Lebih kurang sedekad lepas McClelland telah mengeluarkan blend-blend “crossover”, disasarkan khusus pada aromatic smokers yang mahu beralih arah ke English blend. Kebiasaannya sukar bagi aro-smokers ini untuk terus beralih kepada true, rough English blend yang memiliki kandungan latakia tinggi (kekadang digelar “lat-bomb”) jadi crossover blend adalah lebih forgiving dan sesuai untuk tekak & palate mereka.
Namun, pada ketika itu McClelland tidak menyedari yang Frog Morton (FM) series ini akan menjadi bestseller dan hits di kalangan pipesmokers sedunia. Sekaligus mengenepikan dakwaan sesetengah pihak yang McClelland tidak mampu mengeluarkan latakia-based baccy yg sedap & bermutu tinggi. Memang selama ini pun, McClelland agak sinonim dengan pengeluaran blend-blend virginia. Pendekata, jika orang mencari virginia blend mereka akan ke McClelland, jika English blend yang dihajati reputable English blending house seperti GL Pease, Samuel Gawith, Erik Stokkebye menjadi pilihan dan seterusnya.
Sedikit tentang FM series: series ini terdiri daripada empat blends yang seakan sama tetapi sedikit berbeza dari segi komposisi tembakaunya. FM Across The Pond (FM ATP) ini sebenarnya adalah berasaskan blend FM yang original, cuma ditambah dengan sedikit tembakau Syrian Latakia yang sememangnya rare dan mengujakan. Hasilnya, kehebatan rasa FM crossover yg di-amplify dgn ke-smokian dan keagungan Syrian Latakia.
Apabila tin dibuka, anda dijemput dengan aroma latakia yang agak spicy tetapi harum. Bau seakan tartness dari stoved virginia & sweet plum dari cavendish turut hadir menerpa nasal anda. Kesemua FM series datangnya dalam bentuk ribbon cut dan ready rubbed jadi yang anda perlu lakukan hanyalah sedikit pengudaraan / airing untuk mengurangkan sedikit kadar kelembapan yang sedia ada.
Pada charring light, aroma latakia dan black cavendish yang fragranted menjemput palate anda. Jika anda biasa dengan FM series, anda tahu yang smokiness latakianya adalah agak sweet-tasting tetapi dengan penambahan tembakau Syrian latakia pada FM ATP ini, walaupun sedikit, dapat mengurangkan kemanisan tersebut dengan cara yang baik. Hasilnya, anda mendapat lebih ruang untuk merasa profile flavor-flavor lain seperti spicey, smoky ala daging salai yang manis, dan leathery taste.
Jika dipuff secara perlahan, ada foreplay antara Syrian latakia dan dedaunan oriental yang saling terjalin dimana anda akan rasa kedua tembakau ini saling ke depan untuk memberi rasa leathery smokey dan sedikit swampy smokey, dibantu oleh black cavendish yang memberikan rasa sweetness di belakang tabir. Walau bagaimanapun, kadar Syrian latakia yang ada di dalam blend ini adalah minimal, cukup untuk memberikan anda rasa dan interplay flavor tetapi ia bukanlah rasa yang dominan. Pendek kata, Syrian latakia bukanlah fokus utama blend ini tetapi ia memberikan impak yang sangat baik terhadap rasa keseluruhannya.
Pengudaraan adalah perlu dalam prepping blend ini jika anda mahukan tekstur rasa yang maksimum. Jika tidak, FM ATP mungkin akan terasa lebih manis dan mungkin memerlukan lebih relights. Walaupun begitu, janganlah risau kerana flavor profilenya tetap utuh hingga ke hujung bowl. Cuma kadar nikotin yang agak rendah mungkin akan menghampakan peminat blend -blend bernikotin tinggi dan seasoned pipesmokers. Boleh dikatakan, FM ATP adalah blend berteraskan latakia yang agak santai.
Untuk merasai kelainan blend siri Frog Morton ini, anda perlulah merasai keempat-empat blend terutamanya blend asasnya iaitu Frog Morton (original). Pendekatan crossover blend yang diterapkan oleh siri ini sangat berjaya, terutamanya untuk menarik penggemar aromatik ke arah blend-blend English yang jauh lebih kompleks dan memuaskan. Juga ianya baik untuk pencinta latakia tegar yang mahukan sedikit ketenangan.