Kita ini adalah golongan bertuah di bumi yang bertuah…
Menikmati lebaran di samping yang tersayang memang sangat mengujakan. Setelah sebulan berpuasa, bulan amalan ditangisi dan amalan berpipa moreh akan ditinggalkan untuk tahun yang berikutnya. Walaupun sekarang kita bebas berpipa bilamasa perlu, namun kenikmatan berpipa selepas seharian berpuasa itu tidak tergambar indahnya.
Mendatangnya Syawal ini, pelbagai cara mungkin kita raikan dengan pipa tersayang. Kunjung mengunjung ke rumah sahabat pemipa senantiasa dinantikan dan sesi pipesmeet raya mungkin akan diadakan oleh kumpulan-kumpulan pipa tempatan. Kesempatan baik ini akan pastinya mengeratkan lagi jalinan hubungan antara kita pemipa.
Begitulah signifikannya pipa di sepanjang lebaran ini. Raikanlah nikmat ini sebaik mungkin.
Salam Lebaran dari PdDF.