2015 Recap : “Masukkan Horizon 2015 ke Dalam Pipa Anda”.

Sehari berlalu pada 2016. Kita sibuk dengan keraian dan pesta untuk mengalu-alukan kadatangan tahun baru ini. Bermacam perancangan, beratus keazaman dan beribu resolusi dilontarkan terhadap 2016. Yang pasti, semuanya positif. Namun, kerap kali kita terlupa akan 2015 yang berlalu dengan seribu macam kenangan. Sesungguhnya jika dihimpun, banyak yang kita boleh pelajari dari 2015 dan bermacam iktibar mampu diambil.

image

Memfokuskan tentang dunia perpipaan & baccy di alam kita, banyak blend-blend baru yang singgah ke tanah air ini. Antaranya keempat-empat blend NYPC (Jack’s Shanty, Hell’s Kitchen, Bedloe Island & Bowling Green), Dan Tobacco dengan Old Ironsides, Choo Choo Train dan Hamborger Veermaster, Dunhill Baby’s Bottom, Three Years Mature & Ready Rubbed, Blend-blend Hearth & Home seperti Black House, White Knight, Fusilier’s Ration, Cerberus, Viprati, Magnum Opus, Larry’s Blend dan juga beberapa blend dari Sutliff.

Penangan blend-blend signature Russ Oulette ini juga turut ditemani oleh blend artisanal G.L Pease iaitu Westminster, yang cukup popular di US. Saya ingin mengucapkan kudos buat Romeo Gift kerana mampu membawa blend-blend ini ke Malaysia, menambahkan lagi warna-warna di dunia perpipaan kita.

Peterson pula secara tiba-tiba menambahkan koleksi blend mereka secara banyak. Di sebalik keluaran aromatik yang biasa seperti Peterson Summertime dan Christmas, ada beberapa keluaran “khas” seperti Peterson Founder’s Choice, 1865 dan Signature Flake, juga keluaran dalam pek seperti Aran, Wild Atlantic dan beberapa lagi. Memang semua ini bagaikan suatu pesta buat palate pemipa kita.

image

GST dan kadar tukaran asing ternyata memberi impak kepada semua dan harga baccy juga meningkat. Dunhill kini dijual pada harga sekitar RM 75 dan paling mengejutkan blend kegemaran saya Frog Morton yang dijual pada harga RM 69! Sebelum ini selalunya ia boleh didapati pada harga RM 55 dan semestinya impak sebegini memeritkan poket kita, sedar atau tidak.

Pasaran pipa juga tertakluk pada dua faktor tersebut. Ini sudah tentu akan berlaku, kerana transaksi import kebanyakan kedai adalah menggunakan USD. Walaupun begitu, harga pipa keluaran Winslow sudah pun dinaikkan sebelum GST bermula, atas arahan pihak Winslow sendiri. Mungkin sebagai pengguna kita mampu menggunakan kuasa pembeli untuk menangguhkan sementara niat jika Winslow adalah di dalam perancangan, tetapi tidak lah saya pasti akan keberkesanan strategi sebegini kerana pasaran Malaysia bukan lah besar untuk Winslow.

Berita baiknya mengenai pipa adalah pertambahan beberapa jenama yang sebelum ini jarang terdapat di sini, seperti Rattray’s. Seperti kebanyakan pipa-pipa dari kejiranan England, bentuk-bentuk tradisi menjadi keutamaan dan kurang bentuk-bentuk “freehand” yang ditawarkan. Secara keseluruhan kualiti pipa keluaran Rattray’s adalah baik jadi secara perlahan-lahan mungkin jenama ini mampu meraih ikutan dan minat masyarakat pemipa kita.

image

Apa khabarnya dengan Syria? Dengan perang saudara yang masih membelenggu mereka sejak tahun 60an, keadaan semakin serius sekarang sehinggakan ramai rakyatnya menjadi pelarian. Jika diikutkan, kita sudah pun boleh mengucapkan “bye-bye” kepada Syrian latakia. Bagaimana harus pengeluarannya diteruskan, jika negara masih tidak aman.

Malaysia juga telah mengumumkan akan penerimaan golongan pelarian ini secara berperingkat. Ini adalah satu peluang, manalah tahu mungkin ada antara pelarian yang diterima kita nanti adalah seorang penanam tembakau yang arif tentang kultivasi dan proses ” fire-cured” Syrian latakia. Hantar dia ke Bachok atau Kedah dan mungkin dia boleh membantu penanam tembakau tempatan untuk menghasilkan “Malaysian Latakia” nanti!

Ternyata banyak perkara yang telah kita pelajari pada 2015 ini. Walaupun kita disarankan bertahan untuk 2016 yang tentunya lebih mencabar, banyak perkara-perkara dan produk-produk baru yang mengunjungi kita pada tahun lepas yang secara tidak langsung memberikan satu gambaran bahawa pasaran pipa, tembakau dan aksesori mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini tentunya satu bukti akan perkembangan masyarakat pemipa tempatan yang bukan setakat semakin bertambah, malahan semakin arif dalam hobi budiman mereka.

image

Jika saya mampu memasukkan horizon 2015 ke dalam bowl pipa saya dan menyalakannya, sudah tentu flavor yang ada adalah manis dan “creamy” dengan pertambahan blend-blend dan jenama-jenama baru untuk meluaskan pilihan dan pandangan kita, walaupun pembakarannya adalah sedikit panas yang menjurus kepada “tounge bite” dek kerana isu-isu semasa dan kenaikan kos yang membebankan para pemipa tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s