thy pursue of dementia dreams – Pengkolektivitian Pipa Falcon

Di dalam dunia perpipaan, logam tidak pernah mengatasi kecantikan alami ira-ira kayu dan animasi sentuhan yang mampu diberikan olehnya. Sebab itu minat kepada pipa-pipa besi seperti Falcon, Kirsten dan yang sewaktu dengannya adalah subjektif kepada keadaan dan senario semasa. Mengejar Falcon adalah ibarat mengejar mimpi dan bayang – anda tahu bayang-bayang akan sentiasa ada tetapi apabila dihampiri, ia semakin menjauh, sedepa dua dari kenyataan. Anda … Continue reading thy pursue of dementia dreams – Pengkolektivitian Pipa Falcon

Anekdot Perpipaan #6 – Tentang Pipa & Cerut…

Agaknya ada yang tahu bagaimana segalanya bermula, yang ada saya ceritakan di dalam doppelgänger blog ini iaitu cerut di dunia fana. Mempraktikkan “paganism” kepada cerut Cuban yang berkualiti adalah satu dosa tak rasmi pertembakauan yang memberi impak kepada semua orang. Daunan yang baik ini adalah sumber alam yang berhak dinikmati oleh semua, walaupun anda mampu membeli dan memunggah kesemuanya. Dengan pemikiran sebegitulah saya terbawa untuk … Continue reading Anekdot Perpipaan #6 – Tentang Pipa & Cerut…

​Dilanda Badai Di Dalam Pelayaran Dunhill Royal Yacht?

Memori dengan “kapal layar diraja” ini sudah pun bermula sejak dari awal detik perpipaan saya… Dengan nama yang diluar konteks perpipaan, seni tin tembakau yang bersifat agak retro dan penawaran blend bukan English yang diluar kebiasaan Dunhill (yang terkenal dengan blend-blend bersifat English), ia bererti sesuatu yang anda perlu cuba. Sedang itu warna tin “artwork”nya yang kuning-merah juga bagaikan magnet untuk mata pemipa ketika memerhati … Continue reading ​Dilanda Badai Di Dalam Pelayaran Dunhill Royal Yacht?

Meneliti Perkembangan dan Evolusi Bentuk-Bentuk Pipa

  Salah satu sebab kenapa hobi berpipa ni menarik adalah kerana variasi bentuk pipa adalah pelbagai. Walaupun ia hanyalah sebuah instrumen yang digunakan untuk tujuan rehat dan santai sahaja, pipa adalah sangat personal, ada elemen individualistik terhadapnya, menggesa perhatian dan pastinya tidak pernah lekang dari bibir dan tangan pemipa. Malahan pada awal abad ke 20 pipa adalah umpama pencukur janggut: suatu keperluan maskulin yang penting … Continue reading Meneliti Perkembangan dan Evolusi Bentuk-Bentuk Pipa

Berpipa Adalah Satu Preskripsi Alternatif Kepada Kemelut Jiwa

Umum pemipa semua tahu berpipa ini adalah rutin harian yang ditunggu-tunggu. Ini benar terutamanya pemipa yang bekerja dimana aktiviti berpipa tidak boleh dilakukan di opis atau tempat kerja masing-masing. Semakin jam berdetik ke arah angka 5 semakin jelas bayangan pipa dan tembakau pilihan yang bakal dinikmati kelak. Bayangkan keadaan kita yang baru pulang dari kerja, menikmati makan malam bersama keluarga dan kemudian mengundurkan diri ke … Continue reading Berpipa Adalah Satu Preskripsi Alternatif Kepada Kemelut Jiwa

Kabut Asap dan Signifikasinya pada Dunia Perpipaan & Persaudaraan Tembakau

​ Masih di dalam mood “smoky rendition”, dikelilingi kabut asap pipa sendiri atau dari rakan-rakan pemipa di sekeliling kita, semuanya menghasilkan  perkara yang sama. Sama ada di dalam wangian aromatik yang berbondong-bondong, “grassy & toasty” dari full virginia yang menyebabkan kita sedikit lapar dan mahu meng”order” pai sherperd itu, atau di dalam kepekatan bau latakia yang membuatkan makcik meja sebelah beristigfar dan menangisi kita yang … Continue reading Kabut Asap dan Signifikasinya pada Dunia Perpipaan & Persaudaraan Tembakau

Ulangtahun Artikel ke-100 : we are centennial!

​ Secara amnya saya agak berbesar hati untuk mencapai artikel ke-100 ini. Saya sentiasa beraspirasi untuk menjadi pemipa yang tidak perlulah serba tahu tetapi memadai dengan menjadi seorang yang “know his stuff”. Saya senantiasan suka untuk mengkaji apa sahaja yang saya ada, baik pipa mahupun blend-blend tembakau dan juga lain-lain perkara seperti persenjataan Melayu lama, batik, gamelan, senibina Melayu dan sebagainya. Ini adalah penting kerana … Continue reading Ulangtahun Artikel ke-100 : we are centennial!

Pipa trans Lebaran : Syawal 1437 di Tanah Serendah Sekebun Bunga

Pulang ke kampung adalah satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu Muslim setiap tahun. Menempuh perjalanan jauh dan kesesakan trafik di sepanjang laluan adalah lumrah untuk ditempuhi. Ia adalah sangat baik sebenarnya, mengenangkan fenomena balik kampung ketika hari raya ini juga bertindak sebagai “soundcheck” untuk mereka yang sibuk bekerja di kota sepanjang tahun. Syawal tahun ini merupakan giliran saya untuk meraikan hari raya di kampung ibu dan … Continue reading Pipa trans Lebaran : Syawal 1437 di Tanah Serendah Sekebun Bunga

“Ramadhan Conjuring” : Letusan Kegembiraan Pemipa di Bulan Mulia

Sedar tak sedar, sudah hampir sebulan kita berpuasa. Hari ini adalah Jumaat Ramadan terakhir pada tahun ini dan semestinya ramai yang sudah tidak sabar untuk meraikan Aidil Fitri kelak. Kitaran hidup sewaktu berpuasa adalah agak singkat. Kita terkejar-kejar dengan aktiviti ibadah, aktiviti makan-minum dan juga aktiviti berpipa kita pada waktu malam hari yang singkat. Tambahan pula dengan Euro 2016 yang sedang berlangsung ini, menjadikan malam … Continue reading “Ramadhan Conjuring” : Letusan Kegembiraan Pemipa di Bulan Mulia

“The Peterson Quartet” : Pipa Peterson – Isu & Dilema Pemipa Peterson Alaf Baru

Agak memeningkan setelah kita melalui siri-siri dan koleksi-koleksi Peterson yang seumpama tiada hentinya tempohari. Walau bagaimanapun bagi kolektor yang beraspirasi atau yang baru mahu mula berjinak dengan Peterson, inilah peluang untuk mengenali pipa keluaran Irish ini dengan lebih dekat. Saya sendiri juga masih menelusuri denai pembelajaran Peterson dan masih banyak perkara mengenai Peterson yang agak asing bagi saya. Dalam siri akhir quartet ini, kita akan … Continue reading “The Peterson Quartet” : Pipa Peterson – Isu & Dilema Pemipa Peterson Alaf Baru