Bila Dunia Menangisi Kehilangan Syrian Latakia

Hari demi hari, kita dihadapkan dengan berita mengenai konflik di Syria. Dengan intensiti perang saudara dan campurtangan politik yang semakin meruncing di negara ini, kita seakan sudah pun boleh memberikan Syrian Latakia lambaian dan ciuman terakhir.

Konflik di Syria adalah satu contoh betapa menderitanya rakyat (dan pemipa sejagat) jika perang saudara tercetus dari perbezaan politik. Bermula dengan insiden anggota keselamatan melepaskan tembakan terhadap orang awam di dalam satu tunjuk perasaan, ia bergolak menjadi satu rusuhan yang membentuk militia di serata negeri.

Ini ditambah dengan campurtangan pihak luar seperti jihadist dan IS, maka perang saudara yang telah pun menjadi satu krisis politik yang melarat melanda Syria. Mungkin juga “the Arab Springs” yang berlaku di Mesir memainkan peranan, juga mungkin ada dalang-dalang tertentu yang mahukan pergolakan ini, namun krisis di Syria ini sudah pun menelan korban sebanyak 300,000. dan lebih 2.5 juta rakyatnya telah pun meninggalkan Syria sebagai pelarian perang.

image
saban hari, kita dijamu dengan berita-berita yang tidak menyenangkan dari Syria

Kita pemipa sememangnya berminat dengan isu ini kerana satu daerah yang istimewa; Latakia. Kita pun tahu di sini lah permulaan kepada penciptaan tembakau yang berstatus tinggi ini. Jadi, apakah yang ada untuk kita di sini?

Sebenarnya, tidak banyak yang boleh kita lakukan dan jangkakan mengenai Syrian latakia. Beberapa sumber menyatakan yang kultivasi tembakau “Shek-el-Bint” ini sudah pun terhenti sejak 30-40 tahun yang lalu. Konflik pada ketika itu, ditambah dengan faktor golongan muda yang tidak berminat untuk menceburi bidang ini, menjadikan penanaman dan kuktivasinya terhenti.

Jika masih ada pun, sukar untuk kita bayangkan akan kemajuan yang dapat dicapai disebalik pertelingkahan antara dua fahaman politik ini, pengeboman dan keganasan yang menular. Ramai golongan tua yang cuba untuk melarikan diri dari peperangan ini, manakala golongan muda pula menyertai pihak pemberontak. Jadi, masihkah ada kultivasi tersebut?

image
dengan berita-berita sebegini, masihkah ada masa depan untuk kultivasi Syrian latakia?

Apa yang pasti ada, adalah bekalannya. Blending-blending house semuanya mempunyai gudang-gudang penyimpanan tembakau yang besar. Di sanalah mereka menyimpan semua daunan tembakau yang bakal dijadikan blend. Dan di sanalah juga daun hebat ini menunggu masa untuk diblendkan dengan adunan lain-lain tembakau.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, begitulah nasibnya kita pemipa apabila salah satu gudang yang menyimpan bekalan Syrian latakia ini telah hangus terbakar pada 2004. Ini menyebabkan beberapa blending house seperti G.L Pease keputusan bekalan secara rasminya. Namun, perkara ini ada kebaikannya kerana selepas itu Greg Pease sendiri telah mempertingkatkan kualiti dan kehebatan permainan latakia blendingnya dengan menghasilkan blend-blend berteraskan Cyprian latakia yang sangat baik seperti Jacknife Plug, Westminster, Lagonda dan terbaru Gaslight. Adakah blending house lain mahu menjual bekalan Syrian latakia mereka? Sudah tentu tidak.

Kesan dari keputusan bekalan Syrian latakia ini akan lambat laun melanda kita juga. Setakat ini kita masih memiliki beberapa blend yang menggunakan Syrian latakia seperti Frog Morton Across The Pond, Mac Baren The Solent Mixture, dan sudah tentunya blend unggul syurgawi Ashton Artisan Blend. Itu pun, kedua-dua blend terakhir sudah agak sukar untuk ditemui di sini. Kelak, terpaksalah kita beralih kepada variasi Cyprian sebagai alternatif.

image
satu contoh blend berteraskan Syrian latakia yang sudah tidak stabil lagi keberadaannya

Malah, dewasa ini juga banyak pihak yang mempersoalkan akan berapa banyakkah jumlah Syrian latakia yang digunakan untuk sesuatu blend yang diwar-warkan memiliki “Syrian” latakia? Blending house mana pun mampu untuk menggunakan Cyprian latakia sebagai komponen utama latakia di dalam sesebuah blend dan mencubit sedikit Syrian latakia (jadi mungkin kurang dari 1% pun) dan blend itu untuk ia dilabel sebagai blend Syrian latakia. Namun bagi saya, ini soal kredibiliti dan penjenamaan jadi blending house yang terkenal sudah tentunya tidak mahu nama dan imej mereka tercalar jika diketahui melakukan penipuan sebegini.

Memahami tindak tanduk manusia, kita selalunya akan menjadi sangat kreatif dan efektik apabila berada di dalam keadaan yang drastik. Oleh itu, kita boleh menjangkakan yang mungkin banyak lagi alternatif selain Cyprian latakia yang boleh tercipta, terutamanya apabila bekalan Syrian latakia betul-betul sudah kehabisan nanti.

Master blenders pastinya akan mengusahakan sesuatu untuk palate kita pemipa – we are in good hands. Jadi, walaupun langit nampaknya gelap sekarang, saya percaya banyak lagi yang akan menanti kita di kemudian hari. Apa yang kita perlu lakukan adalah teruskan berpipa dengan fikiran yang tenang dan positif.

Keep the faith.

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s