Resolusi Pipa 2019 : Kita Adalah Jauh Lebih Baik Dari Mereka.

Selasa lalu, kita menyambut 2019 dengan penuh hemah. Seperti biasa kita akan memprojekkan pelbagai keazaman dan iltizam. Hakikatnya, masa terasa cepat berlalu, dan bahang 2018 masih dapat kita rasakan, walaupun perubahan yang berlaku adalah agak besar terutamanya bagi kita pemipa dan rakyat Malaysia secara amnya. 2018 secara tidak langsung menyaksikan banyak fenomena-fenomena aneh dan separa aneh yang melanda dunia perpipaan kita ini. Pada awal 2018 … Continue reading Resolusi Pipa 2019 : Kita Adalah Jauh Lebih Baik Dari Mereka.

Devil Anse, Large Jap, Popular Culture, dan Entah Apakah Lagi…(ekstensi Peterson POY 2017)

Pada pembukaan 2018, saya ada mengutarakan tentang retro-isma yang semakin mendapat tempat di hati para pemipa sekarang. Old is gold, dan ketaksuban kita pada pemodenan sedikit terpukul dengan kecenderungan terbaru kita dengan rekabentuk lampau yang mementingkan faktor aestetik jauh ke depan berbanding faktor fungsi dan ergonomik. Dan ironinya, ergonomik juga hanya diterima-pakai secara meluas semenjak artikel dari tahun 1857 dari seorang ahli akademik Polish, Wojciech … Continue reading Devil Anse, Large Jap, Popular Culture, dan Entah Apakah Lagi…(ekstensi Peterson POY 2017)

Peterson POY 2017

Pipe of the year (POY) adalah sebuah keraian yang sering ditampilkan oleh beberapa firma dan jenama perpipaan tersohor, termasuklah Peterson. Tujuan utama ia diadakan selalunya adalah untuk meraikan peminat-peminat, memanjakan mereka dengan keluaran khusus yang biasanya adalah istimewa dan di dalam edisi terhad. Tambahan pula dengan status Peterson yang tergolong di antara pengeluar pipa terbesar dunia, POY adalah satu cara terbaik untuk mencapai kesemua matlamat … Continue reading Peterson POY 2017

Talkin’ Bruyère : Keberlangsungan Briar Untuk Umat Manusia

Zaman milenium ini menyaksikan beberapa kehilangan drastik sumber bahan mentah, sesuatu yang dahulunya kita sangkakan akan senantiasa ada di samping kita. Sesungguhnya bahan alami sememangnya tidak akan kekal, dek kerana itu lah manusia berubah arah kepada penggunaan bahan sintetik. Walau bagaimanapun, bukan semua perkara boleh ditukar-ganti dengan bahan buatan manusia, tidak mengira secanggih mana pun teknologi yang melanda kita sekarang. Perkara yang sama juga turut … Continue reading Talkin’ Bruyère : Keberlangsungan Briar Untuk Umat Manusia

Talkin’ Bruyère : Briar Dari Manakah Yang Paling Baik?

Sepertimana kita perlu terjun ke dasar pipa demi menikmati sepenuhnya kapasiti dan kemampuan yang dimiliki oleh pipa-pipa kita, kita juga perlu terjun ke dasar persoalan cepu emas ini, yang selalunya diperdebatkan dengan penuh kontroversi oleh para pemipa dan pipemakers sedunia. Perbincangan mengenai briar manakah yang terbaik seringkali diiringi dengan klise, bias-bias dan kecenderungan tersendiri seseorang pemipa tersebut. Namun limitasi bahan mentah yang sememangnya sinonim dengan … Continue reading Talkin’ Bruyère : Briar Dari Manakah Yang Paling Baik?

Talkin’ Bruyère : Kepelbagaian Pendekatan & Kaedah Rawatan Briar

Walau dari negara mana pun seseorang pipemaker itu berasal, kesemua mereka bersepakat yang sesebuah pipa yang berkualiti, haruslah datang dari briar yang terawat baik. Ini adalah bagaikan satu “golden rule” yang utama, sama juga sepertimana chef-chef tersohor yang akan menggunakan bahan mentah terbaik untuk masakan mereka. Gabungan kualiti bahan dan ditambah dengan kemahiran olahan, itulah yang menjadikan sesebuah pipa itu sebagai satu seni tersendiri. Oleh … Continue reading Talkin’ Bruyère : Kepelbagaian Pendekatan & Kaedah Rawatan Briar

Talkin’ Bruyère : Rawatan Ke Atas Burl Briar

Pembuatan pipa adalah satu proses penghasilan material yang agak kompleks dan tidak kurang organiknya. Ini kerana disebalik kerumitan kerja kayu dan kehebatan kejuruteraan draf aliran udaranya, faktor bahan dan material adalah salah satu faktor penting yang tidak boleh diketepikan sama sekali. Kebiasaannya kita semua sedia maklum yang briar adalah bahagian burl pohon erica arborea (sila rujuk bahagian pertama siri ini untuk lebih maklumat) dan kita … Continue reading Talkin’ Bruyère : Rawatan Ke Atas Burl Briar

Talkin’ Bruyère : Mengenali Briar

Briar adalah sumber bahan mentah yang kedua terpenting di dalam industri perpipaan selepas tembakau pipa itu sendiri. Ia adalah medium pilihan yang paling popular bagi para pemipa, jauh di depan medium-medium lain seperti corn cob, meerschaum, clay, morta, cherrywood atau bermacam jenis kayu lagi. Sukar untuk menemukan pemipa yang tidak pernah memiliki mahupun menggunakan briar sebagai bahan pipa mereka. Namun, apakah itu briar? Adakah kita … Continue reading Talkin’ Bruyère : Mengenali Briar

The Less Likelihood of Fine Irish Grains…

Disebalik kemahsyuran jenama-jenama pipa Itali dan artisanal dunia dengan briar-briar Calabrian dan Corsican mereka; sering datang dengan unjuran grainnya yang cantik dan menghasilkan banyak fiammata yang memukau minda, atau kemegahan briar-briar Algerian dari jenama terkemuka British yang memiliki struktur kayu yang keras hingga sesuai untuk proses rustifikasi dan sandblasting yang lebih signifikan dan mendalam, pipa-pipa Peterson yang kita biasa jumpa di rak-rak tobakonis tempatan kelihatan … Continue reading The Less Likelihood of Fine Irish Grains…

Black Is The New Lux – Pipa-Pipa Hitam Anda

Warna hitam seringkali dikaitkan dengan perkabungan, kuasa jahat, agenda gelap, abnormal dan mistik sejak berzaman lagi. Ia adalah warna pilihan ahli-ahli sihir di zaman medieval dan dianggap kotor dan “outcast” pada ketika itu. Akan tetapi masuk lewat abad ke 20 hingga sekarang, nasib warna hitam secara tiba-tiba berubah – ia menjadi hip dan menarik kepada umat manusia. Apa yang pernah menjadi “taboo” pada suatu ketika … Continue reading Black Is The New Lux – Pipa-Pipa Hitam Anda