Keberadaan Dunhill di pasaran kita mungkin hanya sementara sahaja. Di US dan Eropah, tin-tin Dunhill sudah pun berkurangan secara drastik. Saya tekankan akan “berkurangan” di sini kerana masih lagi logik untuk pemipa menemuinya – terutamanya di kedai-kedai yang menjual tembakau pipa di kawasan-kawasan yang sedikit pedalaman, ataupun di laman sesawang tobakonis yang mungkin jarang dikunjungi netizen. Tiada lagi timbunan tin Dunhill di tobakonis-tobakonis terkemuka seperti suatu ketika dulu.
Sayang sekali situasi ini berlaku kepada dunia perpipaan yang mulia ini, kerana selain Peterson dan Erinmore, blend-blend Dunhill adalah sangat konsisten dari segi keberadaannya. Jarang sekali berlaku keputusan bekalan. Perihal ini tidak boleh ditandingi oleh kebanyakan blend walaupun Samuel Gawith. Perkara sebegini tentunya membuatkan para pemipa bersikap endah tak endah terhadap blend-blend ini, atau “take for granted” yang Nightcap atau My Mixture 965 akan masih berada di sisi mereka apabila mereka pencen kelak. Sekarang, kebarangkalian sebegitu adalah sangat-sangat tipis.
Dunhill Flake adalah sebuah penjelmaan semula blend lama mereka yang popular buat suatu ketika dahulu. Ia kembali menemui peminat Dunhill sekitar tahun 2015, dan secara mudah diterima oleh pemipa sedunia walaupun pada mereka yang tidak pernah merasai blend asal Dunhill Flake yang terdahulu. Cuma sudah tentu ia tidak dapat mengatasi populariti Nightcap dan My Mixture 965 jadi ia jarang menjadi topik perbualan pemipa. Walaupun begitu, bagaikan “best kept secret” bagi peminat Dunhill, blend ini lesap dari pasaran tempatan pada pertengahan 2018 lagi.
Seakan dibina untuk “ageing gracefully”, flake di dalam tin segi empat biru ini adalah sedikit lembap. Flake tebal yang agak lebar dari saiz flake biasa tersusun rapi dan padat namun diletak beralun seperti ombak di dalam tin, mungkin untuk memaksimakan kapasiti di dalam ruang tin. Nota virginia yang kaya dengan minyak mineral adalah sangat jelas. Ada bayangan grassy yang agak terkebelakang, diselaputi sedikit nota sos hoisin, marmite dan rolled oat. Percikan malt vinegar juga dapat dikesan sekali-sekala. Tiada zestiness untuk memberi pembayang akan penggunaan bright virginia di sini.
Dek kerana kadar lembapan flake ini yang sederhana tinggi, prepping yang cukup adalah disarankan. Struktur Flake juga adalah agak “springy” – dengan keanjalan yang cukup untuk memuaskan golongan pemipa yang suka dengan kaedah “fold and stuff”. Jika anda lebih cenderung untuk menggosok flake ini sehingga ia menjadi “broken flake” atau lebih ekstrem lagi mencarik flake ini satu-persatu, anda bebas untuk berbuat sedemikian. Sesetengah flake lain adalah agak rapuh atau brittle – dimana ia akan hancur sekiranya anda menggosok flake itu ataupun cuba untuk melipatnya ke dalam bowl pipa anda – sesuatu yang anda tidak perlu risau dengan Dunhill Flake.
Keaslian virginia yang Dunhill Flake mampu berikan adalah sedikit lain dari kebanyakan straight virginia stalwarts. Ia adalah agak refined – tidak memiliki banyak zestiness pada peringkat permulaan sebagaimana blend-blend straight virginia lain. Nota grassy dan hay yang ada padanya juga adalah agak terkedepan, sesuatu yang sangat diraikan oleh straight Virginia purists. Walaupun begitu, Dunhill Flake bukanlah sebuah blend yang agak straightforward – kompleksiti blend juga adalah sangat baik kerana flavor-flavor yang agak rustik masih boleh didapatkan dengan blend ini. Retrohale memberikan aroma fig dan plum yang sangat menyegarkan, dimana ia tidak lah terlalu terkedepan akan tetapi jelas lagi jitu.
Flavor-flavor yang lebih kompleks seperti tartness yang ampuh dan zestiness yang menyeluruh hadir pada mid smoke. Dan mid smoke adalah salah satu highlights kepada blend ini, dimana ia masih lagi kompleks dan penuh dengan flavor interplay berbanding dengan format standard straight Virginia yang kebiasaannya di pertengahan sesi perpipaan ia sudah pun mahu “setttled down” dan lebih mudah diramal flavornya. Flavor lain yang bersifat a-la pastri dan nutty yang memuaskan juga banyak dikesan di peringkat ini. Tidak keterlaluan untuk kita simpulkan yang Dunhill Flake ini adalah “rich” dengan flavor-flavor virginia dan memiliki sedikit pembayang white burley, walaupun ianya adalah sebuah blend straight Virginia.
Hentaman nikotin dari Dunhill Flake tidaklah terlalu tinggi akan tetapi agak jelas pada peringkat permulaan sesi. Masuk ke pertengahan dan penghujung, anda dapat merasakan sesuatu seakan “fullness” yang berada di anak tekak anda. Ini adalah flake yang sangat memuaskan – sepertimana Dunhill King Size (Dunhill Merah) memberikan anda kepuasan selepas sebuah makan malam yang mengenyangkan. Membesar dengan Dunhill merah di usia remaja dan di sekolah berasrama, kepuasan yang diberikannya adalah tiada taranya, dan rekoleksi itu dibawakan kembali apabila saya menyalakan Dunhill Flake di dalam bowl pipa.
Kebiasaannya apabila pemipa memperkatakan tentang blend straight Virginia, tiga atau empat blend dari McClelland adalah di dalam kedudukan tertinggi dan jarang sekali kita mendengar akan posisi Dunhill di dalamnya. Akan tetapi, Dunhill Flake adalah sebuah blend yang mampu untuk bersaing di sini, tambahan pula dengan kelainan persembahan straight VA nya yang tidak memiliki trademark “ketchup smell” McClelland (tidak semestinya sesuatu yang negatif, malah jika anda adalah peminat blend VA McClelland seperti Christmas Cheer atau Matured Virginia, anda akan terbiasa dengannya). Siapa tahu, secara drastik anda mungkin akan meninggalkan Samuel Gawith FVF apabila Dunhill Flake sudah berada di tangan, walaupun jika itulah situasi anda dengan flake emas berombak ini, anda harus kembali mencari penggantinya sekarang.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
t.kasih prop.preview baccy dunhill yg terperinci.jarang tengok baccy ni sbb jarang pemipa layak memilikinya sbb harga
LikeLiked by 1 person
Wassalam bro…Dunhill Flake ni memang agak mahal sikit berbanding Dunhill yang lain, saya pun xda stock banyak cuma bila ada sale, baru boleh beli lebih sikit 😀
Anyway, blend ni agak baik dan memuaskan. Tapi ada jugak beberapa blend lain yang boleh kita consider selain Dunhill Flake ni seperti SG FVF yang lebih mudah untuk didapatkan.
LikeLike
Salam prof. Ulasan artikel kali ini mmg bacaan santai yang enak dibaca terutama sambil berpipa. Cuma pada pendapat prof blend yang mana paling rapat utk menggantikan dunhill nightcap? Boleh beri sedikit cadangan? saya dapati cukup sukar utk sy mencari blend yg potent dgn sensasi spinning note yg sama.
LikeLike
Salam bro.
Potensi untuk room-spinning efek ni selalunya berlaku dengan blend-blend yang guna Kentucky atau dark fired leaves. Tapi ia bergantung kepada toleransi badan kita kepada nikotin jugak.
Kalau bro merujuk kepada sifat Nightcap yang sedikit heavyweights berbanding blend-blend seperti My Mixture 965 atau London Mixture, bro boleh cuba Old Ironsides dari Dan Tobacco. Atau Commonwealth Mixture dari SG. Kedua-dua blend ini mensasarkan full strength mixture yang boleh dikatakan seangkatan dengan Dunhill Nightcap.
Kalau dari segi flavor, mungkin Levant Mixture dari Drucquer & Sons ada sedikit sebanyak persamaan dengan Nightcap.
LikeLike