Pipa : “Men’s Greatest Companion”

Pipa memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia seseorang lelaki. Ia adalah penenang kepada jiwa yang gundah, pembantu dalam membentuk pemikiran yang kritis, pelayan di saat stimulasi idea-idea tercetus, dan penahan daripada tindakan terburu-buru. Pada masa perpipaan dikaitkan dengan permasalahan dan kontemplasi pemikiran seperti tadi, pipa juga mengajar lelaki erti bersederhana (dalam packing baccy – tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar), sabar (dalam membentuk … Continue reading Pipa : “Men’s Greatest Companion”

Oriental Masterclass : Dedaunan Eksotik

Tembakau oriental menjurus kepada jenis-jenis tembakau yang ditanam di Eropah timur dan pesisiran Mediterranean. Variasi yang ada adalah banyak, namun penghasilannya adalah agak terhad dan terkadang secara kecil-kecilan. Mujurlah ianya hanya digunakan sebagai tembakau sekunder atau hanya untuk menambah perisa dalam sesuatu blend terutamanya blend-blend Balkan, oleh itu hanya jumlah yang kecil diperlukan. Untuk mengenali setiap jenis dengan lebih dekat adalah sukar kerana terdapat puluhan … Continue reading Oriental Masterclass : Dedaunan Eksotik

Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton “Frog Morton”

Craftbury Series dari McClelland mengenengahkan blend-blend berteraskan latakia yang lembut, sederhana-kuat untuk pemipa yang tidak menggemari blend-blend latakia padu atau “lat-bomb”. Ia juga disasarkan sebagai blend -blend latakia yang moderate dan lembut, sesuai untuk dinyalakan pada setiap masa. Secara tak langsung, ramai pula pemipa pemula mendapati siri ini adalah baik sebagai pengenalan kepada Latakia dek kerana kelembutan rasanya dan ciri-ciri semi-aromatiknya yang menunjangi arus blend … Continue reading Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton “Frog Morton”

Meerschaum : Bahan Pipa Terbaik?

Meerschaum adalah perkataan German yg bermaksud “buih lautan”. Berwarna putih, ianya sangat poros dan lembut, walaupun secara amnya ia adalah batuan fosil. Komponen kimianya adalah hidrasi magnesium, silikon dan oksigen. Ciri-ciri meerschaum adalah ringan, tahan panas, daya menyerap yang tinggi, warnanya yang cantik dan teksturnya yang lembut: yakni mudah dibentuk, diukir dan dipolish. Kebolehannya untuk menyerap jus tembakau dan bertukar dari putih gading kepada coklat … Continue reading Meerschaum : Bahan Pipa Terbaik?

Cyprian Latakia Masterclass : Pengganti Syrian?

Kehadiran Cyprian Latakia ke dunia perpipaan adalah umpama mentari muncul selepas hujan. Dunia yang resah dengan khabar buruk untuk latakia seperti perang saudara di Syria, kepupusan minat muda-mudi Syria untuk meneruskan penghasilan tradisi nenek moyang mereka, dan berita gudang simpanan latakia yg terbakar, akhirnya sekarang sudah mampu tersenyum. Namun, selama manakah kita masih mampu tersenyum? Cyprian latakia diproses dengan cara dan kaedah yang sama dengan … Continue reading Cyprian Latakia Masterclass : Pengganti Syrian?

Asas Pemipa Pemula : Baccy

Selepas mendapatkan pipa yang dihajati, sekarang tibalah masanya untuk memilih baccy. Seperti juga pemilihan pipa, baccy untuk pipa ni boleh didapati di dalam beratus-ratus jenis, dan dengan informasi dan pengalaman yang terhad, pemipa pemula biasanya akan confuse untuk memilih mana yang baik. Oleh kerana itu, kebanyakan keputusan dibuat secara kebergantungan terhadap rekomendasi pekedai. Kebanyakan pekedai baccy ini mampu untuk memberikan saranan yang baik terutamanya jika … Continue reading Asas Pemipa Pemula : Baccy

Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton “Across The Pond”

Lebih kurang sedekad lepas McClelland telah mengeluarkan blend-blend “crossover”, disasarkan khusus pada aromatic smokers yang mahu beralih arah ke English blend. Kebiasaannya sukar bagi aro-smokers ini untuk terus beralih kepada true, rough English blend yang memiliki kandungan latakia tinggi (kekadang digelar “lat-bomb”) jadi crossover blend adalah lebih forgiving dan sesuai untuk tekak & palate mereka. Namun, pada ketika itu McClelland tidak menyedari yang Frog Morton … Continue reading Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton “Across The Pond”

Pipa trans Lebaran

Kita ini adalah golongan bertuah di bumi yang bertuah… Menikmati lebaran di samping yang tersayang memang sangat mengujakan. Setelah sebulan berpuasa, bulan amalan ditangisi dan amalan berpipa moreh akan ditinggalkan untuk tahun yang berikutnya. Walaupun sekarang kita bebas berpipa bilamasa perlu, namun kenikmatan berpipa selepas seharian berpuasa itu tidak tergambar indahnya. Mendatangnya Syawal ini, pelbagai cara mungkin kita raikan dengan pipa tersayang. Kunjung mengunjung ke … Continue reading Pipa trans Lebaran

Syrian Latakia Masterclass : Tembakau Ulung Pemipa

Latakia, bagi golongan pemipa, adalah suatu nama yg indah. Namun secara amnya, Latakia merujuk kepada nama sebuah pekan pelabuhan di Syria, di mana suatu masa dulu aktiviti import dan export berkembang pesat. Dari sinilah datangnya nama “Latakia” pada baccy kita yang lazat ini. Sepertimana batu firuz mendapat nama “turquoise” (yang membawa maksud “batu Turki” kerana dahulu batu firuz masuk ke Eropah melalui Constantinople), Latakia juga … Continue reading Syrian Latakia Masterclass : Tembakau Ulung Pemipa

Pipa Sebelum Lena

Salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh para perokok adalah merokok batang yang terakhir untuk hari itu, sebelum masuk beradu. Kononnya dikatakan dapat memberikan tidur yang nyaman, atau sedikit “high” sebelum tangkap lentok, ianya pasti tidak dilepaskan. Dari situ ke dunia perpipaan, sedapur sebelum beradu ni menjadi suatu kebiasaan bagi saya. Sepanjang proses adalah suatu ritualnya yang tersendiri: dari berdiri dekat 10 minit memilih pipa … Continue reading Pipa Sebelum Lena