Pipa Petang Ahad ; Phoenix American Cob + J.F Germain & Son’s Perique Mixture + Beechworth Honey Ginger Soda

Di dalam dunia yang penuh dengan tembakau hoarding dan prospecting ini, blend-blend dari JF Germain & Son semakin sukar untuk didapatkan. Saya perkirakan yang diri ini sangat bertuah untuk berpeluang mencicip dan menikmati blend-blend dari JF Germain & Son semenjak pasaran tembakau pipa menjadi agak gila kebelakangan ini. Mendapat bekalan ini dari Musa Cogy Boogy di Segamat Pipe Meet bulan lepas, Perique Mixture adalah salah satu blend Germain & Sons yang saya tidak pernah cuba lagi. Jika kita lihat, memang terdapat banyak blend VA/Per di pasaran, dan untuk mencuba blend VA/Per yang datang dari sebuah jenama yang agak sinonim dengan genre English, ia adalah satu ironi yang agak kontras lagi menyeronokkan.

Ribbon yang terdapat di dalamnya memiliki aroma prun dan plum yang ditemani oleh pembayang jerami hapak – bukan nota VA/Per tipikal anda. Keadaannya yang separa kering memudahkan ia dipek rapi ke dalam bowl corn cob Phoenix AM vintaj yang masih kuning keemasan ini. Dek kerana kondisi ribbonnya yang tidak terlalu kering dan tidak juga terlalu basah, pembakaran yang baik dapat dihasilkan dengan mudah dan ember api juga berjaya dihasilkan dengan cantik. Perique Mixture dari Germain & Sons ini secara asasnya menampilkan blend VA/Per yang lebih cenderung ke arah tartness. Mungkin ia tidak se-elegan Elizabethan Mixture dari sudut balance blendingnya, atau se-padu Irish Oak dari segi kepedasan periquenya, namun VA/Per yang diterapkan oleh Germain & Son ini memberikan flavor-flavor earthy dan pungent yang tidak boleh dijanakan oleh blend-blend VA/Per tadi. Atau boleh dikatakan, ianya adalah VA/Per dengan kecenderungan flavor-flavor rustik.

Rustik dan earthy dari Perique Mixture dilawan dengan baik oleh soda halia dan madu Beechworth. Infusi halia yang agak garang hasil dari bru segar menghasilkan sebuah minuman soda yang super zesty, ringan dan santai. Yang menariknya, karbonat yang tinggi akan menghasilkan sensasi “sparkling” yang agresif, anda dapat merasakan soda ini memercik ke muka dan hidung anda ketika anda menghirupnya. Percikan itu juga datang dengan nota bauan bru halia yang kuat, ditemani oleh sedikit serai dan zesty lemonade yang tipis. Kombinasi ini sekaligus menyegarkan palate dengan serta-merta, untuk kita menerima lagi flavor-flavor grassy dengan sour notes dari perique blend ini.

Yang agak tersorok akan tetapi boleh dikesan adalah intensiti madu Beechworth yang sedikit terkebelakang akan tetapi mendalam dan tebal flavornya. Nota madu yang membentuk flavor seperti karamel, sirap mapel dan secubit-dua vanila turut dapat dikesan di sensasi olfactory kita apabila minuman ini dicicip dengan gelas, walaupun sparkling dan aroma halia yang tinggi menerjah masuk ke dalam rongga nasal, membuatkan kita batuk dan tersedak sekali-sekala. Flavor halianya, walaupun memiliki tona yang agak keras, namun anehnya tidak pedas dan kasar pada rasanya. Ini agak menarik kerana saya sudah pun menjangkakan akan dilanda ginger ale yang keras sepertimana bru ala-Jamaican akan tetapi jangkaan saya itu benar-benar meleset.

Minuman soda ini sebenarnya adalah sebuah keluaran sampingan sahaja. Beechworth Honey merupakan salah satu pengeluar madu artisanal atau lebih mudah diklasifikasikan sebagai “single origin” Australia yang dimiliki oleh generasi keempat keluarga penternak lebah ini. Lebah-lebah mereka memperolehi nektar dari bunga eucalypt, seperti mana bunga Manuka untuk New Zealand, walaupun populariti madu dari seberang selat itu adalah jauh lebih tersohor. Walau bagaimanapun, madu dari bunga eucalypt ini adalah agak “refined” dan mungkin terlalu halus bagi lidah kita yang sudah terbiasa dengan madu tualang atau madu lebah hutan yang lebih masam dan “keras” flavornya. Jadi, apa yang dapat saya kecapi dari minuman soda ini adalah madu dengan tona karamel dan sirap mapel yang agak “subtle” tetapi mengesankan.

Berbalik semula kepada Perique Mixture yang sedang membakar di dalam cob Phoenix AM ini. Ada ketikanya, blend ini berkecenderungan untuk memberikan flavor sedikit pahit. Ini adalah benar terutama sekali apabila ia membakar agak panas di dalam bowl. Namun, adalah salah satu keterbiasaan bagi blend Va/Per untuk membakar lebih “bright” dan lebih panas berbanding blend burley misalnya, yang mana hanya beberapa blend seperti Elizabethan, Three Nuns dan Escudo sahaja yang agak konsisten dan lebih terkawal suhu pembakarannya. Penggunaan daunan Virginia secara “balanced” sebenarnya mampu untuk menghasilkan blend yang tidak terlalu panas pembakarannya, akan tetapi untuk sesetengah blend, apabila flavor-flavor berpola “zestiness” dan “tangy” adalah watak utama, penggunaan bright Virginia tentunya tidak dapat dielakkan, dan pembakaran yang sedikit panas adalah kesan sampingan dari penggunaan Virginia dari varian tersebut.

Atau adakah penggunaan corn cob sebagai puncanya? Saya akui yang terkadang cob, dek kerana kondisi dalamannya yang agak kering, membantu pembakaran dengan sangat efisien sehinggakan haba lebihan pembakaran turut tercipta dan mempengaruhi keseluruhan suhu pembakaran tembakau. Ini mungkin benar namun kadar peratusan sumbangannya tentu adalah agak kecil. Cob vintaj keluaran Phoenix American Pipeworks ini saya dapatkan dari saudara Amir Hisham saudagar pipa “the traveling turtle” kita. Entah bagaimana beliau mendapatkannya, kerana pipa vintaj Phoenix AM Pipeworks bukan lah sesuatu yang anda boleh lihat setiap hari. Firma gergasi dari Boonville Missouri ini pada ketika kemuncaknya menghasilkan begitu banyak corn cob namun pada ketika ini kita tidak selalu melihatnya di pasaran estate, mungkin kerana pengeluarannya sudah pun terhenti di pertengahan abad lepas.

Cob adalah di antara “tasting instrument” terbaik untuk “blend sampling” selain bahan meerschaum, namun apa yang lebih menarik bagi saya adalah sifat-sifat sekunder corn cob yang lebih ekonomi, ringan dan mudah untuk diselenggarakan, menyebabkan kita tidak perlu bersusah-payah untuk memberikan lebih perhatian kepadanya. Just load and fire them up. Sebaliknya, perhatian yang penuh boleh ditumpukan terhadap blend yang sedang dibakar, dan ini memberikan kepuasan 100% apabila semua flavor rustik dan earthy dari Perique Mixture ini dapat kita rasakan.

Secara amnya, saya sangat gembira apabila dapat menemui blend-blend yang baik dari setiap genre, lebih-lebih lagi apabila berjaya mengecam kelainan dan keunikan sesebuah blend berbanding blend lain dari genre yang sama. Sama ada blend itu lebih baik dari blend sebelumnya atau tidak, itu bukan lah persoalan yang saya mahu cari, kerana apa yang saya mahu adalah variasi tersendiri sesebuah blend, menikmati keunikan dan kelainan blend itu seadanya dan tahu yang kita memiliki banyak pilihan untuk kita nikmati. Kita tidak mengharapkan ayam goreng KFC untuk memiliki rasa yang sama dengan ayam goreng McD bukan? Apa yang kita mahu adalah rasa ayam goreng KFC apabila kita mahu menikmati ayam goreng KFC – dan sebaliknya.

Dan itu adalah satu fitrah manusia yang paling asas.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

One thought on “Pipa Petang Ahad ; Phoenix American Cob + J.F Germain & Son’s Perique Mixture + Beechworth Honey Ginger Soda

  1. Assalamualaikum..artikel terbaik. Saya dah 10 years plus smoke pipe..tapi byk tobacco yg saudara review saya tak jumpa di malaysia seperti reiner long golden flake dgn germaine unless saya buy online from oversea. Bole give a hint where to buy these tobacco at bm di malaysia? Dah lama saya cari reiner long golden flake ni sejak dapat rasa sikit dulu dulu. Terimakasih

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s