Pemergian Mengejut McClelland…

Hubungan cinta antara saya dengan Arcadia dan siri Christmas Cheer bukanlah satu rahsia lagi. Saya masih ingat lima ke enam tahun lepas menjejaki saki-baki Arcadia di tanah Malaya dan hoarding bagaikan tiada hari esok. Begitu juga dengan Christmas Cheer dan Frog Morton – cuma Frog Morton tidak memerlukan hoarding kerana blend ini dibawa secara terus-menerus oleh tobakonis tempatan.

Kesemua blend ini adalah dari McClelland. Dan kini, McClelland tidak bersama kita lagi.

McClelland adalah sangat terkenal di kalangan pemipa, terutamanya bagi penggemar virginia kerana dikatakan hanya McClelland yang mampu menghasilkan blend-blend virginia dengan mutu dan kualiti yang sangat baik berbanding dengan blending house lain. Saya fikir ia adalah sebuah “fair statement” – anda tidak mungkin menjadi sangat baik di dalam semua bidang atau semua perkara yang anda lakukan ; GL Pease terkenal dengan permainan latakianya, Cornell & Diehl dengan pendekatan blending yang agak meluas, Solani terkenal dengan Aged Burley Flake mereka, dan anda juga memiliki Peterson dengan penawaran aromatik yang komprehensif. Akan tetapi jika kita mengutarakan tentang blend-blend Virginia atau VA, bagi saya, adalah milik McClelland. Standard VA adalah kepakaran McClelland.

Dikatakan juga merekalah yang mengenalkan stoved virginia kepada dunia perpipaan. Kreasi dan ciptaan sebeginilah yang menjadikan dunia perpipaan sangat menarik. Anda memerlukan “passion” untuk datang dengan kreasi sebegini, yang meletakkan hasil keuntungan jualan sebagai faktor yang kurang penting berbanding menikmati blend-blend dengan kreasi baru. Dedikasi McNiel adalah sesuatu yang agak sukar dicari pada era ini.

Adakah kehilangan McClelland ini akan memberikan masalah kepada kita? Yes, big time. Ia lebih dari sekadar kehilangan sebuah jenama tembakau pipa. Ia juga memberikan satu petanda yang memberitahu kita akan keberadaan tembakau mentah berkualiti yang semakin sukar, semakin mustahil untuk didapatkan. Agak menyedihkan kerana kita bakal kehilangan produk-produk pertembakauan yang berkualiti tinggi kelak. Namun apa lebih menakutkan adalah fakta dimana kebanyakan blend menggunakan virginia sebagai tembakau asas, dan apabila Mike McNiel sendiri mengakui betapa sukarnya untuk mendapatkan bekalan virginia yang “worthy” untuk digunakan di dalam blend-blend mereka, kita seakan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada blend-blend lain kelak?

Selain dari siri-siri tersohor McClelland seperti Frog Morton, Christmas Cheer, Personal Reserve, Grand Orientals dan Holiday Spirit, terdapat juga banyak siri-siri yang agak “obscured” seperti Club Blends (revival blend Ashton lama), Limited Edition Anniversary, Oriental Mixture dan Royal Cajun Blends, yang kurang mendapat tempat di hati pemipa yang leka dan alpa. Sedikit konsolasi bagi saya kerana masih berjaya mendapatkan siri Royal Cajun (dan tambahan semula Grand Oriental) sebelum kegilaan hoarding baccy McClelland ini bermula. Jika tidak, sudah tentu saya terpaksa mendapatkannya pada harga tiga ke empat kali ganda sekarang. Jelajahi eBay dan saksikan sendiri kegilaan hoarding McClelland ini.

Kita akan merindui keenakan virginia primer yang manis, hay-ish dan fruity. Kita juga akan merindui trademark “ketchup smell” dari tin-tin McClelland. Christmas Cheers, Frog Morton, hats off dan goodbye. Arcadia, hmm, sukar untuk saya membayangkan hidup saya sebagai seorang pemipa tanpanya di sisi.

Disebalik semua rintihan itu, terkuburlah sebuah blending house yang mampu meyakinkan saya yang dunia perpipaan adalah seperti embun pagi di hujung rumput. Segar dan meyakinkan akan tetapi mulai menghilang tidak lama kemudian.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s