dengan Aromatika (Izinkan Saya, Sekali-Sekala) – Bavarian Blend No 3

Semenjak memajukan deria rasa ke arah blend-blend yang lebih subtle dan spesifik seperti Oriental, English dan VA/Per setelah enam bulan mengenali pipa suatu ketika dahulu, saya dapat merasakan yang kunjungan saya terhadap blend-blend aromatik adalah lebih tertumpu kepada hari-hari minggu sahaja. Bauan yang terbit dari tin-tin blend aromatik adalah sangat menjemput rasa, akan tetapi palate akan terasa kosong apabila asap aromatik itu singgah. Mungkin boleh … Continue reading Berdansa Dengan Aromatika (Izinkan Saya, Sekali-Sekala) – Bavarian Blend No 3

Pipa Petang Ahad – Cantekin Meerschaum Rhodesian + John Cotton Smyrna + The Tapping Tapir (Pineapple & Calamansi)

Keseronokan petang Ahad kali ini mendapat sentuhan lokal. The Tapping Tapir adalah sebuah jenama minuman yang cuba membawa revolusi “real sparkling soda” di bumi Malaysia sekarang. Minuman soda keluaran mereka menampilkan penggunaan bahan-bahan yang segar dan asli – tanpa pewarna, perisa dan pemanis tiruan. Sejak kebelakangan ini kita sememangnya dikejutkan dengan banyak perusahaan minuman dan makanan bersifat artisanal yang lebih cenderung untuk mengutamakan keaslian dan … Continue reading Pipa Petang Ahad – Cantekin Meerschaum Rhodesian + John Cotton Smyrna + The Tapping Tapir (Pineapple & Calamansi)

Black Is The New Lux – Pipa-Pipa Hitam Anda

Warna hitam seringkali dikaitkan dengan perkabungan, kuasa jahat, agenda gelap, abnormal dan mistik sejak berzaman lagi. Ia adalah warna pilihan ahli-ahli sihir di zaman medieval dan dianggap kotor dan “outcast” pada ketika itu. Akan tetapi masuk lewat abad ke 20 hingga sekarang, nasib warna hitam secara tiba-tiba berubah – ia menjadi hip dan menarik kepada umat manusia. Apa yang pernah menjadi “taboo” pada suatu ketika … Continue reading Black Is The New Lux – Pipa-Pipa Hitam Anda

There’s Sugar on my Stonehenge..

Enam ke tujuh bulan terdahulu, sukar untuk saya berenggang dengan blend terbaru & ekslusif dari G.L. Pease iaitu Stonehenge Flake. Saban hari saya membuka tinnya untuk mencium aroma yang terhasil, meleraikan flake demi flake sehingga lah setin habis dan setin yang baru dibuka. Tin yang baru itu dibuka dan selepas dua keping flake digunakan, terus saya simpan di cellar untuk diberikan sedikit “shelf-time” dan dinikmati … Continue reading There’s Sugar on my Stonehenge..

“Aboriginal Finish” – Finishing yang Mustahil dan Pra-Sejarah dari Peterson

Pipa-pipa keluaran Peterson adalah berbaloi untuk kita perhatikan. Sebagai sebuah jenama pipa yang popular dan selalu ada di tobakonis-tobakonis sama ada luar negara mahupun tempatan, anda tidak mampu untuk mengelak dari membelek-belek Peterson. Julat penawarannya yang sangat meluas – dari entry level hingga lah ke seleksi premium; dari briar hingga lah ke meerschaum – sukar untuk kita mengatakan yang Peterson tidak mampu menawarkan sesuatu. Disebalik … Continue reading “Aboriginal Finish” – Finishing yang Mustahil dan Pra-Sejarah dari Peterson

Pemergian Mengejut McClelland…

Hubungan cinta antara saya dengan Arcadia dan siri Christmas Cheer bukanlah satu rahsia lagi. Saya masih ingat lima ke enam tahun lepas menjejaki saki-baki Arcadia di tanah Malaya dan hoarding bagaikan tiada hari esok. Begitu juga dengan Christmas Cheer dan Frog Morton – cuma Frog Morton tidak memerlukan hoarding kerana blend ini dibawa secara terus-menerus oleh tobakonis tempatan. Kesemua blend ini adalah dari McClelland. Dan … Continue reading Pemergian Mengejut McClelland…

Beberapa Fine & Peculiar Ribbons – G.L. Pease Montgomery

Sementelahan kita bersembang tentang tembakau potongan ribbon tempohari, mari kita lihat sebuah blend tembakau berpotongan ribbon yang sedikit berbeza dari yang lain. Montgomery was never been easy. Jika kita sanggup untuk meluangkan masa untuk melihat dengan lebih dekat, Montgomery adalah sebuah blend kompleks dengan filosofi dan teknik blending yang baik. Ia bukanlah blend yang anda akan berikan high-five sebaik sahaja tinnya dibuka. Sebaliknya, Montgomery berkemungkinan … Continue reading Beberapa Fine & Peculiar Ribbons – G.L. Pease Montgomery

IPSD 2018 ; “We Might Be Outnumbered, But Never Outgunned!”

International Pipe Smoking Day (IPSD) tahun 2018 disambut dengan cara yang agak sederhana di sekitar negara kita. Walaupun di dalam mode yang penuh kesederhanaan, keriangan dan kemeriahannya tidak kurang hebatnya. Perayaannya dapat kita lihat, dengan sambutan-sambutan IPSD kelolaan MSP di Markaz Larkin Johor, Selpi di BSP Skypark, geng Lepakhouse Kulim (walaupun tidak ramai tetapi ada!), Segamat Pipers dan malahan saudara kita di seberang, the Paduders … Continue reading IPSD 2018 ; “We Might Be Outnumbered, But Never Outgunned!”

Potongan Tembakau & Pengurusannya : Ribbon

Ribbon pastinya adalah adalah potongan tembakau konsumer yang paling popular dan paling banyak kita lihat. Di zaman sekarang yang serba-serbi segera dan fast-paced ini, ribbon adalah potongan tembakau terbaik kerana ia mudah untuk digunakan. Boleh dikatakan juga yang tembakau berpotongan ribbon adalah bentuk yang paling “ready made” untuk konsumasi biasa. Cepat dan mudah, adalah kata kunci kepada kehidupan kita sekarang. Potongan ribbon, sebelum ia menjadi … Continue reading Potongan Tembakau & Pengurusannya : Ribbon