Resolusi Pipa 2016 : Menghadapi Tahun Yang Getir

Seminggu sudah kita memasuki 2016 yang dijangka getir ini…

image

Sudah menjadi resam setiap individu untuk memiliki resolusi tahun baru. Ada yang mahu jadi kaya, mahu melancong, mahu tambah pelaburan mahu tukar kereta baru, dan lain-lain lagi. Resolusi-resolusi sebegini adalah bagus, kerana ia sepatutnya mendorong kepada perubahan diri yang positif.

Pemipa-pemipa juga tidak terkecuali. Menaikkan taraf koleksi atau “upgrade” adalah satu perkara yang baik sekali. Namun, jangan sempitkan pemikiran anda dengan terma “upgrade” ini; ia tidak semestinya bermaksud anda perlu menambah koleksi-koleksi yang lebih mahal. Tidak semua benda yang mahal itu adalah baik. Juga kita harus ingat yang kita tidak akan mampu untuk memiliki segalanya.

Jadi, ubahlah persepsi itu mengikut minat dan kondisi koleksi kita. Adakah kita masih belum memiliki corncob? Adakah pipa-pipa kita bersepah di dalam kotak? Adakah kita masih belum memiliki pipa sandblast? Masih adakah genre baccy yang belum dicuba? Persoalan-persoalan sebegini anda lontarkan kepada diri sendiri, dan cuba cenderungkan usaha dan fokus kearah menyelesaikan persoalan-persoalan tadi.

Disini adalah resolusi-resolusi saya sendiri yang saya kongsikan, yang mungkin dapat sedikit sebanyak memberikan gambaran akan luasnya elemen-elemen perpipaan yang belum kita terokai:

image

1. Menghabiskan Baccy-Baccy Aromatik.
Sudah menjadi kebiasaan pemipa-pemipa pemula untuk bermula dengan aromatik, saya pun tidak terkecuali dan baccy-baccy aromatik ini kebanyakannya tersadai di cellar. Walau pun saya mengamalkan “change of pace” seminggu sekali tetapi dengan kekerapan sebegitu peluang untuk baccy-baccy ini menjadi potpourri nanti adalah besar. Jadi, saya akan cuba menambahkan giliran baccy aromatik supaya ia lebih kerap digunakan. Juga, setiap pipa baru (samada betul-betul baru atau estate) yang dibeli nanti akan dirasmikan dengan baccy aromatik selama seminggu dua, sebelum ia menjamah English atau Balkan blend.

2. Sandblast! Sandblast! Sandblast!
Saya dapati kecenderungan peribadi terhadap pipa-pipa sandblast adalah agak tinggi kebelakangan ini. Jadi, mungkin saya akan memfokuskan pembelian pipa-pipa baru ke arah finishing tersebut. Lagi pun, sandblast selalunya lebih murah dari pipa smooth dan dengan kadar inflasi yang meningkat dan kejatuhan mata wang kita, ini lah caranya saya “hedge” perbelanjaan kendiri. Kalau ada rezeki lebih, barulah kejituan sandblast dari Old Antiquari yang mengenengahkan briar-briar Corsican Castello, atau kelembutan alunan “suede blast” dari Walt Cannoy akan diberi konsiderasi.

image

3. Penggunaan Pipecleaners Yang Optimum.
Semua orang pun tahu pipa yang baik adalah pipa yang kering dan bersih. Jadi, jangan sayangi pipecleaners anda kerana ia banyak terjual di pasaran. Pipecleaner “branded” mungkin agak mahal, jadi belilah yang sedikit murah (RM5.++ / 50’s) walaupun dawainya sedikit lembut, ia mampu dijolok ke dalam pipa anda tanpa banyak masalah dan mampu menyerap lembapan dengan baik. Come on, bukannya kita mahu “reaming” dapur pipa dengan pipecleaner pun!

4. Mendapatkan Rak Pipa Yang Sesuai.
Cara kita menyimpan pipa bukan sahaja membantu dalam pengeringan pipa, malah ia adalah satu ritual perpipaan yang indah. Kita boleh menyusun pipa mengikut jenis / shape tertentu dalam setiap barisan, atau mengikut rotasi kegemaran kita (yang selalu guna di depan, yang jarang guna di belakang), atau mengikut finishing (yang “smooth” di depan, sandblast di tengah, rustic di belakang), sesuka hati kita. Bukankah seronok bila melihat pipa-pipa itu disusun dengan baik? Kerana itulah saya harus mendapatkan rak pipa yang sesuai, yang boleh menampung koleksi pipa saya.

Tidak ada salahnya jika anda beresolusi untuk mendapatkan sebuah “white spot” atau mahu terjun ke dunia “Danish Artisan”, kerana ia mampu mendorong anda untuk bekerja lebih rajin demi memberi “reward” kepada diri sendiri. Ini juga adalah satu cita yang murni. Cuma kadar tukaran wang asing bermakna kita terpaksa mengeluarkan lebih wang untuk perkara-perkara sedemikian. Namun, harapan saya agar ringgit naik segera supaya kita sama-sama akan mendapat kelebihan darinya.

image

Saya harap, sebagai seorang pemipa budiman, anda gunakanlah peluang naik tahun ini untuk menyenaraikan resolusi anda sendiri. Nyalakan baccy aromatik dulu-dulu itu di dalam pipa pertama anda, duduk, puff-puff dan renungkanlah: lihat kembali pada koleksi kita, cukupkan apa yang patut dicukupkan dan cubalah apa yang belum dicuba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s