Ulasan Baccy : Hearth & Home Black House

Hearth & Home adalah antara blending house terkenal yang menampilkan Russ Oulette sebagai master blendernya. Sebaris dengan G.L. Pease dari GL Pease Artisanal Tobacco, Henrik Halberg dari MacBaren dan Craig Tarler dari Cornell & Diehl, kepakaran Russ memang sangat-sangat dinantikan oleh dunia perpipaan dan Black House adalah satu blend yang melonjakkan lagi namanya.

image
Black House di samping Fleur de Lis bulldog

Berasal dari satu pertandingan mencipta baccy yang mirip kepada Balkan Sobranie yang terkenal suatu masa dahulu, Black House menampilkan penggunaan Cyprian latakia yang didukung oleh darker virginia yang agak jarang diketengahkan kebelakangan ini. Penggunaan dedaun Oriental seperti Basma dan Yenidje, selain dari air cured burley, dark fired kentucky dan sedikit black cavendish turut hadir untuk memberikan variasi rasa.

Not tin dari blend ini adalah seperti sejambak bungaan oriental – bauan spicy dan smoky bersilih ganti dengan bau kismis dari black cavendish, ditemani sedikit bau plum masam yang sangat ringan. Psikologi nama blend ini dan warna tin nya membayangkan sesuatu yang berat dan keras, dimana tidaklah saya nafikan akan beratnya bau spicy dan smokynya, namun hakikatnya Black House ini bukanlah “lat-bomb” ala Dunhill Nightcap, Maltese Falcon dan Old Ironsides yang sememangnya brooding dan earthy. Ianya lebih menjurus kearah kategori medium-to-heavyweight ala Reiner English, Rattrays Black Mallory dan Solani Black & White.

image
walaupun peratusan untaian gelap adalah tinggi, masih terdapat percikan "bright leaves" di sana-sini

Sebaik api zippo mencucuh tembakau di dalam bowl, kepulan asap biru-putih menyelubungi muka. Pembakaran darker virginia berlaku sekarang dan base ini melonjakkan flavor Cyprian latakia secara langsung. Creaminess yang sangat jelas membentuk rasa di palate dan lidah kita. Adakah ini kerana bantuan dari daun oriental Yenidje yang terkenal tangy dan sedikit strong itu atau asimilasi Cyprian latakia dengan darker virginia? Saya rasa mungkin keduanya memainkan peranan. Sedikit tartness dari Basma juga dapat dirasai, yang menambahkan kompleksiti di dalam blend ini.

Di sepanjang permulaan bowl, nuansa rasa latakia bergabung dengan dedaun oriental, menghasilkan creaminess yang disusuli sedikit manis hasil bantuan black cavendish. Kehadiran perique makin dirasai di hujung bowl. Yang lebih menarik, hentaman nikotin yang sangat memuaskan hadir di pertengahan bowl hingga ke hujung, dari dark-fired kentucky. Inilah antara sebab mengapa blend ini sesuai untuk dilabel sebagai blend Cyprian latakia middleweight terbaik: rasa creaminess yang jelas, gabungan smokiness dan kadar nikotin yang memuaskan bukanlah suatu kombinasi yang mudah untuk didapatkan dari blend-blend sedia ada.

Jika dihisap bowl-to-bowl dengan Reiner English, anda akan dapat membezakan kompleksiti dan kemanisan Black House berbanding Reiner walaupun similariti itu masih ada, kerana asas blend (virginia, Cyprian latakia, Kentucky) adalah sama.

image
deskripsi blend di belakang memberi bayangan akan komposisi asas blend ini

Konsistensi flavor yang baik, dari awal hingga ke akhir bowl adalah sesuatu yang dapat kita harapkan dari blend ini. Asapnya yang selembut baldu dan penuh perisa memang sangat mengujakan deria rasa kita. Di akhir bowl saya dapati inilah antara Balkan blend yang sedap dan penuh kick – bertentangan dengan fakta dimana kebanyakan Balkan blend biasanya agak ringan.

Apa pun, ternyata usaha yang dicurahkan oleh Russ tidak sia-sia dan wajarlah ia memenangi pertandingan di Chicagoland itu, kerana Black House memang memberikan sensasi rasa yang unggul pada pencinta blend-blend Balkan, walaupun anda tidak pernah merasai Balkan Sobranie sebelum ini.

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s