Syrian Latakia Masterclass : Tembakau Ulung Pemipa

Latakia, bagi golongan pemipa, adalah suatu nama yg indah. Namun secara amnya, Latakia merujuk kepada nama sebuah pekan pelabuhan di Syria, di mana suatu masa dulu aktiviti import dan export berkembang pesat.

image

Dari sinilah datangnya nama “Latakia” pada baccy kita yang lazat ini. Sepertimana batu firuz mendapat nama “turquoise” (yang membawa maksud “batu Turki” kerana dahulu batu firuz masuk ke Eropah melalui Constantinople), Latakia juga mendapat jolokan nama dengan cara yang sama, sebab datangnya tembakau Latakia ini ke pasaran Eropah & dunia adalah melalui Port of Latakia, Syria.

Latakia sebenarnya ialah tembakau tempatan Syria, pokoknya renek berdaun tirus dan dikenali dikalangan rakyat tempatan sebagai “shek-el-bin”. Tiada data mengenai rasa sebenar latakia sebelum melalui proses fire-cured dan mungkin kita tidak akan berpeluang untuk tahu mengenainya kerana tiada penanaman Syrian latakia dilaporkan sejak tahun 80-an, dek kerana perang saudara dan konflik dalaman negara itu.

image

Sejarahnya asal latakia adalah agak unik,: ia dikatakan tercipta secara tidak sengaja apabila kepuk yang menyimpan daun shek el-bin ini secara tidak sengaja terbakar. Penanam berjaya menyelamatkan tembakau tadi dan menjangkakan ianya sudah rosak namun sebaliknya rasa smoky yang terhasil adalah sangat beraroma dan pekat. Maka secara tidak langsung, tembakau latakia pun tercipta. Versi ini adalah yang paling kerap diperkatakan maka mungkin ada kebenaran di sebalik cerita ini.

Latakia ini, secara asasnya diproses secara fire-cured. Mulanya daun shek-el-bin ini dijemur hingga kering, pastu digantung di dalam kepuk dan diasapkan dengan kayu-kayu tempatan (dikatakan pokok-pokok renek di sekitar kebun tembakau ini). Ada juga teori mengatakan antara bahan bakar untuk latakia ini terdiri dari campuran beberapa tumbuhan herba tempatan juga. Digantung dan diasapkan sebagaimana daun fire-cured yang lain, ila siap diasap, daun-daun tembakau latakia tadi bertukar menjadi kehitaman dan kemudian ianya dikompres & diperam sebelum dipotong sebagai flake. Flake yang siap untuk jualan tadi pula akan dikumpulkan dan dipek, sedia utk dijual kepada blending house tertentu.

Bila tembakau latakia mula memasuki pasaran Eropah tidak pernah tercatat, namun campurtangan imperialisme British di rantau itu berlaku sekitar 1916 bila askar British membantu puak Arab untuk meraih kebebasan Syria dari sisa-sisa empayar Ottoman. Mungkin askar-askar ini yang membawa pulang tembakau latakia dari Syria, atau imperialisme British mengeksport tembakau Latakia ke England sebagai salah satu penjarahan hasil bumi kolonialisme mereka adalah antara faktor-faktor yang kita boleh spekulasikan. Yang pasti, produksi latakia ini meningkat apabila pasaran Eropah didapati menyukai keunikan rasanya, terutamanya bila ia diblend dengan Virginia. Tidak lama kemudian English blend seperti yang kita tahu sekarang pun terhasil.

Seperti lengkung permintaan, apabila permintaan meningkat, pengeluaran juga turut meningkat. Syria telah mengeluarkan tembakau latakia dengan pesatnya pada sekitar tahun 30-an hingga 60-an. Malang sekali, tidak lama kemudian perang saudara meletus dan produksi tembakau latakia secara automatiknya berhenti. Syria tidak kembali aman lagi selepas itu, jadi penghasilan tembakau latakia tidak lagi meluas. Justeru itu, syarikat tembakau dan blending house kebanyakannya membeli tembakau latakia secara pukal dan menyimpannya untuk kegunaan masa depan masing-masing. Sekarang, tiada lagi didengari akan blending house membeli Syrian latakia. Apa yang ada hanyalah simpanan mereka sendiri dan apabila sampai tiba masanya ia habis, ia tidak akan berganti.

image

Secara fizikalnya, tembakau Latakia ini selalunya berwarna coklat gelap setelah diproses. Tin notenya akan memiliki bauan seperti daging salai, rempahan, sedikit masin air laut dan bau barbeque. Bila dibakar, rasanya agak earthy, sedikit pungent, sedikit manis dan tajam. Paling tepat untuk kita jelaskan, rasanya agak leathery. Nicotine levelnya agak moderate, malah lebih rendah berbanding virginia. Baunya yang agak keras dan sedikit pelik akan membuatkan banyak mata memandang anda tapi, rasanya yg earthy, leathery dan subtly sweet adalah amat menyenangkan. Campuran Latakia adalah bernisbah dari sekecil 1% hingga paling tinggi 40% di dalam blend dan ia bukanlah sejenis tembakau yang boleh dihisap secara langsung.

Senario sekarang melihatkan Syrian Latakia mendapat permintaan yang tinggi, jauh dari kadar bekalannya. Oleh itu, bila masa anda berpeluang untuk memiliki baccy yang menggunakan Syrian Latakia, beli sajalah kerana tembakau ini memang dikategorikan sebagai rare (ya, tidak banyak blend yang masih menggunakan Syrian Latakia dan tidak banyak blending house yang masih ada memilikinya), dan mungkin dalam sedekad dua lagi Syrian Latakia hanya wujud dalam cerita di muka bumi ini.

Walaupun banyak English blend yang sudah mula bertukar kepada Cyprian Latakia sekarang, atas faktor keberadaan Cyprian latakia yang masih dikultivasi pada skala yang memuaskan, daunan latakia versi Syrian ini tetap memiliki keistimewaan rasanya yang tersendiri dan sebagai pemipa alangkah untungnya kita masih mampu untuk merasai dan menghayati rasa sebenar latakia yang semakin pupus ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s