Asas Pemipa Pemula : Baccy

Selepas mendapatkan pipa yang dihajati, sekarang tibalah masanya untuk memilih baccy. Seperti juga pemilihan pipa, baccy untuk pipa ni boleh didapati di dalam beratus-ratus jenis, dan dengan informasi dan pengalaman yang terhad, pemipa pemula biasanya akan confuse untuk memilih mana yang baik.

image

Oleh kerana itu, kebanyakan keputusan dibuat secara kebergantungan terhadap rekomendasi pekedai. Kebanyakan pekedai baccy ini mampu untuk memberikan saranan yang baik terutamanya jika mereka sendiri pun berpipa. Paling tidak, mereka akan menyarankan yang “best-selling”, dimana kebiasaannya adalah agak sedap juga.

Antara keputusan yang selalu dibuat secara silap oleh pemipa pemula ialah menghakimi baccy dengan tin nya. Ini selalu terjadi, lumrah manusia sukakan benda-benda yang indah dan sememangnya sesetengah tin baccy sangat menarik dan mengujakan. Namun cubalah untuk tidak jatuh ke dalam perangkap ini kerana objektif anda untuk menikmati pipa, bukan mengumpul tin baccy.

image

Antara kriteria yang boleh kita jadikan panduan dalam memilih baccy pertama ialah:

1) aromatik – Sebab utama tembakau aromatik menjadi saranan adalah kerana sifatnya yang wangi dan berperisa. Faktor ini tentunya dapat menarik ramai pemipa pemula untuk “lekat” dengan hobi ini. Jarang sekali pemipa pemula start dengan English atau Balkan blends, kerana rasanya yang agak pelik mungkin memerlukan ketahanan dan sedikit pengetahuan. Dengan seleksi yang banyak dan perisa baru yang semakin canggih saban tahun, ianya tentu tidak akan mengecewakan newbies.

2) 50g – Ya, bermulalah dengan blend-blend dalam packing yang kecil. Ini kerana anda tidak tahu apa yang akan anda suka nanti. Jika terbeli baccy 100g dan anda dapati perisanya tidak anda sukai, ianya akan kering dan tersadai di bilik stor dan mungkin isteri anda akan ambil dan buat potpourri dengannya kelak.

3) flavor yang diminati – Tidak semua orang sukakan berries, dan mungkin anda sukakan vanilla tetapi kawan pemipa yang lain sukakan caramel. Begitu juga kita pemipa. Baccy-baccy aromatik datang dalam pelbagai perisa dan anda sebaiknya memilih perisa yang anda suka, sebagai satu galakan untuk anda kekal di dalam hobi ini.

4) harga yang berpatutan – Baccy datang dalam pelbagai jenis dan pengkelasan harga. Ia mungkin merujuk kepada berat packing, penggunaan tembakau dengan kualiti yang berlainan dan faktor “limited edition”. Memiliki baccy limited edition memanglah menarik, tetapi jika ianya tidak kena dengan selera kita, apakah tujuan nya?

Pada pandangan saya, antara blend-blend aromatik pemula yang baik adalah seperti Sweet Killarney, Devil’s Holiday, High Society (hanya ada dengan tin 100g di Malaysia, blend yang bagus kerana ada sedikit konsistensi kualiti seperti rokok yang mudah diterima oleh perokok) dan beberapa blend lagi yang mungkin rakan-rakan lain boleh cadangkan untuk pemipa pemula kita.

image

Oleh kerana menghayati pengalaman baccy aromatik adalah penting bagi pemipa pemula maka itu buatlah pilihan yang bijak, sebelum palate kita didevelop dengan pengalaman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s