Ulasan Baccy : Samuel Gawith’s Commonwealth Mixture

Commonwealth Mixture mungkin adalah sebuah baccy yang anda biasa lihat di kaunter-kaunter tobakonis disekitar negara kita. Selain dari Peterson dan Dunhill, blend-blend Samuel Gawith juga adalah agak “common” dan mudah diketemukan, lebih-lebih lagi dengan penggunaan tin empat segi yang identik bagi keluaran-keluaran mereka. Namun apa yang lebih menarik adalah fakta bahawa Samuel Gawith adalah blending house proprietor yang menghasilkan blend-blend mereka sendiri, tidak seperti kebanyakan … Continue reading Ulasan Baccy : Samuel Gawith’s Commonwealth Mixture

Seputar Impak & Komplikasi Pemergian Dunhill

Minggu sebelum IPSD baru-baru ini, kita telah berbincang mengenai pemergian Dunhill Flake. Ia sememangnya satu situasi yang agak malang kepada dunia perpipaan secara amnya. Ini kerana Dunhill adalah sangat signifikan kepada kita pemipa. Untuk membayangkan kita bakal kehilangan sebuah blend yang paling mudah untuk didapatkan, itu adalah satu perkara yang agak suram. Dunia kita semakin terhimpit dan tekanan dari pelbagai pihak dan sudut juga semakin … Continue reading Seputar Impak & Komplikasi Pemergian Dunhill

IPSD 2019; Sebuah Pembudayaan Berkelas Tinggi

Minggu ini kita merayakan sebuah sambutan yang tidak asing lagi bagi kalangan pemipa, iaitu International Pipe Smoking Day atau “IPSD” secara ringkasnya. Tahun ini, kita akan merayakannya di BPCS; sebuah markas yang tidak asing lagi di kalangan pemipa seMalaysia. Tidak lama dahulu pada tahun 2016, BPCS telah menghoskan IPSD pertama negara, di bawah kelolaan Abang Zofid & co jadi anda boleh bayangkan sendiri akan signifikan … Continue reading IPSD 2019; Sebuah Pembudayaan Berkelas Tinggi

Sesuatu Yang Kita Bakal Rindukan : Dunhill Flake

Keberadaan Dunhill di pasaran kita mungkin hanya sementara sahaja. Di US dan Eropah, tin-tin Dunhill sudah pun berkurangan secara drastik. Saya tekankan akan “berkurangan” di sini kerana masih lagi logik untuk pemipa menemuinya – terutamanya di kedai-kedai yang menjual tembakau pipa di kawasan-kawasan yang sedikit pedalaman, ataupun di laman sesawang tobakonis yang mungkin jarang dikunjungi netizen. Tiada lagi timbunan tin Dunhill di tobakonis-tobakonis terkemuka seperti … Continue reading Sesuatu Yang Kita Bakal Rindukan : Dunhill Flake

Pipa Petang Ahad ; Phoenix American Cob + J.F Germain & Son’s Perique Mixture + Beechworth Honey Ginger Soda

Di dalam dunia yang penuh dengan tembakau hoarding dan prospecting ini, blend-blend dari JF Germain & Son semakin sukar untuk didapatkan. Saya perkirakan yang diri ini sangat bertuah untuk berpeluang mencicip dan menikmati blend-blend dari JF Germain & Son semenjak pasaran tembakau pipa menjadi agak gila kebelakangan ini. Mendapat bekalan ini dari Musa Cogy Boogy di Segamat Pipe Meet bulan lepas, Perique Mixture adalah salah … Continue reading Pipa Petang Ahad ; Phoenix American Cob + J.F Germain & Son’s Perique Mixture + Beechworth Honey Ginger Soda

Resolusi Pipa 2019 : Kita Adalah Jauh Lebih Baik Dari Mereka.

Selasa lalu, kita menyambut 2019 dengan penuh hemah. Seperti biasa kita akan memprojekkan pelbagai keazaman dan iltizam. Hakikatnya, masa terasa cepat berlalu, dan bahang 2018 masih dapat kita rasakan, walaupun perubahan yang berlaku adalah agak besar terutamanya bagi kita pemipa dan rakyat Malaysia secara amnya. 2018 secara tidak langsung menyaksikan banyak fenomena-fenomena aneh dan separa aneh yang melanda dunia perpipaan kita ini. Pada awal 2018 … Continue reading Resolusi Pipa 2019 : Kita Adalah Jauh Lebih Baik Dari Mereka.

Sekelumit Ucapan Selamat Tinggal untuk Seekor Katak

Tatkala memeriksa bekalan baccy tempohari, secara tidak sedar saya telah mengumpulkan stok Frog Morton untuk dibelek-belek. Tidak banyak pun yang tinggal. Dan apa yang ada hanyalah sisa-sisa yang tidak dapat dibeli-ganti kembali. Dan tiba-tiba saya mendapati hati menjadi sangat sayu… Sedikit masa dahulu, sebelum McClelland mengumumkan yang mereka akan menghentikan pengeluaran blend-blend mereka, saya tidak pernah terfikir untuk mengumpulkan blend Frog Morton dengan kadar yang … Continue reading Sekelumit Ucapan Selamat Tinggal untuk Seekor Katak

Balkan (Sobranie, Sasieni, Whatever…)

Balkan adalah sebuah rantau yang rumit jika kita melihatnya dari segala aspek. Sering dihantui oleh permulaan perang dunia pertama, penglibatan mereka di dalam pakatan Axis di dalam perang dunia kedua, dan ekonomi pasca-USSR yang tidak menentu, Balkan sebenarnya memiliki negara-negara yang kaya dengan tradisi setempat, penduduk yang berazam tinggi dan banjaran tanah gunung yang subur, dari pergunungan dimana nama Balkan itu diperolehi, yang mengunjur ke … Continue reading Balkan (Sobranie, Sasieni, Whatever…)

Anekdot Perpipaan #11 – Alangkah Indahnya Berpipa

Saat menghabiskan masa dalam berhobi ini, kita tidak dapat lari dari aspirasi untuk mendapatkan yang terbaik. Pemikiran kita akan memajukan beberapa konsep ringkas yang dapat membantu kita mencapai beberapa matlamat di dalam hobi perpipaan. Ia adalah logik untuk kesemua pemipa memiliki cetusan-cetusan idea sebegini, yang saya kompilasikan dari beberapa topik-topik perbincangan sesama kita pemipa apabila berbual mesra di pipemeet-pipemeet yang kita hadiri. Alangkah indahnya untuk … Continue reading Anekdot Perpipaan #11 – Alangkah Indahnya Berpipa

We Are Bicentennial!

Sedar tak sedar, pipa di dunia fana sudah pun mencapai artikel yang ke-200! Ini adalah satu titik penting yang sangat membanggakan bagi penulis, kerana ia bermula dengan sesuatu yang minimal – catitan kendiri di nota-nota dan notepad iPhone ketika mula belajar mengenal pipa dan dunia tembakau seketika dahulu. Dari situ, penulis berkongsi sedikit pengetahuan dari pembacaan yang ditambah dengan coretan-coretan ikhlas akan pengalaman sendiri dengan … Continue reading We Are Bicentennial!