Berdansa Dengan Aromatika (Izinkan Saya, Sekali-Sekala) – Bavarian Blend No 3

Semenjak memajukan deria rasa ke arah blend-blend yang lebih subtle dan spesifik seperti Oriental, English dan VA/Per setelah enam bulan mengenali pipa suatu ketika dahulu, saya dapat merasakan yang kunjungan saya terhadap blend-blend aromatik adalah lebih tertumpu kepada hari-hari minggu sahaja. Bauan yang terbit dari tin-tin blend aromatik adalah sangat menjemput rasa, akan tetapi palate…

Pipa Petang Ahad – Cantekin Meerschaum Rhodesian + John Cotton Smyrna + The Tapping Tapir (Pineapple & Calamansi)

Keseronokan petang Ahad kali ini mendapat sentuhan lokal. The Tapping Tapir adalah sebuah jenama minuman yang cuba membawa revolusi “real sparkling soda” di bumi Malaysia sekarang. Minuman soda keluaran mereka menampilkan penggunaan bahan-bahan yang segar dan asli – tanpa pewarna, perisa dan pemanis tiruan. Sejak kebelakangan ini kita sememangnya dikejutkan dengan banyak perusahaan minuman dan…

Black Is The New Lux – Pipa-Pipa Hitam Anda

Warna hitam seringkali dikaitkan dengan perkabungan, kuasa jahat, agenda gelap, abnormal dan mistik sejak berzaman lagi. Ia adalah warna pilihan ahli-ahli sihir di zaman medieval dan dianggap kotor dan “outcast” pada ketika itu. Akan tetapi masuk lewat abad ke 20 hingga sekarang, nasib warna hitam secara tiba-tiba berubah – ia menjadi hip dan menarik kepada…

There’s Sugar on my Stonehenge..

Enam ke tujuh bulan terdahulu, sukar untuk saya berenggang dengan blend terbaru & ekslusif dari G.L. Pease iaitu Stonehenge Flake. Saban hari saya membuka tinnya untuk mencium aroma yang terhasil, meleraikan flake demi flake sehingga lah setin habis dan setin yang baru dibuka. Tin yang baru itu dibuka dan selepas dua keping flake digunakan, terus…

“Aboriginal Finish” – Finishing yang Mustahil dan Pra-Sejarah dari Peterson

Pipa-pipa keluaran Peterson adalah berbaloi untuk kita perhatikan. Sebagai sebuah jenama pipa yang popular dan selalu ada di tobakonis-tobakonis sama ada luar negara mahupun tempatan, anda tidak mampu untuk mengelak dari membelek-belek Peterson. Julat penawarannya yang sangat meluas – dari entry level hingga lah ke seleksi premium; dari briar hingga lah ke meerschaum – sukar…

Positiviti Tentang Kehilangan McClelland

“Apa, positif?” anda bertanya. “Di mana positif nya kalau kita dah hilang arah – pagi hari mengorek tin Frog Morton mengumpul serdak untuk bowl terakhir?”. Peluh jantan mengalir dan belang tarung terpamir di dahi. Saya boleh lihat akan kerisauan yang membelenggu jiwa anda. Sabar, kawan-kawan. Kita baru pertama kali mengalami kehilangan secara besar-besaran. Datuk nenek…

Pemergian Mengejut McClelland…

Hubungan cinta antara saya dengan Arcadia dan siri Christmas Cheer bukanlah satu rahsia lagi. Saya masih ingat lima ke enam tahun lepas menjejaki saki-baki Arcadia di tanah Malaya dan hoarding bagaikan tiada hari esok. Begitu juga dengan Christmas Cheer dan Frog Morton – cuma Frog Morton tidak memerlukan hoarding kerana blend ini dibawa secara terus-menerus…