Potongan Tembakau & Pengurusannya : Ribbon

Ribbon pastinya adalah adalah potongan tembakau konsumer yang paling popular dan paling banyak kita lihat. Di zaman sekarang yang serba-serbi segera dan fast-paced ini, ribbon adalah potongan tembakau terbaik kerana ia mudah untuk digunakan. Boleh dikatakan juga yang tembakau berpotongan ribbon adalah bentuk yang paling “ready made” untuk konsumasi biasa. Cepat dan mudah, adalah kata kunci kepada kehidupan kita sekarang.

Potongan ribbon, sebelum ia menjadi ribbon, kebiasaannya masih berada di dalam potongan yang lebih tradisional seperti plug atau cake. Anda bayangkan yang kepingan plug ini dipotong nipis, lebih kurang selebar setengah sentimeter setiapnya dan kemudiannya ia mungkin dipotong lebih pendek lagi untuk memudahkan untaian ribbon ini dipek dan digunakan. Akan tetapi jangan lah kita hanya menyangka yang bentuk ribbon ini dihasilkan hanya kerana ia mudah untuk digunakan sahaja.

Antara kelebihan terhebat ribbon adalah kadar pembakarannya. Memandangkan ribbon adalah bentuk tembakau yang kecil, nipis dan panjang, ia dapat menghilangkan lembapan pada kadar yang jauh lebih pantas berbanding potongan cake, flake atau plug. Jika anda mendapati yang tembakau ribbon anda adalah agak lembap, anda hanya memerlukan sedikit airtime untuk mengeringkannya di dalam piring atau mangkuk. Malah, jika tembakau ribbon anda berada di dalam tin yang kedap sekalipun, ia akan dapat menghilangkan sedikit lembapan, walaupun pada sela masa yang lebih panjang. Keadaan tembakau yang tidak terlalu lembap dan tidak terlalu kering adalah sangat penting kepada pola pembakarannya di dalam bowl kelak, jadi penggunaan tembakau berpotongan ribbon dapat memberikan pemipa lebih kawalan ke atas pola pembakaran ini, yang seterusnya memastikan mereka untuk mendapatkan keseronokan cool, dry smoking seperti yang selalu kita harapkan.

Ribbon juga adalah sangat baik untuk blend-blend aromatik kerana potongannya yang kecil membuatkannya lebih mudah untuk menjadi sedikit kering dan mengurangkan kadar lembapan di dalam blend-blend sebegini. Kebanyakan blend-blend aromatik menggunakan propylene glycol sebagai agen pelembap dan beberapa agen perisa yang juga datang di dalam bentuk cecair. Ini menjadikan tembakau-tembakau aromatik adalah agak basah dan lembap terutamanya apabila ia baru dibuka. Bukan sahaja tembakau aromatik, tembakau jenis straight VA atau English juga terkadang menggunakan liquorice sebagai bahan tambahan jadi jenis ini juga tidak kurang terdedah kepada faktor lembapan. Dengan memastikan yang tembakau itu hadir di dalam potongan ribbon, ia dapat menghilangkan lembapan dengan lebih mudah dan efisien berbanding bentuk plug atau flake.

Mengutarakan hal kehilangan lembapan ini, jika dilihat pada sudut yang berlainan sudah tentulah pula ia adalah sebuah kekurangan bagi potongan ribbon, kerana lembapan akan hilang pada kadar yang jauh lebih singkat dari bentuk potongan lain seperti cake dan flake. Ini menjadikan tembakau berpotongan ribbon tidak boleh disimpan pada kadar masa yang lama – paling tidak, ia tidak mampu bertahan sepertimana plug atau flake. Oleh itu, pemipa haruslah mengambil-kira akan faktor ini apabila mereka merancang strategi penyimpanan baccy mereka, demi mendapatkan pulangan pada kadar yang optimum. Namun, faktor-faktor seperti jenis tin yang digunakan dan kondisi cellar itu sendiri juga memainkan peranan yang penting, kerana masih terdapat beberapa tembakau berbentuk ribbon di dalam airtight tin yang masih dapat dinikmati dengan baik sekarang walaupun ia adalah keluaran tahun 60an!

Walau bagaimanapun, ribbon bukanlah bentuk tembakau konsumer yang terkecil kerana ada lagi potongan yang jauh lebih halus, yakni jenis shag. Shag adalah jauh lebih halus, dengan untaian sehalus benang mengait, malah ada yang hampir sehalus rambut! Cuma permasalahannya dengan potongan shag adalah kadar pembakarannya yang selalunya terlalu pantas, sehingga ia dikatakan mengganggu flavor tembakau untuk menjadi lebih baik pada pembakaran yang ideal. Juga perkara yang menjadi hal adalah status shag yang dahulunya dikaitkan dengan sisa-sisa tembakau – yang menyebabkan bentuk ini kurang popular sehinggalah sekarang.

Memandangkan yang potongan ribbon ini adalah banyak, mungkin tidak perlu kita elaborasikan apa yang ada di pasaran namun demi kepentingan pemipa pemula yang mungkin sedikit sukar bagi mereka untuk membezakan potongan ribbon pada peringkat ini, anda boleh menjengah ke tobakonis berdekatan dan lihat pada blend-blend Peterson (kecuali 3P, University Flake, Irish Flake, atau apa-apa yang memiliki perkataan “Flake” pada namanya), semua tembakau Dunhill kecuali Dunhill Flake dan Deluxe, kebanyakan tembakau aromatik, Samuel Gawith Squadron Leader, dan lain-lain lagi.

Mudah untuk digunakan, profil penyimpanannya yang bersifat sederhana-lama dan versatil, keberadaannya yang sedia ada di pasaran, dan kadar pembakarannya yang ideal, ribbon adalah pilihan bagi banyak pemipa, sama ada pemula atau yang veteran. Ia adalah pilihan utama untuk go-to baccy dan mungkin juga adalah “savior” kepada dunia perpipaan moden – kerana jika kita hanya mempunyai potongan plug, cake dan flake sahaja sekarang, sudah tentu ramai pemipa pemula yang akan mendapati hobi ini adalah sangat melecehkan dan memakan masa – sebelum mereka “indulge” di dalam keseronokan memeritkan diri dengan plug, pisau dan peruntukan 3 jam yang damai di petang hari, pada fasa perpipaan yang kemudiannya.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s