IPSD 2018 ; “We Might Be Outnumbered, But Never Outgunned!”

International Pipe Smoking Day (IPSD) tahun 2018 disambut dengan cara yang agak sederhana di sekitar negara kita. Walaupun di dalam mode yang penuh kesederhanaan, keriangan dan kemeriahannya tidak kurang hebatnya. Perayaannya dapat kita lihat, dengan sambutan-sambutan IPSD kelolaan MSP di Markaz Larkin Johor, Selpi di BSP Skypark, geng Lepakhouse Kulim (walaupun tidak ramai tetapi ada!), Segamat Pipers dan malahan saudara kita di seberang, the Paduders dengan sambutan IPSD mereka di Garut. Kemeriahan ini, walaupun kita bukan berada di sana, dapat kita rasai.

IPSD adalah jauh lebih bermakna dari berkumpul bersama dan menyalakan pipa sedapur dua. Ia adalah satu perayaan yang agak holistik kerana ia melibatkan semangat yang menyeluruh : hobi, pipa, tembakau, tools, merchandise, dan yang paling penting persahabatan! IPSD tidak pernah berkisar tentang berapa banyak bowl yang anda bakar pada hari itu, atau berapa banyak blend yang dah anda cuba, atau berapa batang pipa yang anda kumpul. Ia tidak pernah ada kena mengena dengan nombor.

In fact, saya hanya menyalakan sedapur pipa di dalam sebuah corncob yang marhain sahaja, dengan tembakau perkongsian dari saudara Salman Rahim. Ada juga di antara kami yang pulang awal dek kerana tuntutan kerja namun ia dineutralkan kembali oleh beberapa pemipa yang datang agak terkemudian seperti Iez dan Dedi Darwish – jadi kesinambungan majlis yang mesra dan meriah masih tetap dapat diteruskan.

Jika dilihat pada skala pula, sememangnya adalah agak kecil berbanding dengan lain-lain majlis. Apabila ramai (lebih 100 orang misalnya) memanglah agak seronok namun IPSD masih dapat dirayakan walaupun bilangan kita tidak besar. Kita pemipa tidak memerlukan pesta besar untuk menikmati keseronokan persahabatan perpipaan, sebaliknya kita lebih senang dengan jumlah yang sederhana – kerana lebih fokus dapat diberikan untuk mengendalikannya, dan masing-masing berpeluang untuk bersembang dan santai dengan lebih baik. We may be always outnumbered, but we will never be outgunned!

Jutaan terima kasih kita ucapkan kepada Waqron & co dari Selpi yang bertungkus-lumus menggembleng tenaga untuk menjayakan majlis ini. Juga kehadiran beberapa core Mamposan seperti Cikgu Joe Kamari dan saudara Naufal yang merancakkan dan memeriahkan lagi majlis ini.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s