Anekdot Perpipaan #3 : “…first smoke is the sweetest…”

Suatu hari di bulan Ramadhan itu… Keinginan untuk berpipa ini datangnya tidak dijangka. Ia boleh jadi diajak rakan-rakan, boleh juga kerana kagum melihat watak filem bergaya mengenakan pipa. Juga mungkin, terlihat pergerakan aktiviti berpipa di Facebook atau internet. Permulaan saya agak berlainan; seronok tetapi merasa ketinggalan apabila berpeleseran minum-minum teh tanpa pipa di mulut bersama pakcik-pakcik geng “pencen” yang masing2 mengelumit pipa sambil bercerita tentang … Continue reading Anekdot Perpipaan #3 : “…first smoke is the sweetest…”

“in good company, on great blends”

“…on great blends…” Saya masih dapat merasakan hebatnya alunan “Penzance” dan “Margate” yang dibakar semalam… Dengan persembahan packagingnya yang bersahaja, sukar untuk kita meneka akan kualiti blend-blend keluaran Esotetica Tobacciana ini, jika reputasinya tidak sampai dahulu ke telinga anda. Ianya sangat ringkas : tiada gambar, tiada kata-kata ekspresi rumit nan indah menjalin cerita daunan bangsawan X dikahwinkan dengan daunan Y untuk melahirkan blend Z yang … Continue reading “in good company, on great blends”

Anekdot Perpipaan #2 : Kau Si Jagung “Knockabout” Pipa

Rasanya majoriti masyarakat pemipa dunia memang suka membuli jagung. Sementelahan harganya murah, materialnya pun sedia ada dan mudah didapati. Err, mungkin, tak sebegitu murah di Malaysia. Kita harus akur pada kadar inflasi. Pada pemipa yang memiliki briar dan juga corncob pada suatu masa yang sama, pastinya corncob akan dijadikan sebagai “tasting pipe” ; si berani mati yang menguji blend-blend terbaru pembelian sang tuan pada bila-bila … Continue reading Anekdot Perpipaan #2 : Kau Si Jagung “Knockabout” Pipa

Anekdot Perpipaan #1 : “asap aku bau latakia beb”…

Salam. Bila kita memutuskan untuk menjadi seorang pemipa, kita sebenarnya melangkah ke alam minoriti yang pelik dan penuh prejudis. Bukan prejudisma biasa, malahan prejudisma degree ke dua: masyarakat umum dah sememangnya prejudis dengan perokok, sekarang perokok pun prejudis dengan pemipa @ pipescene. Tak mengapa itu semua. Pemipa kebanyakannya jenis manusia yang kompleks. Ini bukan soal remeh seperti hisap rokok bawak se pek Dunhill 14s dan … Continue reading Anekdot Perpipaan #1 : “asap aku bau latakia beb”…

Merdeka Special : Pipa & Dunia Persenjataan Melayu

Datangnya hari kemerdekaan, jiwa rasa terhimbau bila mengenangkan perjuangan bangsa meraih kemerdekaan. Bukan itu saja, perjuangan dahulukala di mana bangsa menegakkan tamadun dan peradaban yang tinggi menjadi suatu kebanggaan, yang hanya dapat dinikmati dan dihayati secara total melalui persenjataan Melayu yang indah dan penuh perlambangan. Keris, badik, sundang dan tombak bukan dibuat mengikut sesuka hati sebaliknya ada tilikan mengikut kesesuaian diri penempah dan pembuatannya diiringi … Continue reading Merdeka Special : Pipa & Dunia Persenjataan Melayu

Balkan Blend Liar dari Peterson

Sekembalinya dari Brunei semalam, secara tidak sengaja saya terlihat sesuatu yang agak asing tetapi menarik. Niat utama adalah untuk membeli beberapa batang cigar tetapi biasalah, kalau ternampak blend-blend baru ini tekak akan menjadi sedikit gatal. Kalau ianya blend aromatik mungkin saya tidak hairan, tetapi ini adalah blend Balkan! Wild Atlantic adalah salah satu daripada blend-blend yang baru dari Peterson, keluar seawal Mac lalu tetapi tidak … Continue reading Balkan Blend Liar dari Peterson

Pipa “Estate” & Observasi Pasarannya.

Pipa “estate” adalah suatu slang pemipa yang menggambarkan pipa-pipa terpakai atau second hand. Ianya adalah pipa yang telah digunakan dan dibersihkan semula untuk dijual kembali ke pasaran kedua. Memandangkan pipa adalah suatu komoditi pada masa lalu, banyak yang masih bertahan hingga ke hari ini kerana penjagaan baik yang diberikan kepadanya. Tambahan pula, kebanyakan pipa direka dengan konsep tahan lasak dan tahan pakai (kecuali meerschaum), maka … Continue reading Pipa “Estate” & Observasi Pasarannya.

Miskonsepsi Terhadap Sandblasted & Rusticated

Semua orang berhak menikmati saat-saat permulaan yang jahil dan naif. Memecahkan kebuntuan berteraskan pek 20 batang yang sangat banal dan rutin, saya memasuki alam perpipaan dengan kelaziman yang setiap pemipa pemula rasai. Aromatik, filtered, dan “smooth” pipes: tiada betul atau salah di dalam hal sebegini dan ianya agak subjektif bergantung kepada keadaan tertentu. Namun wow “birdseye” dan “flame grain” adalah sangat-sangat memukau ketika saya bermula … Continue reading Miskonsepsi Terhadap Sandblasted & Rusticated

Pipa trans Lebaran

Kita ini adalah golongan bertuah di bumi yang bertuah… Menikmati lebaran di samping yang tersayang memang sangat mengujakan. Setelah sebulan berpuasa, bulan amalan ditangisi dan amalan berpipa moreh akan ditinggalkan untuk tahun yang berikutnya. Walaupun sekarang kita bebas berpipa bilamasa perlu, namun kenikmatan berpipa selepas seharian berpuasa itu tidak tergambar indahnya. Mendatangnya Syawal ini, pelbagai cara mungkin kita raikan dengan pipa tersayang. Kunjung mengunjung ke … Continue reading Pipa trans Lebaran

Pipa Sebelum Lena

Salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh para perokok adalah merokok batang yang terakhir untuk hari itu, sebelum masuk beradu. Kononnya dikatakan dapat memberikan tidur yang nyaman, atau sedikit “high” sebelum tangkap lentok, ianya pasti tidak dilepaskan. Dari situ ke dunia perpipaan, sedapur sebelum beradu ni menjadi suatu kebiasaan bagi saya. Sepanjang proses adalah suatu ritualnya yang tersendiri: dari berdiri dekat 10 minit memilih pipa … Continue reading Pipa Sebelum Lena