Ulasan Baccy : MacBaren HH Vintage Syrian

Dunia perpipaan masih lagi dikejutkan dengan kehilangan tembakau penting Syrian latakia. Sewaktu saya mula menceburkan diri di dalam dunia perpipaan beberapa tahun kebelakang, masih mudah untuk anda menemukan blend-blend yang menggunakan Syrian latakia. Akan tetapi sejak dari tahun lepas, berita yang bekalan terakhir Syrian dari beberapa blender ternama seperti Solani, Ashton, Cornell & Diehl dan yang terbaru MacBaren sudah pun sampai ke penghujungnya dan dengan … Continue reading Ulasan Baccy : MacBaren HH Vintage Syrian

Berdansa Dengan Aromatika (Izinkan Saya, Sekali-Sekala) – Bavarian Blend No 3

Semenjak memajukan deria rasa ke arah blend-blend yang lebih subtle dan spesifik seperti Oriental, English dan VA/Per setelah enam bulan mengenali pipa suatu ketika dahulu, saya dapat merasakan yang kunjungan saya terhadap blend-blend aromatik adalah lebih tertumpu kepada hari-hari minggu sahaja. Bauan yang terbit dari tin-tin blend aromatik adalah sangat menjemput rasa, akan tetapi palate akan terasa kosong apabila asap aromatik itu singgah. Mungkin boleh … Continue reading Berdansa Dengan Aromatika (Izinkan Saya, Sekali-Sekala) – Bavarian Blend No 3

There’s Sugar on my Stonehenge..

Enam ke tujuh bulan terdahulu, sukar untuk saya berenggang dengan blend terbaru & ekslusif dari G.L. Pease iaitu Stonehenge Flake. Saban hari saya membuka tinnya untuk mencium aroma yang terhasil, meleraikan flake demi flake sehingga lah setin habis dan setin yang baru dibuka. Tin yang baru itu dibuka dan selepas dua keping flake digunakan, terus saya simpan di cellar untuk diberikan sedikit “shelf-time” dan dinikmati … Continue reading There’s Sugar on my Stonehenge..

Pemergian Mengejut McClelland…

Hubungan cinta antara saya dengan Arcadia dan siri Christmas Cheer bukanlah satu rahsia lagi. Saya masih ingat lima ke enam tahun lepas menjejaki saki-baki Arcadia di tanah Malaya dan hoarding bagaikan tiada hari esok. Begitu juga dengan Christmas Cheer dan Frog Morton – cuma Frog Morton tidak memerlukan hoarding kerana blend ini dibawa secara terus-menerus oleh tobakonis tempatan. Kesemua blend ini adalah dari McClelland. Dan … Continue reading Pemergian Mengejut McClelland…

Beberapa Fine & Peculiar Ribbons – G.L. Pease Montgomery

Sementelahan kita bersembang tentang tembakau potongan ribbon tempohari, mari kita lihat sebuah blend tembakau berpotongan ribbon yang sedikit berbeza dari yang lain. Montgomery was never been easy. Jika kita sanggup untuk meluangkan masa untuk melihat dengan lebih dekat, Montgomery adalah sebuah blend kompleks dengan filosofi dan teknik blending yang baik. Ia bukanlah blend yang anda akan berikan high-five sebaik sahaja tinnya dibuka. Sebaliknya, Montgomery berkemungkinan … Continue reading Beberapa Fine & Peculiar Ribbons – G.L. Pease Montgomery

Potongan Tembakau & Pengurusannya : Ribbon

Ribbon pastinya adalah adalah potongan tembakau konsumer yang paling popular dan paling banyak kita lihat. Di zaman sekarang yang serba-serbi segera dan fast-paced ini, ribbon adalah potongan tembakau terbaik kerana ia mudah untuk digunakan. Boleh dikatakan juga yang tembakau berpotongan ribbon adalah bentuk yang paling “ready made” untuk konsumasi biasa. Cepat dan mudah, adalah kata kunci kepada kehidupan kita sekarang. Potongan ribbon, sebelum ia menjadi … Continue reading Potongan Tembakau & Pengurusannya : Ribbon

(Masa Depan) Blend-Blend Ulangtahun / Anniversary

Saban tahun kita sibuk merayakan ulangtahun kelahiran dan ulangtahun perkahwinan, sama ada kita punya sendiri atau dijemput oleh rakan taulan untuk menghadirinya. Ia memberikan satu kesempatan terbaik kepada kita untuk menghargai sesebuah kelahiran atau ikatan pada hari-hari tertentu, menjadi satu tali ukur akan pencapaian disepanjang tahun-tahun yang berlalu. Oleh itu, ulangtahun adalah satu perayaan tersendiri yang agak istimewa bagi semua orang. Industri perpipaan dan pertembakauan … Continue reading (Masa Depan) Blend-Blend Ulangtahun / Anniversary

Anekdot Perpipaan #10 : Bayonet Soldadu di Gudang Senjata…

Satu penyakit yang saya bersyukur ditimpai setakat ini adalah obsesif saya terhadap sesebuah minat. Perkara yang tidak baik yang datang dengan perihal sebegini adalah, anda akan kehilangan wang dan masa, kerana anda akan menumpukan sumber kewangan, masa dan tenaga untuk sesuatu. Seperti orang yang gila Moto GP, Man U (or Liverpool, but better be Juventus), kereta half cut, Lego atau apa pun. Setiap perhatian anda … Continue reading Anekdot Perpipaan #10 : Bayonet Soldadu di Gudang Senjata…

If It Wasn’t For the Old Dub…

Agak sinis untuk kita memikirkan, betapa kita suka melupakan sesuatu yang senantiasa ada di depan mata… Seperti yang kita sedia maklum, Old Dublin adalah blend tembakau berteraskan latakia dari Peterson. Strategi pemasaran Peterson yang utuh memastikan kebanyakan negara di dunia ini memiliki bekalan Old Dublin secara berterusan dari dahulu hingga lah sekarang. Pergi sahaja ke mana-mana tobakonis di Malaysia atau di luar negara, tin bulat … Continue reading If It Wasn’t For the Old Dub…

Ulasan Baccy : Peterson Old Dublin

Peterson Old Dublin memang sentiasa berlegar di pasaran sejak dari dahulu lagi. Sebagai seorang pemipa pemula sedikit masa dahulu, ia adalah satu blend berteraskan Latakia yang sering menjadi pilihan kerana faktor keberadaannya dan juga faktor harganya yang agak mesra poket. Sebagai pemipa pemula, membeli My Mixture 965 atau Nightcap mungkin agak mahal jadi Old Dublin selalunya adalah pilihan terutamanya apabila seseorang pemipa itu mahu menceburkan … Continue reading Ulasan Baccy : Peterson Old Dublin