Meerschaum : Bahan Pipa Terbaik?

Meerschaum adalah perkataan German yg bermaksud “buih lautan”. Berwarna putih, ianya sangat poros dan lembut, walaupun secara amnya ia adalah batuan fosil. Komponen kimianya adalah hidrasi magnesium, silikon dan oksigen.

image

Ciri-ciri meerschaum adalah ringan, tahan panas, daya menyerap yang tinggi, warnanya yang cantik dan teksturnya yang lembut: yakni mudah dibentuk, diukir dan dipolish. Kebolehannya untuk menyerap jus tembakau dan bertukar dari putih gading kepada coklat matang adalah sangat bernilai dan unik, menginspirasikan kolektor-kolektor tegar yang meminatinya.

Sebenarnya ciri terbaik meerschaum berbanding briar yang menjadi tunjang akan kesesuainya sebagai bahan pipa adalah sifat neutral rasanya: bahan meerschaum tidak memiliki rasa dan jika anda berpipa menggunakan meerschaum, anda akan dapat menikmati rasa tembakau / blends secara total dan menyeluruh. Briar biasanya subjektif terhadap jenis briar dan kematangan blok yang digunakan, jadi ia masih memberikan sedikit rasa kayu dari briar itu di dalam sesuatu sesi perpipaan (kerana itu lah briar perlu direbus dan dianginkan sehingga 3 tahun ke atas, supaya getah / sap di dalamnya habis keluar dan tidak memberikan rasa pahit jika masih ada di dalam briar tersebut). Juga sifat meershaum yang tahan panas bermakna anda tidak perlu risau akan dasar bowl yang mungkin terbakar ketika berpipa: dengan meerschaum anda tidak perlu berhenti berpipa walaupun ianya sangat panas, kerana daya tahan panas yang disebutkan tadi. Kualiti ini ditambah dengan kuantitinya yg semakin terhad menyebabkan pipa meerschaum biasanya agak mahal dan memiliki permintaan yang tinggi.

image

Seperti yang dikatakan tadi, meerschaum adalah bahan yang sangat-sangat terhad. Boleh dikatakan ia hanya terdapat di Turki, secara tepatnya di Eskisehir, utara Ankara. Deposit di lain-lain tempat juga wujud (beberapa negara seperti Morocco, Tanzania, Syria dan Afrika) tetapi sangat sedikit dan tidak signifikan untuk pengeluaran industri. Kawasan perlombongannya hanya di sekitar 16km persegi sahaja di daerah itu, di mana banyak lubang-lubang digali seperti lombong emas yang kita tahu di sini. Semakin dalam ke bawah sesuatu blok meerschaum itu dijumpai, semakin asli sifatnya dan semakin tinggi kualitinya. Meerschaum juga sudah digali sejak lebih seribu tahun lepas jadi boleh dikatakan bahan ini mungkin semakin sukar didapati kelak. Turki pun telah mengharamkan blok meerschaum dibawa keluar secara “mentah” sebelum dibentuk menjadi produk seperti pipa, ukiran buah catur dan lain-lain end product, membuktikan betapa pengeluarannya sudah semakin terhad.

Secara amnya, walaupun lembut, meerschaum memiliki daya tahan yang tinggi. Banyak meerschaum dari zaman dahulu masih disimpan baik terutamanya di muzium-muzium dan juga di tangan kolektor-kolektor tegar, menjadikannya sangat berharga. Ini telah menjadikan industri meerschaum tiruan juga melonjak naik. Antara bahan tiruan yang digunakan untuk dijual sebagai pipa meerschaum adalah gypsum, plaster of paris yang telah dikeraskan, dan habuk dari ukiran meerschaum yg dikumpulkan dan dibentuk semula. Salah satu cara untuk mengenalpasti ketulenan meerschaum adalah dengan membasahkan hujung jari anda dan menyapu bahagian dalam bowl / chamber dengan hujung jari itu: jika ada rasa sedikit lekitan (meerschaum adalah sangat poros, lembapan di jari akan diserap oleh dinding bowl chambernya jadi permukakan jari akan sedikit melekap di dinding chamber itu) maka besar kemungkinan itulah meerschaum yang tulen.

image

Walau bagaimanapun saya menasihatkan jika anda mahukan meerschaum yg betul-betul tulen, anda haruslah sanggup berbelanja sedikit lebih kerana beza harga antara pipa meerschaum tulen berbanding yang tiruan adalah agak jauh. Beberapa jenama seperti Fikri Baki, Meerqueen, Altinay, Hakan Cantekin dan lain-lain adalah antara pengeluar pipa meerschaum terkenal dan boleh dipercayai. Rata-rata harga dari pengeluar ini adalah EUR200 / Turkey Lira 400 / RM500 ke atas. Ianya boleh didapati di Grand Bazaar Istanbul dan dengan kaedah tawar-menawar, anda mungkin mampu memilikinya pada kadar yg sedikit rendah lagi. Di sana banyak pipa meerschaum dijual pada harga serendah 50 Lira (biasanya yang tiada jenama) namun adalah baik jika anda berhati-hati dan tahu apa yang anda sebenarnya mahukan sebelum anda beli.

Masih didebatkan bahawa walaupun pipa dibuat dari kayu briar, kayu oak “morta”, kayu cherrywood, tanah liat, porselin, kaca, buluh, besi dan sebagainya, material-material ini tidak dapat menandingi kehebatan karakteristik meerschaum sebagai bahan unggul pipa. Bahkan meerschaum juga dinobatkan sebagai raja kepada pipa oleh kolektor-kolektor sedunia. Keunggulan rasa 100% tembakau yang mampu diberikan olehnya, kecantikannya, ketahanannya, tahap kolektivitinya dan kesukaran untuk memilikinya (mungkin di masa depan yang terdekat nanti) menjadikan pipa meerschaum adalah satu koleksi anda yang patut anda nikmati, hargai dan banggakan. Malahan, dengan kaedah penjagaan yang baik, meerschaum itu mungkin akan berada di muka bumi ini lebih lama dari diri anda, menjadikannya satu legasi anda untuk tinggalan kepada anak cucu kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s