Cyprian Latakia Masterclass : Pengganti Syrian?

Kehadiran Cyprian Latakia ke dunia perpipaan adalah umpama mentari muncul selepas hujan. Dunia yang resah dengan khabar buruk untuk latakia seperti perang saudara di Syria, kepupusan minat muda-mudi Syria untuk meneruskan penghasilan tradisi nenek moyang mereka, dan berita gudang simpanan latakia yg terbakar, akhirnya sekarang sudah mampu tersenyum. Namun, selama manakah kita masih mampu tersenyum?

image

Cyprian latakia diproses dengan cara dan kaedah yang sama dengan Syrian, dimana daun digantung di dalam bilik tertutup dan pembakaran bahan-bahan tertentu seperti batang pokok oak tempatan dan beberapa herba-herba menghasilkan asap dan aroma yang melekat dan diserap oleh dedaun latakia ini: proses yang secara amnya dipanggil “fire-cured”. Namun, berbeza dengan Syrian latakia yg menggunakan daun tempatan “shek-el-bin”, saudaranya versi Cyprian ini sebenarnya menggunakan daun-daun tembakau oriental iaitu Izmir dan Smyrna. Kedua jenis tembakau ini digunakan secara meluas di dalam blend-blend oriental yang ada sekarang.

Seperti lainnya rasa masakan jika lain sayuran yang digunakan, ya, rasa Syrian vs Cyprian latakia ini mungkin hampir sama tapi nyata ada bezanya. Sup bayam dan sup sawi pun ada kelainan rasa, kan? Begitu juga tembakau. Penggunaan daun tembakau yang berbeza boleh menyebabkan perbezaan blend yang ketara. Kita tahu Oriental blend sepatutnya tidak menggunakan latakia, dan kita juga tahu English blend yang tulen tidak akan menggunakan tembakau oriental. Namun, situasi sekarang adalah sedikit longgar dimana terdapat banyak blend yang menggunakan kedua-dua element ini dan ia dilabel mengikut kesukaan.

Selain itu faktor penggunaan bahan bakar tempatan juga memainkan peranan. Bahan-bahan asas seperti kayu pokok renek Syrian dan Turki adalah sedikit berlainan dan penggunaan herba tempatan juga turut mempengaruhi, walaupun kita tahu kaedah kultivasinya adalah sama.

Walaupun ada kesamaan rasa tetapi nuansa flavor yang sedikit berbeza melanda kedua-dua jenis latakia ini. Cyprian latakia agak terkenal dengan buttery & creamy notes dan ramai pemipa termasuk saya yang menyukai latakia ini. Sebenarnya ini mendatangkan satu dimensi baru kepada peminat latakia, yang selama ini hanya bergantung kepada “leathery and earthy” taste dari Syrian latakia. Malahan, mungkin ada yang menginginkan Cyprian latakia lebih dari Syrian dan tentunya ini semua terpulang kepada individu.

image

Di sebalik nuansa rasa baru ini, sayangnya tembakau Cyprian latakia memiliki lesser-bodied tobacco taste, dimana ini adalah identik dengan ciri-ciri tembakau oriental. Ianya bukan lah satu kekurangan kerana ada juga pemipa yang tidak menyukai full body taste. Walau bagaimanapun, ia diseimbangkan dengan rasa spiciness yang tidak sekuat perique tetapi lebih pronounced berbanding Syrian latakia. Satu lagi perbezaan yang ketara adalah warna. Cyprian Latakia selalunya berwarna gelap kehitaman; juga sesuatu yang agak sinonim kepada ciri-ciri tembakau oriental.

Selalu kita jumpa pertanyaan mengenai adakah Cyprian dan Syrian latakia mempunyai beza rasa yang ketara, dan bagi saya dengan sedikit fokus, pengalaman dan developed palate, kita akan dapat merasai perbezaan ini. Cyprian latakia adalah suatu replacement product, bukan pengganti sebenar bagi Syrian latakia yang nyata sudah tidak diproduksikan lagi. Sebab itulah pengeluar tembakau akan melaung-laungkan tag “mengandungi Syrian Latakia” di dalam produk mereka jika ianya ada di dalam mixture. Kerana bahan ini sangat terhad dan menamakan penggunaannya di label tin mungkin akan menjadikannya lebih senang terjual.

image

Menjadi replacement product bukanlah suatu masalah, terutamanya bagi tembakau enak dan beraroma ini. Kita tetap perlu bersyukur bahawa Cyprian Latakia hadir sebagai pengganti yang sangat mantap, untuk hari muka dimana Syrian Latakia akan habis dan lenyap dari muka bumi ini.
Jadi kerinduan terhadap kehilangan besar dunia tembakau ini akan agak terubatlah jua, dan mungkin generasi akan datang tidak lagi memerlukan Syrian, selagi Cyprian latakia masih bertahan dan diproduksikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s