Ulasan Baccy : Samuel Gawith’s Commonwealth Mixture

Commonwealth Mixture mungkin adalah sebuah baccy yang anda biasa lihat di kaunter-kaunter tobakonis disekitar negara kita. Selain dari Peterson dan Dunhill, blend-blend Samuel Gawith juga adalah agak “common” dan mudah diketemukan, lebih-lebih lagi dengan penggunaan tin empat segi yang identik bagi keluaran-keluaran mereka. Namun apa yang lebih menarik adalah fakta bahawa Samuel Gawith adalah blending house proprietor yang menghasilkan blend-blend mereka sendiri, tidak seperti kebanyakan blending house yang melesenkan pengeluaran blending mereka kepada blending house besar seperti Scandinavian Tobacco Group, Dan Tobacco, Murray & Sons dan lainnya.

Jika diikutkan akan populariti, sudah tentu Squadron Leader dan Full Virginia Flake adalah keluaran Samuel Gawith yang lebih popular berbanding Commonwealth Mixture. Blend-blend ini adalah agak “entry level” kepada Samuel Gawith dan kebiasaannya pemipa yang mahukan lebih “tonquin bean notes” atau sentuhan Lakeland akan beralih kepada 1792 Flake. Malah, tidak ramai pemipa yang berganjak ke Commonwealth Mixture walaupun tertera tulisan “Full Strength Mixture” di atas tinnya. Mereka yang mahukan lebih latakia akan terus mencapai Nightcap atau Old Ironsides dan di sinilah kita dapati mengapa Commonwealth Mixture tidak sepopular blend-blend lain.

Ribbon Commonwealth Mixture ini adalah agak lebar – mungkin adalah “medium cut” – yang sedikit sebanyak membantu ia mengekalkan lembapan di dalam simpanan. Samuel Gawith tidak mengenakan lembapan yang tinggi di dalam Commonwealth Mixture ini, berkemungkinan ia sememangnya dipasarkan untuk dinikmati terus oleh pengguna. Dan jika kita perhatikan untaian ribbon-ribbon Mixture ini, keseluruhannya adalah berwarna coklat gelap, tanpa seurat pun untaian cerah (kuning atau coklat terang) yang menandakan bright virginia tiada di dalam blend ini. Sememangnya Samuel Gawith menggunakan steamed Virginia di sini.

Commonwealth Mixture sangat mudah menerima pembakaran, charring lights dan lighting selepasnya adalah semudah ABC. Pembentukan ember juga adalah mudah. Flavor “earthiness” dan “campfire” yang dapat dirasakan pada saat ini adalah agak jelas. Ini adalah agak mengejutkan kerana anda tidak dapat merasakan flavor virginia sepertimana yang kita selalu dapat pada blend-blend dengan komposisi sebegini, walaupun kita dapat mengagak yang ianya ada di sebalik tabir, memberikan asas kukuh kepada latakia untuk beraksi. Flavor English yang terhasil dari blend ini adalah sangat menarik – ianya sangat ringkas, tanpa perlu tambahan komplikasi-komplikasi elemen lain yang mungkin akan mengkayakan flavor blend akan tetapi boleh jadi merumitkan segalanya. Itulah apa yang dapat saya rasakan di sini, blend English dengan flavor English yang sangat English. Sangat tulen dan meyakinkan.

Steamed virginia memberikan blend ini satu kejelasan rasa yang baik, kerana nota-nota “grassy” dan “zesty” virginia yang kita selalu perolehi dari bright virginia dapat dikurangkan. Malah, mungkin tidak keterlaluan jika saya mengatakan yang steamed virginia ini memberikan struktur asas blend sepertimana “foundation” kepada sesebuah bangunan diciptakan – ia mengukuhkan blend, memberikan dokongan asas kepada apa yang bakal dipersembahkan oleh komposisi sekundernya iaitu Latakia. Tanpanya, latakia sudah tentu akan terasa kosong dan ringan.

Cyprian latakia yang membentuk 50% daripada komposisi blend, mungkin boleh dikatakan sebagai komposisi yang sama banyak dan sama tinggi dengan komposisi asas steamed virginia tadi. Didukung kemas oleh virginia, Cyprian latakia di dalam Commonwealth Mixture agak cemerlang di dalam menghasilkan flavor latakia yang sangat, err, English, sebagaimana kita mengenali blend-blend English standard. Memandangkan Samuel Gawith adalah salah satu blending house yang sememangnya 100% English, sudah tentu penghasilan blend English mereka adalah sangat baik, walaupun dunia mengenali Samuel Gawith lebih kepada blend-blend Lakeland.

Masuk ke pertengahan sesi perpipaan, barulah saya dapat memahami akan maksud “Full strength mixture” yang diwar-warkan di penutup tin Commonwealth Mixture. Tendangan keras yang padu mulai menerobos tekak dan dada, di dalam keadaan yang baik dan terkawal. Anda cuba bayangkan akan kepaduan blend 1792 Flake, di dalam genre English. Hentaman nikotin adalah agak memuaskan – sesuatu yang mungkin akan menyebabkan pemipa pemula yang kurang sabar beralih arah kepada Squadron Leader akan tetapi pemipa yang menyukai kepaduan hentaman nikotin seperti 1792 Flake dan masih berterapkan Englishness a-la Nightcap, mereka mungkin akan merasa agak selesa di sini.

Terlanjur kita menyebut tentang Nightcap, pasti ada yang akan menyamakan Commonwealth ini dengan blend popular Dunhill itu. Hal ini mungkin ada asasnya, kerana penataan flavor bagi kedua-dua blend ini adalah agak serupa. Sekali imbas, kedua-duanya kelihatan seperti heavyweights English boxer yang saling tak tumpah sama – tegap, sasa dan bertenaga. Walaupun begitu jika anda sudah terbiasa dengan kedua-dua blend ini, anda akan mendapati yang ada sedikit perbezaan tentang mereka. Yang jelas, Nightcap memiliki “edge” atau “sharpness” pada flavor Englishnya, manakala Commonwealth Mixture adalah lebih seimbang dan lebih “monotone” – mungkin kurang kompleks berbanding Nightcap akan tetapi jika anda mahukan English blend yang asli, ia mampu memberikan fokus yang lebih utuh. Walau bagaimanapun, kedua-duanya bagi saya adalah blend English yang memuaskan.

Ketulenan flavor-flavor English blend, keberadaan yang agak konsisten dan harga yang berpatutan, Commonwealth Mixture adalah sebuah blend yang patut dijadikan “go-to” bagi ramai pemipa sedunia. Tanpa kompleksiti-kompleksiti lain, Commonwealth Mixture dapat menjuruskan pengkhususan mereka ke arah blend English “Proper” dengan tidak perlu ragu-ragu lagi.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s