Oriental Masterclass : Dedaunan Eksotik

Tembakau oriental menjurus kepada jenis-jenis tembakau yang ditanam di Eropah timur dan pesisiran Mediterranean. Variasi yang ada adalah banyak, namun penghasilannya adalah agak terhad dan terkadang secara kecil-kecilan. Mujurlah ianya hanya digunakan sebagai tembakau sekunder atau hanya untuk menambah perisa dalam sesuatu blend terutamanya blend-blend Balkan, oleh itu hanya jumlah yang kecil diperlukan.

image

Untuk mengenali setiap jenis dengan lebih dekat adalah sukar kerana terdapat puluhan jenis dan variasi dedaun oriental ini. Oleh itu kita hanya akan fokus kepada jenis yang agak terkenal dan selalu ada di dalam blend-blend di pasaran sekarang. Situasi pasaran tembakau sekarang yang hanya melabelkan sesuatu blend itu blend “oriental” tanpa menyertakan maklumat mengenai daunan apa yang digunakan adalah sangat mendukacitakan. Hakikatnya, blending house sendiri terkadang tidak mengetahui daun oriental yang manakah yang mereka beli dan terima, kerana ia datang secara pukal dan hanya dilabel “oriental”.

Nama-nama tembakau oriental ini selalunya diambil dari nama bandar terdekat ia dikultivasi. Ini memudahkan pengenalan dan juga pengecaman tanaman tersebut. Jika diikutkan, penghasilan tembakau oriental boleh dibahagikan mengikut region masing-masing (Greece, Turki dan Eastern Europe) dimana kultivasi berlainan dihasilkan, namun adalah baik untuk kita pergi dengan lebih terperinci di masa yang lain dan kita teruskan dengan jenis yang biasa terdapat pada blend-blend oriental.

image

Tembakau oriental kultivasi Turki yang paling selalu kita jumpa adalah Izmir dan Smyrna. Nama datang dari daerah kultivasi masing-masing. Selalunya kita jumpa tembakau ini dengan nama “Cyprian latakia” dan kegunaan keduanya sebagai variasi pengganti Syrian latakia ini adalah sangat meluas. Selain itu, penanaman daun Katerini (dari percambahan biji benih Samsun yang juga dikatakan “the queen of tobacco” seperti mana latakia ialah “the king of tobacco”) juga boleh ditemui di daerah Samsun, namun pada skala yang kecil.

Di pesisiran Greece juga penanaman tembakau oriental bergiat pesat. Keluaran Greece yang paling dikenali adalah Basma, dimana tembakau yang memiliki kualiti aroma yang baik ini adalah salah satu komponen blend crossover terkenal, Frog Morton On The Town. Kemudian kita ada Yenidje atau terkadang dikenali sebagai Xanthi, tembakau tanaman tanah tinggi yang memiliki rasa yang agak padu tetapi aroma yang lemah. Dikatakan ia mampu mengubah rasa sesuatu blend dengan signifikan, dan dengan pengeluaran yang kecil ianya sangat diinginkan oleh banyak blending house.

Di Georgia yang menghadap Laut Hitam pula tembakau Sokhoum ditanam dan dieksport keluar untuk konsumasi dunia, walaupun kadar eksportnya adalah kurang dari 1% eksport tembakau dunia. Oleh kerana itu, pengeluaran blend-blend yang mengandungi tembakau Sokhoum adalah sangat jarang ditemukan.

image

Berikutan kerana kekurangan hujan dan nitrogen di persekitaran penanamannya, tembakau oriental memiliki kadar nikotin yang sangat rendah. Oleh kerana itu, tembakau oriental sangat sesuai untuk dijadikan sebagai “seasoning” untuk blend tembakau pipa bagi menambahkan spiciness dan perisa blend-blend virginia atau burley. McClelland ada mengeluarkan “Great Oriental Series” yang merupakan suatu peluang baik untuk mengenali tembakau oriental dengan lebih dekat. Selain itu, antara blend-blend berciri oriental yang baik yang boleh kita dapati adalah McClelland Arcadia (yang terbaik saya pernah cuba), Dunhill Standard Mixture & Standard Mixture Mellow dan RMC Oriental.

Walaupun pengeluarannya agak kecil dan terkadang bersifat seperti “cottage industry”, tembakau-tembakau oriental ini mewarnakan dunia perpipaan dengan aroma spiciness dan tekstur rasa eksotik yang dimilikinya. Selain dari melengkapkan blend-blend virginia dan burley, tembakau oriental juga membuka ruang untuk eksplorasi baru pada mereka yang rajin dan berminat untuk menjejak variasinya yang luas dan penuh dengan misteri ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s