Kitaran hidup abad ke 21 ini semakin memerlukan komitmen masa – sebuah sumber yang tidak boleh diperbaharui lagi (kecuali anda memiliki mesin masa, atau anda di alam jin – dikatakan alam manusia ini seperti babak gerak perlahan bagi mereka).

Kerana itulah rokok cepat mendapat tempat di hati pengguna tembakau sedunia. Kemajuan industri pembuatan pada abad ke 20 memberikan jawapan kepada desakan hidup “working class” yang perlu berada di “conveyor belt”, meja pejabat dan kaunter-kaunter dari 9am hingga 5pm. Rokok adalah cepat, ringkas, mudah dibawa dan senang dikendalikan, sangat sesuai untuk situasi-situasi sebegini.
Penambah-baikan dalam blend untuk rokok seperti full flavor, American blend dan lain-lain juga mengundang minat pengguna tembakau untuk mencuba sesuatu yang baru. Ini ditambah pula dengan evolusi perisa baru (mint / menthol), pemasaran-pemasaran yang menampilkan gaya (Kent mensasarkan kelab malam, Marlboro mensasarkan kehidupan country ala koboi) dan lain-lain juga mengundang minat ramai, termasuklah yang bukan pengguna tembakau.

Pernah juga suatu ketika, rokok dikatakan moden dan pipa mungkin nampak lebih ketinggalan zaman. Di dalam rokok juga tersembunyi anarki, dan budaya muzik punk dan rock juga menyelitkan rokok di gambar-gambar propaganda mereka. Golongan muda pun tertarik dan turut serta di dalam “blitz” ini.
Namun tiba-tiba wujud satu persimpangan. Panggillah ia seruan, renaissance, pembudayaan atau apa sekalipun, pipa yang ditelan zaman kini semakin mendapat perhatian – terima kasih juga kepada pasca Y2K apabila “old school”, “vintage” dan retro mendapat tempat di hati pereka fesyen dan pencetus trendsetter. Golongan muda melihat kembali ke belakang dan mengambil intipati dan ethosnya lalu di”spin”kan ke dalam warna warni alaf baru.

Budaya perpipaan pun turut mendapat perhatian yang tidak sedikit. GenerasiX, Y dan Z mula mencemuh kepesatan dan kesibukan gaya hidup kota yang kononnya urban tetapi sebenarnya lebih bersifat kapitalisma dan materialistik. Pipa dapat memberikan ruang rehat yang sesuai dari semua itu. Ia dikategorikan pula sebagai hobi yang relaks. Pipa memang menenangkan dan memerlukan perhatian dan masa. Masa untuk menikmati sedikit kualiti di dalam rona fabrikasi kemodenan kini.
Walaupun bilangan pemipa adalah sangat kecil berbanding pada abad ke 19, pemipa kini lebih fokus, lebih berpengetahuan, lebih menghargai seni perpipaan dan pembuatannya, pipemakers diangkat sebagai artisans dan pembudayaan perpipaan lebih menarik saban hari – satu petanda positif akan perkembangan pesat pembudayaan ini.

Di sebalik kejayaan dan “comeback” budaya perpipaan ini, kita haruslah sedar yang kebanyakan kita juga bermula dengan rokok (ia ditentukan dengan zaman kita lahir, kalau kita lahir pada awal abad ke 20 mungkin kita semua menggamit calumet di mulut). Jadi, apa yang berubah hanyalah konduit dan method / prinsip.
Kerana keduanya mendukung industri tembakau, maka tiada gunanya kita mencipta “factions” bagi pemipa dan perokok. Kita adalah pengguna daunan yang sama. Samada anda berpipa, merokok, menggulung rokok daun, RYO, snuff dan sebagainya, kita punya cara masing-masing untuk menikmati daunan bangsawan dan nikmatilah segalanya dengan tenang dan bermatlamat.

.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!