The Less Likelihood of Fine Irish Grains…

Disebalik kemahsyuran jenama-jenama pipa Itali dan artisanal dunia dengan briar-briar Calabrian dan Corsican mereka; sering datang dengan unjuran grainnya yang cantik dan menghasilkan banyak fiammata yang memukau minda, atau kemegahan briar-briar Algerian dari jenama terkemuka British yang memiliki struktur kayu yang keras hingga sesuai untuk proses rustifikasi dan sandblasting yang lebih signifikan dan mendalam, pipa-pipa Peterson yang kita biasa jumpa di rak-rak tobakonis tempatan kelihatan seperti “uninspired” dan “make do” dengan apa yang mereka ada.

Begitulah perihalnya dengan pipa Peterson. Tidak banyak Peterson bergrain cantik yang kita boleh temui di sini. Banyak yang “decent” atau bersifat sederhana, dan mengirakan yang Peterson adalah lebih dikenali dengan kemasan perak dan nikel mereka, ia semestinya sesuatu yang sudah cukup baik buat kita. Tidak juga mahu saya lupakan yang Peterson adalah sangat terkenal dengan “reliability” pipa-pipa mereka – hampir kesemuanya adalah “good smoker” tanpa mengira dari apa jenis model pun. Mungkin kerana itulah, kita jarang mempedulikan kepada kontras unjuran grain dari pipa-pipa yang diusahakan di Dublin ini.

Namun awas, disebalik praktikaliti itu, jangan memandang rendah terhadap birdseye, straight dan flame grains dari Peterson. Mereka mampu untuk “rock your fiammata world” jika kena pada gayanya. Memang wujud pipa-pipa Peterson yang memiliki unjuran grain yang mampu membuatkan Castello tersedak ataupun Viprati menangis. Cuma permasalahannya, untuk mencari grain-grain bertahap “killer” dari Peterson adalah sesuatu yang tidak mudah.

Perkara pokok di dalam hal ini adalah disebabkan oleh fakta asas iaitu sememangnya Peterson tidak banyak mengeluarkan pipa-pipa straight grain. Pipa-pipa Peterson dikategorikan sebagai factory pipes dengan pengeluaran beribu pipa setahun, bukan pengeluaran artisanasal yang sememangnya memiliki input pengeluaran yang rendah lantas berkemampuan untuk memilih secara teliti akan blok-blok briar yang mereka mahu gunakan. Perkara ini adalah sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan oleh Peterson kerana mereka membeli briar secara pukal – di dalam jumlah yang besar. Untuk pengeluaran beribu pipa setahun, masakan anda mempunyai masa dan tenaga untuk memilih briar satu-persatu? Juga perlu kita lihat yang Peterson menempatkan produk mereka di segenap segmen pemipa, dari entry level, budget range, middle level, pipa-pipa memorial (seperti model St Patrick, Molly Malone, Sherlock Holmes etc) dan high level. Jadi pengeluaran pipa-pipa straight grain bukanlah satu keutamaan bagi mereka dan ia, walaupun ada, hanyalah sebahagian kecil dari produksi tahunan Peterson.

Selain itu kita juga harus melihat kepada pasaran pipa dunia dan pemfokusannya. Banyak pipa-pipa Peterson yang memiliki unjuran grain yang cantik akan dikeluarkan sebagai keluaran “high grade”, dan sayang sekali seleksi gred-gred sebegini biasanya disasarkan ke pasaran Eropah dan China. Di dalam perihal ini, kita harus akur akan kuasa membeli dari dua benua ini, terutamanya China. Mereka sanggup berhabis demi mendapatkan kualiti dan gred terbaik jadi tidak hairanlah banyak pipa-pipa Peterson pada kategori ini akan dihantar ke sana. Walau bagaimanapun kita di Malaysia ini harus juga bersyukur kerana kita masih dapat menikmati beberapa high grades yang masih sangat bertuah turut dihantar ke sini, walaupun di dalam kuantiti yang tidak banyak.

Agak menarik untuk memerhatikan betapa walaupun pengeluran straight grain mereka tidak banyak, apabila Peterson menghasilkannya ia adalah umpama permata yang sangat bersinar. Lihat sahaja pada unjuran grain pipa-pipa yang cantik ini. Ia adalah suatu karya alami yang saya tidak jemu-jemu menilik. Unjuran grain lurus yang mengkhayalkan ini berunjur cantik dari bahagian bawah bowl terus ke atas, dan setelah melepasi “fuller” ia timbul pula di permukaan crown bulldog ini sebagai birdseyes, dengan pusar-pusar grain halus yang sangat menawan ia kelihatan persis seperti pusar bulu rusa pula.

Terasa sayang pula menggunakannya untuk smoking akan tetapi itu adalah tugas utama sesebuah pipa, dan pipa-pipa bergrain baik ini membuktikan yang mereka bukanlah hanya seperti “beauty pageant” semata-mata. They all smoke wonderfully, like all Peterson do. Versatiliti inilah yang menjadikan Peterson sangat collectible kepada pemipa-pemipa dan juga peminat smoking parnaphelia dan segala macam tobakiana. Anda bukan setakat boleh mempamerkannya di dalam balang kaca sahaja, malah anda juga boleh menikmati sesi perpipaan yang sangat baik dengannya.

Buat sementara ini, nikmatilah apa yang ada di depan mata kita. Pencarian pipa Peterson dengan unjuran grain yang baik memakan masa yang agak lama sebenarnya, kerana tidak banyak yang betul-betul “worthy” untuk diklasifikasikan sedemikian. Walau bagaimanapun kesabaran anda untuk menanti dan memburu sudah tentu sangat berbaloi dan memuaskan, apabila harinya tiba di mana sebuah pipa Peterson yang memiliki grain cantik bak menyusun sekam di bowl pipa, akan anda miliki. Buruan untuk kepuasan sebeginilah yang membuatkan pencarian dan kunjungan kita ke tobakonis-tobakonis berbaloi dan sangat “rewarding”.

Dek kerana itulah, keadaan akan menjadi agak sukar bagi saya apabila menemukan pipa-pipa Peterson bergrain indah di tobakonis-tobakonis serata dunia. Anda akan mendapati diri anda di dalam sebuah kemelut indah yang menjadikan anda serba tak kena.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

2 thoughts on “The Less Likelihood of Fine Irish Grains…

Add yours

  1. Urat kayu yang lurus, yang berpusar-pusar atau yang pelbagai atau campuran mempunyai peminat yang tersendiri. Ada kecantikan yang menjadi kegilaan pemaip. Ada yang langsung tidak menghiraukan apa jua bentuk urat kayu asalkan boleh mempaip 😁

    Liked by 1 person

    1. Betul tu cikgu Joe…kalau belah2 British dikhabarkan derang suka jenis cross grain. Kalau Italy pulak sukakan straight grain. Dan birdseye pula ada peminatnya yang tersendiri…begitulah resam dunia kita kan cikgu…😀

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: