Oksidasi Stem Vulcanite : Pendekatan Mesra-Pipa

on

Penggunaan stem vulcanite sememangnya tidak meluas kebelakangan ini. Sejak acrylic tercipta, pemipa-pemipa baru lebih cenderung kepada bahan baru ini yang free-maintenance dan berkilat. Walaupun begitu, peminat stem vulcanite masih memilih material ini terutamanya mereka yang suka mengigit stem, kerana ia memiliki feel yang lebih baik di mulut dan gigi.

image

Vulcanite stem memiliki satu kelemahan: oksidasi. Vulcanite stem yang terbiar lama tanpa penjagaan biasanya akan terdedah kepada masalah ini. Perlu diingat vulcanite adalah sejenis rubber compound yang menjadikannya lembut dan selesa digigit. Bahan inilah yang memberikan rasa sulfur hangit bila teroksidasi.

Banyak kaedah boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Rendaman stem ke dalam Oxyclean atau Obsidian Oil adalah cara yang mudah, namun bahan-bahan ini tiada di Malaysia. Penggunaan carnauba wax, sandpaper dan buffing, rendaman clorox juga boleh digunakan namun kaedah-kaedah ini agak “kasar”, kelak stem yang berharga akan terhakis dan silap-silap logo di stem akan lesap.

Kaedah yang saya gunakan adalah approach “lembut” – stem akan kekal pada bentuk asal & logo tidak terhakis. Apa yang anda perlu hanyalah pipestem polish atau wax, mineral oil & kain.

Pipestem wax / polish : ada dijual di tobacconist-tobacconist sekitar anda. Apa-apa brand pun takpa.

Mineral Oil : ada dijual di kedai-kedai hardware. Yang saya gunakan ialah dari Ikea, minyak yang digunakan untuk melembapkan dan merawat papan pemotong daging.

Kain – yang wooly macam combed cotton.

Sila ikuti langkah-langkah yang diambil:

image

Langkah 1: Sapukan pipestem polish / wax ke serata pipestem secara pusaran, ala mengewax kereta.

image

Langkah 2 : Biarkan seketika, lebih kurang 15 minit.

image

Langkah 3 : Gunakan kain tadi untuk mengelap polish / wax yang telah pun kering. Kerana wax adalah komponen yang abrasif, saya cadangkan gosokan itu janganlah terlalu kuat.

image

Langkah 4 : Lumurkan mineral oil di serata permukaan pipestem. Mineral oil sesuai bagi saya kerana ia neutral – tiada bau, rasa dan partikel lain yang mungkin mengganggu proses nyah-oksidasi.

image

Langkah 5 : Biarkan seketika (lebih kurang 30 minit) dan lap sehingga kering. Lakukan sekali sehari dan inshaAllah anda akan mendapat kembali kehitaman vulcanite seperti stem baru dalam jangkamasa 3-5 hari.

Seterusnya, apa yang penting ialah pencegahan. Saya masih lakukan proses ini sekali setiap dua bulan dan setakat ini oksidasi tidak berlaku pagi terhadap pipestem saya.

Walaupun agak leceh, tetapi vulcanite sememangnya tetap menjadi pilihan kerana feel stem vulcanite di bibir itu memang sangat lembut dan menyelesakan. Tiada yang seumpamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s