Ulasan Baccy : Rattray’s High Society

Di awal zaman perpipaan, kecenderungan untuk mencuba pelbagai blend aromatik adalah sangat normal. Seperti kebanyakan pemipa lain yang bermula dari perokok, saya cuba untuk mencari blend yang bukan sahaja dapat memberian perisa dan flavor aromatik, tetapi juga mampu memberikan sedikit kepuasan ala merokok.

image
menikmati High Society di dalam bowl Peder Jeppeson yang versatil

Dalam mencuba beberapa blend aromatik ketika itu, saya terpanggil untuk mencuba Rattrays High Society ini. Melihat kepada komposisi blend ini kita seakan dapat merasakan yang mungkin Rattrays cuba untuk mendekati peminat cigar dan dedaun dark fired, dimana komponen dark fired kentucky adalah antara ramuannya.

Ditambah pula dengan sedikit Louisiana Perique, ia seperti satu percubaan berani untuk menghasilkan spicy aromatik. Selain itu, penggunaan virginia dan burley adalah standard sebagai bahan primer baccy.

Note dari tinnya adalah bau harum vanilla diselang-seli dengan buah-buahan dan sedikit bau kismis. Yang positifnya, baunya tidak pekat dan merengsa sebagaimana not-not tin dari blend aromatik yang lain, mungkin casing yang digunakan adalah minimal. Datangnya High Society dengan tin 100g di dalam bentuk ribbon cut, sesuai untuk konsumasi segera.

image
ribon-ribon relai yang menyebarkan not-not vanilla dan buah-buahan

Nyalaan pertama mengundang kuantiti asap putih yang banyak. Ah, bau asapnya yang wangi seperti not-not tinnya adalah sangat menyenangkan. Virginia dan burley menguasai permainan awal bowl dengan sedikit “edge” dan flavor “vanilla-fruity” yang nyaman, tanpa flavor berat yang kita jangkakan akan datang dari partikel dark-fired. Boleh dikatakan, sukar untuk kita rasakan kehadiran dark-fired kentucky di peringkat awal bowl ini. Oleh kerana blend ini tidak terlalu basah dan tembakau yang digunakan agak berkualiti, nyalaan pertama mudah untuk kekal.

Pada pertengahan bowl, High Society seakan mengalami pesta gerhana. Walaupun flavor vanillanya tenggelam timbul, dan disinilah pelaburan Rattrays dalam menggunakan virginia berkualiti tinggi dan komponen dark-fired itu membawa balik pulangan tinggi. Pembakaran yang baik dan sedikit nikotin dapat dirasai disini. Juga, perique dengan sedikit spiciness dan tartness juga mula menonjolkan dirinya.

Pada ketika ini, ketika kebanyakan blend aromatik mula terasa kosong, High Society pula sedang membuat persembahan teater kepada kita, dimana para pelakon utamanya iaitu virginia, kentucky dan perique saling berinteraksi dan menghiburkan, dibantu pelakon tambahan iaitu burley yang terkadang muncul di dalam scene-scene tertentu, sambil berlatarbelakangkan kanvas vanilla yang tidak menonjol tetapi penting di sepanjang persembahan.

image
habuk putih tanpa elemen kasar "dottle" adalah hasil pembakaran yang baik

Adalah jelas dengan kualiti tembakau virginia dan dark fired yang digunakan, ia memberi sedikit kekuatan pada blend ini. “Spiciness” yang hadir sangat disenangi dan melonjakkan blend ini di atas kebanyakan blend aromatik lain.

Ia kekal hingga ke hujung perpipaan dan habuk putih ringan yang diperolehi pada akhir bowl adalah sangat nipis, petanda pembakaran lengkap yang berlaku di sepanjang jalan.

Selain itu, High Society adalah jauh dari blend-blend aromatik yang basah, lembap dengan perisa dan bahan kimia yang agak memualkan. Oleh itu, ianya amat sesuai kepada pemipa newbies dan veteran.

image
pengawalan ember yang baik adalah salah satu kelebihan High Society

Juga konsistensi penyalaan yang mudah (hasil kadar casing yang minimum) memberikan kepuasan pada para perokok, yang mungkin selalu menghadapi masalah menyalakan pipa mereka dengan aromatik basah. Cuma sayangnya, ia hanya datang dengan tin 100g, dimana tin 50g tidak dijual di Malaysia.

Sekarang, High Society merupakan blend aromatik yang saya kerapkali kunjungi untuk bertukar langkah seketika / “change of pace” – terutamanya apabila terlalu banyak va/per dan latakia dikonsumasi. Saya juga merasakan standing ovation harus diberikan dek kerana persembahan bertenaga dari blend aromatik keluaran Rattrays ini.

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s