Father’s Day Special : Keinginan Kebapaan 2016

Kita menyambut Father’s Day 2016 dengan penuh kesederhanaan, yang jatuh pula di dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Tiada cigar di pagi hari dan tiada pipa pemula hari sekitar jam 8 pagi. Keinginan kebapaan tahun lalu (pipadiduniafana.wordpress.com/2015/06/20/fathers-day-special-keinginan-kebapaan/) adalah satu sirna yang semakin malap, kecuali Penzance yang akhirnya berjaya dinikmati tahun lalu (terima kasih kepada my bro Sharibi Akimolo untuk itu). Sepanjang tahun, tentunya semakin banyak … Continue reading Father’s Day Special : Keinginan Kebapaan 2016

Anekdot Perpipaan # 5 : A Lovat to Love-At

Kita semua tahu kan, akan perihal lovat? Lovat, bagi saya, is like a “love at the first sight”. Dengan bentuk asas billiard, bowl billiard, shank bulat dan saddle stem, ia adalah satu variasi billiard yang agak menarik. Menarik sekali untuk kita sedari yang efek itu dimagnifikasikan oleh saddle stem yang sangat kecil – kejutan kontras yang membakar api kecil di dalam sanubari kita, bak api … Continue reading Anekdot Perpipaan # 5 : A Lovat to Love-At

Apabila Rokok & Pipa Bersama-Sama Semeja….(extended play for Apabila Rokok Mulai Menghampiri Pipa…)

Kitaran hidup abad ke 21 ini semakin memerlukan komitmen masa – sebuah sumber yang tidak boleh diperbaharui lagi (kecuali anda memiliki mesin masa, atau anda di alam jin – dikatakan alam manusia ini seperti babak gerak perlahan bagi mereka). Kerana itulah rokok cepat mendapat tempat di hati pengguna tembakau sedunia. Kemajuan industri pembuatan pada abad ke 20 memberikan jawapan kepada desakan hidup “working class” yang … Continue reading Apabila Rokok & Pipa Bersama-Sama Semeja….(extended play for Apabila Rokok Mulai Menghampiri Pipa…)

“per aspera ad astra” – extended version for “The Pesaro School” – Jawapan Italianesque Terhadap Dunia Freehand.

​ Sementelahan kita di dalam minggu Pesaro ini saya suka sekali untuk mengenengahkan motto yang telah menjadi tatanama tetap buat aspirasi perpipaan Italy ini. Membawa maksud “merentasi rintangan dan ke bintang”, ia adalah juga satu manifestasi artisan yang sangat beraspirasi. Tentunya, banyak rintangan dan cabaran di dalam dunia perpipaan secara amnya dan di dunia pipemaking secara khususnya, dan ia memerlukan seseorang pipemaker untuk memiliki jiwa … Continue reading “per aspera ad astra” – extended version for “The Pesaro School” – Jawapan Italianesque Terhadap Dunia Freehand.

Hubungan Astral Pemipa dengan Pipanya

Mulanya kita mengenal pipa sebagai satu konduit untuk pemipa menikmati tembakau. Kemudian kita sedar yang pipa adalah “men’s greatest companion” – satu “accolade” yang boleh dikatakan sangat besar untuk dianugerahkan kepada sesuatu benda yang tidak bernyawa. Tidak lama kemudian, si pemipa budiman mulai secara perlahan-lahan sedar akan wujudnya hubungan astral antara beliau dan pipanya… Bagi kebanyakan kita pemipa, pipa adalah satu kelengkapan yang agak peribadi. … Continue reading Hubungan Astral Pemipa dengan Pipanya

“Sa-malam Di Sepang”: Bermulanya Era “Carnaval” Pemipa Kita?

Tiga hari berlalu sudah, satu kisah yang mendukung citra para pemipa Malaysia. Selangor Pipers (atau lebih dikenali dengan nama SelPi) telah menganjurkan satu temu-pipa yang melangkaui jangkaan semua – kerana asalnya ia bukanlah berskala mega – tetapi dengan kehadiran pemipa seantero negara seramai lebih kurang 130 orang, ianya bukanlah satu perjumpaan kecil-kecilan. Melihat sejenak kepada propaganda yang terhasil melalui poster “Sa-malam di Sepang” ini, ia … Continue reading “Sa-malam Di Sepang”: Bermulanya Era “Carnaval” Pemipa Kita?

Bila Dunia Menangisi Kehilangan Syrian Latakia

Hari demi hari, kita dihadapkan dengan berita mengenai konflik di Syria. Dengan intensiti perang saudara dan campurtangan politik yang semakin meruncing di negara ini, kita seakan sudah pun boleh memberikan Syrian Latakia lambaian dan ciuman terakhir. Konflik di Syria adalah satu contoh betapa menderitanya rakyat (dan pemipa sejagat) jika perang saudara tercetus dari perbezaan politik. Bermula dengan insiden anggota keselamatan melepaskan tembakan terhadap orang awam … Continue reading Bila Dunia Menangisi Kehilangan Syrian Latakia

IPSD : BPCS – Apa Yang Ada Disebalik Kabut Asap Pipa-Pipa Itu?

International Pipe Smoking Day atau IPSD adalah satu hari yang ditunggu-tunggu oleh para pemipa sedunia. Berlangsung pada setiap 20 Februari, ini lah masanya di mana pemipa bergaul dengan komuniti pemipa setempat dan berkontemplasi tentang dunia perpipaan, membudayakan hobi mereka dan lain-lain hal yang berkaitan. Sebagai seorang pemipa, anda dianugerahkan dengan pelbagai kesusahan hanya kerana secebis niat suci anda untuk menjadi seorang yang lebih budiman. Anda … Continue reading IPSD : BPCS – Apa Yang Ada Disebalik Kabut Asap Pipa-Pipa Itu?

Resolusi Pipa 2016 : Menghadapi Tahun Yang Getir

Seminggu sudah kita memasuki 2016 yang dijangka getir ini… Sudah menjadi resam setiap individu untuk memiliki resolusi tahun baru. Ada yang mahu jadi kaya, mahu melancong, mahu tambah pelaburan mahu tukar kereta baru, dan lain-lain lagi. Resolusi-resolusi sebegini adalah bagus, kerana ia sepatutnya mendorong kepada perubahan diri yang positif. Pemipa-pemipa juga tidak terkecuali. Menaikkan taraf koleksi atau “upgrade” adalah satu perkara yang baik sekali. Namun, … Continue reading Resolusi Pipa 2016 : Menghadapi Tahun Yang Getir

2015 Recap : “Masukkan Horizon 2015 ke Dalam Pipa Anda”.

Sehari berlalu pada 2016. Kita sibuk dengan keraian dan pesta untuk mengalu-alukan kadatangan tahun baru ini. Bermacam perancangan, beratus keazaman dan beribu resolusi dilontarkan terhadap 2016. Yang pasti, semuanya positif. Namun, kerap kali kita terlupa akan 2015 yang berlalu dengan seribu macam kenangan. Sesungguhnya jika dihimpun, banyak yang kita boleh pelajari dari 2015 dan bermacam iktibar mampu diambil. Memfokuskan tentang dunia perpipaan & baccy di … Continue reading 2015 Recap : “Masukkan Horizon 2015 ke Dalam Pipa Anda”.