Asas Pemipa Pemula : Pipa

Permulaan untuk berpipa adalah suatu seruan yang datang dari bermacam-macam segi: nak berhenti rokok, nak merasai ratusan blend-blend yang berlainan, nak nampak “dato”, nak tarik classy girls dan sebagainya. Semestinya ada alunan “coolness” di situ jadi pemipa pemula (newbies) biasanya akan terburu-buru membeli pipa pertama mereka tanpa menyedari pilihan mereka itu mungkin akan berakhir di dalam stor atau lebih buruk lagi, menghentikan matlamat perpipaan mereka. … Continue reading Asas Pemipa Pemula : Pipa

Perique Masterclass: Ada apa dengan Perique?

Sebagai produk tanaman yang bergantung terus kepada nutrisi tanah dan faktor cuaca, tembakau tidak lari dari segi limitasi pengeluaran. Tembakau Syrian latakia memang dikenali sebagai raja tembakau pipa dan diakui semakin terhad bekalannya. Tetapi kita kurang beri perhatian kepada fakta bahawa Perique itu sebenarnya adalah lebih rare dari Syrian latakia dan kehilangannya mungkin akan lebih dirasai, kerana tiada penggantian yang setara, sepertimana Syrian latakia boleh … Continue reading Perique Masterclass: Ada apa dengan Perique?

Oksidasi Stem Vulcanite : Pendekatan Mesra-Pipa

Penggunaan stem vulcanite sememangnya tidak meluas kebelakangan ini. Sejak acrylic tercipta, pemipa-pemipa baru lebih cenderung kepada bahan baru ini yang free-maintenance dan berkilat. Walaupun begitu, peminat stem vulcanite masih memilih material ini terutamanya mereka yang suka mengigit stem, kerana ia memiliki feel yang lebih baik di mulut dan gigi. Vulcanite stem memiliki satu kelemahan: oksidasi. Vulcanite stem yang terbiar lama tanpa penjagaan biasanya akan terdedah … Continue reading Oksidasi Stem Vulcanite : Pendekatan Mesra-Pipa

Ulasan Baccy : Hearth & Home Black House

Hearth & Home adalah antara blending house terkenal yang menampilkan Russ Oulette sebagai master blendernya. Sebaris dengan G.L. Pease dari GL Pease Artisanal Tobacco, Henrik Halberg dari MacBaren dan Craig Tarler dari Cornell & Diehl, kepakaran Russ memang sangat-sangat dinantikan oleh dunia perpipaan dan Black House adalah satu blend yang melonjakkan lagi namanya. Berasal dari satu pertandingan mencipta baccy yang mirip kepada Balkan Sobranie yang … Continue reading Ulasan Baccy : Hearth & Home Black House

Father’s Day Special: Keinginan Kebapaan

Secara amnya, membeli hadiah father’s day bukanlah sesuatu yang mudah. Kaum bapa agak cerewet sebenarnya dalam penerimaan hadiah. Biasanya, mereka hanya menerima namun untuk mencari sesuatu yang betul-betul menyentuh jiwa mereka itu, hmm…. Disini ada untungnya jika bapa anda adalah seorang pemipa. Dari sekecil tamper, baccy, hinggalah ke pipa itu sendiri, semuanya mampu dijadikan hadiah yang pasti menggembirakan mereka. Jiwa mereka yang “keras” itu pasti … Continue reading Father’s Day Special: Keinginan Kebapaan

Cavendish Masterclass: Si Hitam Manis.

Jangan cuba mencari daftar nama cavendish di dalam kamus tembakau anda. Ianya tidak mempunyai nama saintifik, tidak pula ia didaftarkan sebagai salah satu spesis nicotina tabacum di dalam jurnal botanical anda. Cavendish sebenarnya adalah satu end-product tembakau virginia, dimana dedaun virginia tersebut setelah melalui proses air-curing atau flue-curing di dalam bangsalnya, dikumpulkan dan diproses semula dengan cara memberikan tekanan yang mampat pada dedaun ini. Ketika … Continue reading Cavendish Masterclass: Si Hitam Manis.

Seleksi Petang di Ipoh

Petang semalam yang mendung seakan mahu hujan secara tiba-tiba menjadi cerah. Mau tidaknya, dua seleksi baccy dari Hearth & Home akhirnya dibawa pulang! Dua blend dari “The Marquee Series” ini merupakan kesinambungan blend pemenang anugerah The Black House yang dikatakan paling hampir dengan lagenda Balkan Sobranie. Russ Oulette sememangnya seorang master blender yang genius, dimana permainan latakianya lebih menjurus kearah experimental dan go-to approach: beliau … Continue reading Seleksi Petang di Ipoh

Ulasan Baccy : Rattray’s High Society

Di awal zaman perpipaan, kecenderungan untuk mencuba pelbagai blend aromatik adalah sangat normal. Seperti kebanyakan pemipa lain yang bermula dari perokok, saya cuba untuk mencari blend yang bukan sahaja dapat memberian perisa dan flavor aromatik, tetapi juga mampu memberikan sedikit kepuasan ala merokok. Dalam mencuba beberapa blend aromatik ketika itu, saya terpanggil untuk mencuba Rattrays High Society ini. Melihat kepada komposisi blend ini kita seakan … Continue reading Ulasan Baccy : Rattray’s High Society

Perihal Pipa Bulldog & Hala Tujunya

Hmm…bila kita berbicara tentang pipa bulldog ini, masa terasa seakan singkat. Sudah menjadi tabiat manusia yg sukakan kepada keindahan, kita sebagai pipester tidak sama sekali terkecuali dari ini. Dalam dilema dunia perpipaan yang semakin menarik dan penuh warna ini, mengambil preferensi adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Mengenai topik kita, pipa berbentuk bulldog, shape ini agak distinctive dan kemas berbanding kebanyakan pipe shapes yang … Continue reading Perihal Pipa Bulldog & Hala Tujunya

Dunhill Blends: Dual-Revival di 2015

Menyaksikan blend-blend baru dari marquee terkenal Dunhill sememangnya sangat mengujakan. Sejak berpipa, saya hanya menyaksikan kedatangan Elizabethan Mixture, Durbar dan Aperitif yang melengkapkan barisan blend-blend Dunhill terdahulu seperti Nightcap, My Mixture 965, Early Morning Pipe, Standard Mixture Mellow, Royal Yatch dan lain-lain. Saya akui, keasyikan saya dengan My Mixture 965 & Nightcap (bukankah kita semua pun begitu?) menyebabkan saya tiada masa untuk blend-blend Dunhill yang … Continue reading Dunhill Blends: Dual-Revival di 2015