Ulasan Baccy : McClelland Frog Morton “Frog Morton”

Craftbury Series dari McClelland mengenengahkan blend-blend berteraskan latakia yang lembut, sederhana-kuat untuk pemipa yang tidak menggemari blend-blend latakia padu atau “lat-bomb”. Ia juga disasarkan sebagai blend -blend latakia yang moderate dan lembut, sesuai untuk dinyalakan pada setiap masa. Secara tak langsung, ramai pula pemipa pemula mendapati siri ini adalah baik sebagai pengenalan kepada Latakia dek kerana kelembutan rasanya dan ciri-ciri semi-aromatiknya yang menunjangi arus blend “crossover”.

image

Sebagai blend flagship siri Frog Morton ini, FM Original adalah mixture utama yang ditambah itu dan ini pada blend-blend FM seterusnya. Memandangkan perhatian dan populariti siri ini banyak bergantung pada percambahan blend asal FM, sudah tentunya ia digunakan sebagai “blue print” dan pihak McClelland sendiri amat berpuas hati dengan kelima-lima blends yang melengkapkan Frog Morton di dalam Craftsbury’s Series ini.

Bauan seperti plum masam, mocha dan fragranted latakia menyapa hidung anda apabila penutup tin dibuka. Tembakaunya yang berbentuk ribbon cut kelihatan seperti agak lembap dan berwarna gelap kehitaman. Biarpun hanya latakia dan virginia yang dikatakan muncul di dalam blend ini, saya rasakan sedikit black cavendish dan oriental mungkin hadir.

image

Nyalaan selepas charring light adalah sangat mudah. Ini agak mengejutkan kerana tembakaunya agak lembap. Dari segi rasa, FM Original adalah tembakau yang agak simple dan lurus. Permainan nasal adalah sangat baik: secara personal ia mengingatkan saya akan pertemuan pertama saya dengan latakia, dengan note earthy dan musky tetapi manis dan eksotik. Inilah bau “campfire” ataupun unggun api ketika berkhemah, yang selalu dikaitkan dengan Cyprian latakia. Note dasarnya adalah agak kasar, dengan permainan latakia yang seakan-akan keratin terbakar – yang peliknya saya agak menyukai note ini – diselang dengan sedikit rasa koko dan coffee yang agak musky.

Tekstur rasa tidak banyak berubah pada pertengahan bowl namun sedikit demi sedikit profil flavornya hilang bila perjalanan menghampiri penamat. Sebelum ia tamat, anda bertemankan flavor yang serupa dengan kepulan asap putih yang banyak. Cool smoke ini adalah sangat lembut, menemani anda hingga ke penghujung. FM Original ternyata diadun dengan dedaun virginia yang berkualiti: mendapatkan habuk putih adalah mudah sekali. Kadar nikotin blend ini adalah agak rendah, jadi sebagaimana kita tidak mengharapkan lat-bomb di sini, begitu jua dengan nikotin.

image

Walaupun diadun dengan latakia dan dedaunan oriental yang lain, FM Original adalah agak manis, earthy dan santai. Bagi saya, ia memiliki kualiti “dessert” dan memuaskan kita dengan kombinasi kemanisan tadi ditambah dengan permainan nasal dengan note campfire yang sangat mengujakan. Perlu ditekankan blend ini adalah sangat lembut, ia mungkin akan mengecewakan peminat-peminat blend English yang biasanya lebih keras.

Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa FM Original mungkin adalah pelopor kepada blend-blend berteraskan konsep “crossover” ini, dimana hala tujunya adalah English blend tetapi dengan pendekatan lebih mesra-aromatik. Dimensi ini adalah sangat penting kepada pemipa pemula yang mahu mengembangkan palate mereka kepada lebih banyak blend-blend di luar sana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s