Kita menyambut Father’s Day 2016 dengan penuh kesederhanaan, yang jatuh pula di dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Tiada cigar di pagi hari dan tiada pipa pemula hari sekitar jam 8 pagi.
Keinginan kebapaan tahun lalu (pipadiduniafana.wordpress.com/2015/06/20/fathers-day-special-keinginan-kebapaan/) adalah satu sirna yang semakin malap, kecuali Penzance yang akhirnya berjaya dinikmati tahun lalu (terima kasih kepada my bro Sharibi Akimolo untuk itu).
Sepanjang tahun, tentunya semakin banyak pipa-pipa menarik yang kita lihat dan semakin meleleh air liur kita memikirkannya. Tetapi, jangan pula lupa yang kita juga tertakluk kepada perubahan minat dan kecenderungan; tanda evolusi diri seorang pemipa yang tak kunjung henti berevolusi dan matang.
Seperti tahun lepas, marilah kita lihat keinginan kebapaan 2016 dari kaca mata pipa di dunia fana;
1. Tom Eltang Devil Anse : Walaupun Tom’s signature shape adalah poker, sukar untuk saya menemukan bentuk Devil Anse yang lebih menarik dan lebih “expressive”. Mungkin kelandaian shaping bowl tulipnya, dan kecondongan bowl / forward canting tertentu yang memberikan DA buatan pipemaker ultra-grade dari Danish ini sebuah appeal yang sangat memukau.

2. Peterson House Pipes : menggunakan briar-briar terpilih sepanjang tahun dan menampilkan saiz XXL (dan terkadang lebih besar), House Pipes adalah satu landmark kepada Peterson connoisseurs sedunia. Ini adalah pipa untuk anda pack dan genggam jika anda bercadang untuk menghabiskan masa dari pagi hingga ke petang di sofa empuk, sambil membaca atau menonton TV, tanpa perlu repacking tembakau baru secara kerap.

3. James Gilliam rusticated pipes : Tidak banyak yang diketahui tentang pipa-pipa James Gilliam di dunia perpipaan mainstream namun hasil-hasil rustik ciptaannya yang unik dan halus mengingatkan saya akan permulaan humble beginning Walt Cannoy. James tentunya menuju ke arah yang sama sekarang.

4. Castello “Occhio di Pernice” : walaupun merupakan salah satu siri yang sentiasa dikeluarkan oleh pipemaker utama Itali ini, mata beburung @ birdseye bukanlah satu fenomena yang drastik di kebanyakan briar dan mencari yang terbaik adalah sangat sukar. Dengan keluaran kasar siri Occhio di Pernice yang boleh dikatakan sangat jarang kelihatan ini, tahulah kita yang Castello memang menitikberatkan kesempurnaan birdseye sebelum sesebuah briar mendapat pengkategorian khusus sebegini.

5. “super-craggy, umph-ie” Oom Paul : Oom Paul adalah bentuk pipa yang seronok untuk dipegang-pegang sambil memandu kereta, walaupun praktikalnya ia sangat sesuai digunakan di rumah ketika hujung minggu. Ini kerana selalunya saiz Oom Paul adalah XL ke atas. Ia memang sedap-sedap dipegang di tangan dan jika rustifikasinya kasar, itu adalah lebih baik. Memegang sesebuah Oom Paul di dalam kereta ketika jalan jem adalah sangat “blissful”; dapat dirasakan stress level menghilang melalui geseran-geseran rustik pipa di telapak tangan dan minda yang membayangkan betapa enaknya Oom Paul ini untuk dipack dan hilang 5-6 jam berpipa di balkoni rumah kelak.

6. Tamper yang unik dan cantik ; pemipa moden dan berpengetahuan luas memerlukan sesuatu yang lebih dari praktikaliti. Tamper-tamper besi biasa sememangnya praktikal dan mudah, namun penghayatan seni adalah sangat penting buat seseorang pemipa maka pemilihan tamper juga adalah agak rumit dan boleh jadi memeningkan. Akan tetapi, ketenangan yang akan diberikan setelah pemilikan berlaku adalah sangat berbaloi.

7. Dunhill Carbon Cutter : pemipa budiman sentiasa membersihkan pipa mereka dan menguruskan sendiri kek karbon di dalam bowl adalah sangat maskulin dan bergaya. Adalah satu kelebihan lagi jika Dunhill Carbon Cutter yang vintaj ini ada di dalam kelengkapan @ toolbox anda. Pastinya ketak-ketak muscles lengan anda akan terserlah sekiranya anda mengorek kek karbon dengan carbon cutter ini, dimana kejantanan anda akan lebih terserlah terutamanya jika anda lakukannya di hadapan gadis-gadis.

8. Just For Him’s Shortcut to Mushroom : blend yang agak ekstrem dan lain dari yang lain yang harus saya cuba. Dikatakan ia adalah blend English yang mengandungi latakia dan black cavendish, dan turut juga menyertakan sedikit cendawan dari ladang Farmers Maggot (wow) yang seharusnya memberikan rasa earthiness dan musky. Saya tidak berani untuk menceritakan secara lebih tanpa membakar dahulu beberapa bowl penuh, satu masa yang saya masih nantikan.

9. Mac Baren HH Old Dark Fired : para peminat daun gelap Kentucky semua bersedia! Blend Kentucky dari Mac Baren ini adalah salah satu blend berasaskan daunan Kentucky yang digembar-gemburkan sebagai yang terbaik, mungkin melebihi dari Orlik Dark Strong Kentucky. Datang pula dengan pek yang serba hitam, membuatkan jiwa-jiwa yang sering melayan red virginia lari ke lorong-lorong gelap dan hanya pemipa kental yang mampu bersedia untuk menghadapi cabaran dark fired ini.

10. Fellowship I & II by G.L. Pease : keluaran blend terhad yang diadunkan untuk ulangtahun ke-10 NASPC ini mengandungi cyprian latakia dan sedikit oriental dengan asas red virginia, digubah oleh G.L Pease sendiri. Pengeluaran yang sangat terhad ini walaupun atas dasar komemoratif tetapi adalah sangat “cool” jika kita memilikinya.

.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!