“Sa-malam Di Sepang”: Bermulanya Era “Carnaval” Pemipa Kita?

Tiga hari berlalu sudah, satu kisah yang mendukung citra para pemipa Malaysia.

image
poster propaganda "Sa-malam di Sepang" yang sangat kreatif dan menarik

Selangor Pipers (atau lebih dikenali dengan nama SelPi) telah menganjurkan satu temu-pipa yang melangkaui jangkaan semua – kerana asalnya ia bukanlah berskala mega – tetapi dengan kehadiran pemipa seantero negara seramai lebih kurang 130 orang, ianya bukanlah satu perjumpaan kecil-kecilan.

image
pendaftaran dibuka seawal jam 9 malam

Melihat sejenak kepada propaganda yang terhasil melalui poster “Sa-malam di Sepang” ini, ia adalah agak mengasyikkan. Sentuhan bertema sebegini adalah genius sekali dan saya percaya ramai yang mendapati tema sebegini adalah menarik dan istimewa. Ini ditambah pula dengan masukan beberapa informasi menarik mengenai kedua tokoh yang mengulit pipa ini beberapa minggu sebelum temu-pipa, saya dapati ianya sangat mengesankan.

image
tuan Kojek "Daddy" JB dengan corncob berwarna merah-kuningnya dan saya dengan cincin merah-kuning dan corncob shank api : kami agak terpanggil untuk menyahut seruan tema ini

Hal ini ditambah lagi dengan komitmen dan curahan tenaga dari para admin SelPi sendiri, dimana gabungan ini telah berjaya dalam menghasilkan sesuatu yang mungkin mampu mencapai tahap “carnaval”. Bak sambutan pesta Brazil yang penuh warna itu, kita dihidangkan dengan kepelbagaian acara seperti “slow puffing contest”, “cigar tower contest”, teka baccy, teka kacang, bidaan pipa dan semestinya cabutan bertuah, yang telah berjalan dengan jayanya.

image
mereka yang awal dihadiahkan dengan "door gift" dan sedikit hidangan

Juga terdapat lima kaunter jualan yang mempamirkan bukan sahaja pipa dan tembakau, tetapi juga “pipesmoker’s coffee” yang semakin sinonim dengan budaya perpipaan kita, jualan t-shirt dan lain-lain lagi.

image
salah satu dari lima kaunter jualan yang menarik minat pemipa untuk membelek-belek dan membeli

Bagaikan di Lollapalooza, anda boleh memilih sama ada mahu menyertai pertandingan, mahu membeli-belah, mahu bersembang dengan pemipa-pemipa budiman yang lain, mahu membelek-belek pipa kepunyaan rakan-rakan, mahu mencuba pipa “apache” dari Kelang yang unik, mahu makan dan menghembus cigar atau RYO, atau apa sahaja, anda bebas melakukannya.

image
terdapat pelbagai aktiviti untuk dicuba dan diteroka, ataupun santai sahaja bersembang dan menghembus asap pipa

Bercakap mengenai rakan-rakan pemipa budiman, apa yang boleh kita lihat adalah banyaknya ahli kelab-kelab perpipaan yang kita ada, seperti SVSC, PCPS, MSP, SAPC, wakil MyPSJ, Kelipso, Northern Pipers, Pipers Nakal, Jengka Pipers, Kelang Pipers, Then9piper, Melaka Pipers, Segamat Pipers, Kuantan Pipers, Taiping Pipers, TPS dan lain-lain kelab yang bernaung di bawah panji MAMPOS semuanya datang memberi sokongan kepada SelPi. Kesatuan sebeginilah yang kita mahukan, dan hanya dengan ini kita pemipa mampu membawa pembudayaan hobi kita jauh ke depan.

image
founder MAMPOS sifu Joe Kamari dan SelPi advisor tuan Sharibi turut hadir memeriahkan lagi suasana
image
wakil-wakil dari sayap perpipaan masing-masing menurunkan tandatangan sebagai momento kepada majlis ini

Jika kita meneliti bagaimana negara-negara barat menjalankan ekspo-ekspo perpipaan berskala mega seperti Chicago Pipeshow dan lain-lain, saya jangkakan Malaysia juga mampu melakukan perkara yang sama dalam masa dua ke tiga tahun lagi. Cetusan idea pemipa Malaysia sememangnya berkelas dunia; kita mampu melakukan pelbagai perkara sekarang berbanding lima tahun lepas. The scene is bustling with progress and positive participations – jadi, tiada apa yang mustahil.

image

image

Sekalung tahniah buat SelPi dan semua pemipa yang menghadiri “Sa-malam di Sepang” ini dan kita menantikan dengan penuh debar akan pembudayaan perpipaan negara, yang semakin memuncak dari masa ke semasa.

image

image

Kudos buat SelPi dan para peserta!

* gambar-gambar adalah ikhsan pemipa-pemipa budiman yang menghadiri acara ini.

.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s