Devil Anse, Large Jap, Popular Culture, dan Entah Apakah Lagi…(ekstensi Peterson POY 2017)

Pada pembukaan 2018, saya ada mengutarakan tentang retro-isma yang semakin mendapat tempat di hati para pemipa sekarang. Old is gold, dan ketaksuban kita pada pemodenan sedikit terpukul dengan kecenderungan terbaru kita dengan rekabentuk lampau yang mementingkan faktor aestetik jauh ke depan berbanding faktor fungsi dan ergonomik. Dan ironinya, ergonomik juga hanya diterima-pakai secara meluas semenjak artikel dari tahun 1857 dari seorang ahli akademik Polish, Wojciech Jastrzębowski diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris pada 1997.

Pipa, seperti jin, datang di dalam pelbagai saiz dan bentuk demi memberikan kepelbagaian pilihan buat pemipa yang semakin hari semakin peka dan “demanding”. Dari hanya sekadar variasi, ia berkembang menjadi titik tolak identiti sehinggakan ada pemipa yang menumpukan untuk mengumpul sejenis bentuk sahaja. Ada sahaja bentuk pipa yang sesuai untuk seseorang pemipa, yang tidak menjadi pujaan kawan-kawannya yang masing-masing memiliki preferensi tersendiri. Tidak ada masalah, kerana ini adalah negara demokrasi.

Walau bagaimanapun, salah satu dari bentuk-bentuk ini memiliki pesona tersendiri yang sering menyebabkannya mendapat “wow!” apabila muncul di temupipa-temupipa diserata negara. Ya, ia adalah bentuk yang kita kenali sebagai “Devil Anse” atau DA. Nama ini sebenarnya wujud sebagai “slang” pemipa apabila merujuk kepada pipa yang digunakan oleh watak Devil Anse Hatfield lakonan Kevin Costner itu. Walaupun tidak rasmi, ia telah pun digunapakai oleh pemipa sedunia sehingga sekarang. Dan terima kasih kepada gambar promosi filem tersebut yang menampilkan Costner menggamit pipa itu di bibir, bentuk Devil Anse terus menjadi buruan para pemipa.

Hampir kesemua kita menyangka yang bentuk DA ini berasal dari cetusan idea minisiri Hatfield & McCoys itu. Tidak ada seorang pun yang dapat menyangka yang lebih dari seabad yang lepas, bentuk ini sudah pun dikeluarkan dan tiada siapa peduli tentangnya! Lebih mengelirukan lagi adalah kerana kita juga tidak pernah melihat bentuk ini di dalam standard “pipeshape chart”. Apabila Peterson mengeluarkan idea akan penghasilan POY 2017 mereka dengan bentuk ini, dan mengemukakan fakta akan ini adalah penjelmaan semula sebuah bentuk lama, kita semua terpegun dan tersedar dari lamunan.

Dek kerana bentuk DA ini sememangnya sentiasa mendapat tempat di hati ramai pemipa, tambahan pula tidak banyak pipa-pipa yang dihasilkan dengan bentuk DA di dunia ini, POY 2017 menyaksikan satu fenomena di mana banyak darinya telah habis terjual dalam jangkamasa yang pantas – berbeza dengan kebanyakan POY tahun-tahun terkebelakang yang ada di antaranya masih boleh dilihat terpampang di dinding-dinding tobakonis. Pemburuannya adalah indah, penuh debaran dan bersifat ritualistik kadang kalanya, kerana ada juga kolektor yang mengumpulkan ketiga-tiga versi POY 2017 ini yakni smooth, sandblasted dan rustik.

Memang dipaparkan di dalam beberapa laman web akan katalog yang dengan jelas merujuk kepada bentuk “large jap” yang menjadi inspirasi kepada POY 2017. Namun ironinya adalah lebih ketara kerana bentuk ini tidak kelihatan selepas itu – dimana tidak pernah pula kita lihat Peterson dengan bentuk “Jap” di pasaran estate, vintaj mahupun di kedai-kedai antik. Katalog yang memaparkan bentuk “large jap” ini diterbitkan pada tahun 1906, namun tidak pula kita dapat selalu melihatnya. Mengapa begitu? Pada firasat saya, kemungkinan yang paling hampir dengan fakta ini adalah kerana bentuk / shape ini tidak berjaya untuk memiliki populariti yang baik sepertimana bentuk-bentuk Peterson lain contohnya 999 (rhodesian), 15 (billiard), 302 (System Standard bent tomato) atau 313 (small bent billiard). Bentuk-bentuk ini dapat kita temukan di pasar-pasar karat dan jualan pipa-pipa estate diserata dunia.

Juga satu persoalan yang bakal timbul adalah kenapa Peterson tidak mahu memperkenalkan shape Jap ini di kemuncak populariti DA selepas siri Hatfield & McCoy dikeudarakan?

Ini juga adalah satu misteri pemasaran yang tidak dapat difahami ramai. Kebanyakan firma atau jenama pipa akan segera terjun untuk mengeluarkan bentuk ini sebaik sahaja populariti DA bermula, dan kawan kita di Sallynoggin ini memilih untuk tidak bersemuka dengan “popular culture”. Peterson tidak mahu terjun ke dalam “bandwagon” tatkala pipemaker-pipemaker sedunia masing-masing mencuba sebaik mungkin untuk tampil dengan shape DA, masing-masing dengan pegangan tersendiri akan ciri apakah yang membuat kan sesebuah DA itu klasik.

Oleh kerana Devil Anse bukanlah sebuah bentuk pipa tradisional, maka definisi DA yang klasik adalah tidak terbatas dan semua pipemaker datang dengan interpretasi klasik sesebuah DA secara tersendiri. Dan mengenangkan betapa elusifnya sesebuah DA itu, klasik atau tidak, capai dan bayar sahaja lah…

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

2 thoughts on “Devil Anse, Large Jap, Popular Culture, dan Entah Apakah Lagi…(ekstensi Peterson POY 2017)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s