Pipa : “Men’s Greatest Companion”

Pipa memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia seseorang lelaki. Ia adalah penenang kepada jiwa yang gundah, pembantu dalam membentuk pemikiran yang kritis, pelayan di saat stimulasi idea-idea tercetus, dan penahan daripada tindakan terburu-buru.

image

Pada masa perpipaan dikaitkan dengan permasalahan dan kontemplasi pemikiran seperti tadi, pipa juga mengajar lelaki erti bersederhana (dalam packing baccy – tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar), sabar (dalam membentuk ember yang baik), dan kebersihan (dalam pembersihan dan penjagaan pipa). Oleh kerana intimnya hubungan pipa-pemipa inilah maka pipa selalu dilabelkan sebagai “Men’s Greatest Companion”.

Sudah tentunya bila ia dilabel sedemikian, peranan pipa perlu dikaji semula. Bagi kita pemipa semestinya kita tahu akan kewajaran anugerah tersebut. Ini adalah salah satu kelebihan dimana hanya pemipa yang boleh menikmatinya; cabang-cabang konsumerisma tembakau yang lain seperti cigarsmoking, shisha dan merokok tidak memiliki feature seperti ini.

Jadi, persoalan yang timbul di sini ialah adakah pipa itu benar-benar mampu menjadi “Men’s Greatest Companion”? Sangat berjasakah pipa anda? Jika anda memiliki 30 buah pipa, adakah semuanya adalah “greatest companion” anda?

Seperti buku: tidak semua buku yang anda baca / miliki mampu memginspirasikan diri anda. Begitu juga dengan koleksi pipa. Memandangkan agak mustahil bagi pemipa untuk hanya memiliki satu pipa sahaja (dek kerana banyaknya bentuk dan design, juga perbezaan material dan variasi sistem yang meruntun jiwa kecil sang pemipa untuk mencuba sesuatu yang baru), maka adalah logik pemipa zaman ini akan bersifat sedikit pilih kasih atau “bias”, yakni menyukai sesuatu pipa secara lebih dari yang lain atau memiliki “preferred” pipe. Iaitu: pipa yang mampu memberikan inspirasi kepada seseorang pemipa tadi.

image

Pipa yang terpilih inilah yang setia menemani dan dibawa ke mana saja; ke kedai mamak, pasar malam, outstation, ke pipemeets, dibawa bercuti dan ke mesyuarat-mesyuarat open-air, dimana pastinya ia jarang berjauhan dari sang pemipa walaupun penggiliran pipa atau “pipe rotation” diamalkan. Ironinya, pipa-pipa begini kebiasaannya bukanlah pipa termahal atau tercantik yang sang pemipa ada. Mungkin kerana sifatnya yang bukan tercantik dan termahal, maka kurang penjagaan diperlukan lantas merundung rasa selesa yang amat sangat untuk dibawa kemana saja, sekaligus menjalin hubungan atau “bonding” yang utuh antara pemipa dan pipa. Atau mungkin nilai sentimental kerana pipa tersebut adalah pipa pertamanya, atau diwarisi dari ayahnya, dimana nilai ekstinsik memainkan peranan yang lebih besar.

Dari segi praktikalnya, pipa yang baik seharusnya memiliki kejuruteraan pipa yang jitu dan mampu memberikan kualiti perpipaan yang baik. Namun saya rasa agak jarang kita sebagai pemipa mengenepikan soal  “outlook” atau kualiti luaran sesuatu pipa. Jangan lupa, penglihatan juga adalah salah satu nikmat kurniaan tuhan, jadi selalunya pipa yang cantik, memiliki grain / sandblast / rustification pattern yang indah dan memiliki bentuk idaman seperti yang kita mahukan akan menjadi keutamaan. Jangan kita memandang rendah akan faktor ini; dari pengalaman saya, tiada perkara yang mampu mengurangkan stress apabila terperangkap di dalam jem ketika pulang dari kerja, selain dari mengusap-usap body Castello Sea Rock bulldog LOB with silver flock saya ini, dimana stress dan gundah gulana dari seharian bekerja bagaikan keluar dari badan saya melalui jari jemari yang mengusap rusticationnya yang craggy dan kasar…sekadar satu contoh.

image

Tentunya, hasil dari “bonding” ini menjalinkan hubungan pipa-pemipa yang mapan; anda sekarang sudah mampu untuk pack baccy dengan pantas & nyalakan pipa dengan amber yang baik bilamana perlu dan mampu menikmati keunggulan baccy walau dalam keadaan yang sebagaimana rumit sekalipun, kerana anda sudah memahami bagaimana pipa anda bekerja. Tidak ramai pemipa yang memiliki pipa “on-the-go” ini kerana limitasi harian seperti waktu bekerja, mesyuarat, appointment dan sebagainya. Namun, pipa yang bersifat “men’s greatest companion” semestinya mampu menzahirkan hal ini dan tidak memberikan masalah besar untuk dipack dan dilight apabila perlu dengan kadar masa yang cepat.

Seorang kenalan pipa saya, yang hidup di pekan kecil secara sederhana, sangat selesa dengan pipa “greatest companion” nya, sebuah Oom Paul kecil buatan tempatan (katanya dari seorang pakcik di Simpang Renggam, Johor, sekitar tahun 80an) yang dapur bowlnya sangat kecil; satu isian tembakau memenuhi bowl hanya mampu bertahan selama 30 minit sahaja. Setiap sesi perpipaan (atau tiap setengah jam), beliau dengan serius sekali membersihkan tenon dan mortise Oom Paul nya kerana ianya terlalu kecil dan mudah untuk tersumbat. Walaupun nampak seperti sangat leceh dan remeh, beliau sangat selesa dengan Oom Paul tersebut dan pipa itu lah yang selalu digamitnya kesana-sini, walaupun status sebenar kenalan saya ini adalah “jutawan senyap”; tanah beratus ekar dan duit berkepuk-kepuk di dalam bank. Bukanlah beliau tidak mampu untuk membeli pipa baru, namun apa yang berlaku di sini adalah beliau sudah pun memilih “greatest companion” nya dan tiada sesiapa yang mampu mengubah hakikat itu. Apa yang penting, beliau gembira dengan pipa Oom Paul nya, betul kan?

Dari itu, tahulah kita bahawa walau bagaimana banyak pun pipa yang kita ada, akan ada satu yang ternyata istimewa dari yang lain; selesa, terbukti baik, tidak semestinya yang memiliki grain terbaik atau sandblast tercantik atau diukir indah tetapi sejuk pada mata kita dan cukup disenangi untuk dibawa ke mana saja.

image

Jadi perlukah kita masih memiliki pipa-pipa yang lain? Ya, semestinya! Memiliki pipa lain bukanlah bermakna mencurangi pipa terbaik kita, malahan ia adalah suatu langkah penjagaan terhadapnya. Jika tidak, kita akan “abuse” pipa tersayang tadi dengan penggunaan hari-hari tanpa rehat yang wajar, lantas mengundang kerosakan yang sepatutnya boleh dielakkan dengan kaedah penggiliran pipa.

Sekarang, renungkanlah koleksi pipa anda dan ambillah satu untuk diisikan dengan tembakau dan nyalakan. Pupuk bara hingga menjadi amber dan sedutlah asap yang manis itu. Sedang anda menikmati kepulan asap dan alunan rasa tembakau yang anda nyalakan, mungkin anda akan mendapat ilham tentang salah dengan dari keseluruhan pipa-pipa anda yang ternyata lebih anda senangi dari yang lain…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s