Cavendish Masterclass: Si Hitam Manis.

Jangan cuba mencari daftar nama cavendish di dalam kamus tembakau anda. Ianya tidak mempunyai nama saintifik, tidak pula ia didaftarkan sebagai salah satu spesis nicotina tabacum di dalam jurnal botanical anda.

image

Cavendish sebenarnya adalah satu end-product tembakau virginia, dimana dedaun virginia tersebut setelah melalui proses air-curing atau flue-curing di dalam bangsalnya, dikumpulkan dan diproses semula dengan cara memberikan tekanan yang mampat pada dedaun ini. Ketika ia diperam di bawah tekanan yang mampat ini, gula sirap atau liquorice akan ditambahkan kepada dedaun ini, menyebabkan kadar pemeraman anaerobic dipercepatkan untuk menghasilkan suatu keadaan penapaian yang sempurna. Bila tembakau virginia yang ditekan / pressurized ini dibiarkan bertindak-balas dengan liquorice / sugar itu sehingga ia agak matang, ia akan dikeluarkan, dipotong sebagai flakes dan kadangkala diuraikan kepada ribbon cut, lantas sedia untuk dijual kepada blending house / sayrikat-syarikat tembakau.

Apa yang dijual tadi adalah tembakau cavendish. Kita perlu tahu bahawa terdapat juga “black cavendish” yang dijual sebagai komponen blend atau sebagai tembakau primer. Bagi menghasilkan tembakau black cavendish ini, proses yang akhir untuk tembakau cavendish tadi dipanjangkan ke proses seterusnya iaitu “toasting” atau dipanggang / bakar. Proses toasting ini menyebabkan tekstur tembakau cavendish tadi menjadi lebih gurih dan pastinya, lebih kehitaman, maka sebab itulah ia dinamakan “black cavendish”.

image

Oleh itu, syarikat-syarikat blender tembakau boleh membeli samada tembakau cavendish atau tembakau black cavendish, terpulang kepada kehendak komposisi blend masing-masing. Perbezaan rasa antara kedua tembakau ini ternyata ada; ianya seperti perbezaan rasa antara gula putih dan gula perang – sekali imbas rasanya seakan sama, namun dalam pada itu masa kita menyisip minuman bergula perang, kita perasan akan ada bezanya, bukan?

Kelonggaran peraturan dan etika pemasaran pada masa sekarang menyebabkan kekeliruan tentang produk dialami oleh konsumer-konsumer yang tidak berhati-hati tentang apa yang mereka beli. Ini kerap terjadi kepada tembakau black cavendish, dimana blending house acapkali menambah flavor-flavor tertentu di dalam black cavendish mereka, tetapi masih dilabel sebagai “black cavendish”. Sepatutnya, setelah ditambah casing, tembakau itu sudah layak digelar blend aromatik. Ini menyebabkan kekeliruan perisa kerapkali berlaku.

image

Sering kali tembakau cavendish digunakan sebagai tembakau tambahan di dalam blend-blend yang mengenengahkan flavor-flavor manis dan aroma yang tajam, kerana sifat & karekter cavendish yang memiliki tahap sugar yang tinggi dan berbau semulajadi manis dan harum bila dibakar. Jarang sekali cavendish digunakan sebagai tembakau utama, apatah lagi secara bersendirian, kerana kekurangannya dari segi roundness rasa, tahap nikotin dan body tembakau yang agak rendah.

Walau bagaimanapun, jangan biarkan karekter itu menghalang anda untuk mencuba dan menikmati tembakau cavendish ini. Mungkin ianya sesuai dengan anda sebagai go-to baccy, atau setidak-tidaknya kita faham bagaimana tembakau cavendish ini melengkapkan sesuatu blend. Sayugia itu kita melihat beberapa keluaran blend-blend “straight cavendish” seperti Savinelli Black Cavendish dan lain-lain, dimana penggunaan 100% tembakau Cavendish adalah diterapkan. Sama ada untuk dikonsum secara terus atau diblend dengan tembakau lain, terpulanglah kepada kita untuk menentukannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s