IPSD 2019; Sebuah Pembudayaan Berkelas Tinggi

Minggu ini kita merayakan sebuah sambutan yang tidak asing lagi bagi kalangan pemipa, iaitu International Pipe Smoking Day atau “IPSD” secara ringkasnya.

Tahun ini, kita akan merayakannya di BPCS; sebuah markas yang tidak asing lagi di kalangan pemipa seMalaysia. Tidak lama dahulu pada tahun 2016, BPCS telah menghoskan IPSD pertama negara, di bawah kelolaan Abang Zofid & co jadi anda boleh bayangkan sendiri akan signifikan BPCS kepada kita pemipa di rantau ini.

Untuk mereka yang baru berjinak di dalam dunia perpipaan ini, IPSD adalah satu sambutan di mana para pemipa sedunia secara objektifnya bersama mengangkat pipa dan menikmati pembudayaan pipa ini bersama rakan-taulan pemipa yang lain. Diraikan pada 20 Februari saban tahun, ia bermula pada tahun 2008, bermakna pada tahun ini, kita akan menyambut IPSD yang ke dua belas.

Walaupun IPSD hanya baru berusia dua belas tahun, pipa dan dunia pertembakauan memiliki sejarah yang jauh lebih panjang. Namun apa yang mahu diterapkan di dalam IPSD adalah semangat kesatuan kita pemipa. Kita semua datang dari pelbagai latar-belakang, pelbagai lapisan. Dan sudah tentu pendapat dan ideologi kita berbeza-beza. Akan tetapi kesemua itu harus kita ketepikan di hari sambutan IPSD kelak. Muda atau tua, newbies atau veteran, semua itu tidak penting lagi. Apa yang lebih utama adalah kita dapat menikmati secebis nikmat tuhan dan memanfaatkannya sebaik mungkin.

Pada ketika IPSD ini juga lah kita harus menghargai kawan-kawan pemipa kita kerana kita harus sedar yang dunia perpipaan (dan pertembakauan) ini saban hari semakin sempit. Ada sahaja cabaran dan dugaan yang melanda kita – kehilangan blending-blending house kegemaran seperti McClelland dan Dunhill, kenaikan duti dan cukai tembakau, malah larangan baru dari golongan yang mahu hidup 100 tahun, seperti larangan berpipa di restoran – semua ini semakin mencengkam dunia kita. Mungkin esok lusa, penggunaan pipa pula akan dikenakan larangan jadi IPSD memberikan kita peluang untuk berkumpul bersama meraikan sisa-sisa kebahagiaan seorang pemipa, selagi masih berkesempatan.

IPSD juga boleh menjadi seakan sebuah medan di mana kita boleh berfikir dan bertukar pendapat sesama kita. Di sini kita berkumpul dan belajar tentang pembudayaan berpipa dari pengalaman masing-masing. Di sini juga kita dapat mengenal preferensi blend-blend tembakau dari kawan-taulan yang tidak malu atau kedekut untuk berkongsi ilmu. Tidak ada seorang pun yang jauh lebih pandai, kerana kita adalah setara dan masing-masing bersemangat untuk belajar akan perkara baru.

Oleh yang demikian, pipa di dunia fana mengucapkan selamat menyambut IPSD kepada anda, taulan perpipaan yang sangat kita sanjungi dan hormati. Tegur-tegur dan bersapa lah sekiranya kita bertemu di IPSD BPCS nanti. Luangkan masa untuk berdialog sesama kita kerana dari situ lah pembelajaran seseorang insan bermula.

Selamat menikmati pembudayaan kelas tinggi di BPCS malam kelak.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s