Perique Masterclass: Ada apa dengan Perique?

Sebagai produk tanaman yang bergantung terus kepada nutrisi tanah dan faktor cuaca, tembakau tidak lari dari segi limitasi pengeluaran. Tembakau Syrian latakia memang dikenali sebagai raja tembakau pipa dan diakui semakin terhad bekalannya. Tetapi kita kurang beri perhatian kepada fakta bahawa Perique itu sebenarnya adalah lebih rare dari Syrian latakia dan kehilangannya mungkin akan lebih dirasai, kerana tiada penggantian yang setara, sepertimana Syrian latakia boleh digantikan dgn Cyprian latakia.

image
bukan sekadar menambahkan "zest", perique juga mampu mempertingkatkan kompleksiti blend

Dari sudut sejarah, perique adalah tanaman tembakau kecil-kecilan oleh masyarakat red indian setempat sejak ribuan tahun dahulu. Diakui masyarakat ini juga mengetahui yg perique tidak boleh dikultivasi dari tempat yang lain, jadi mereka menggunakan tapak penanaman yang sama sejak dulu lagi.

Kedatangan penghijrah dari Eropah, terutamanya Perancis dan Italy juga melibatkan diri di dalam kultivasi tembakau perique, dimana tiga keluarga telah dicatatkan mengeluarkan perique untuk jualan komersial.

Hanya terdapat di St. James Parish, penanaman perique tidak pernah berjaya dibawa ke tahap yg sepatutnya, terutamanya mengenangkan permintaan tinggi untuk tembakau mahal ini yang semakin naik saban tahun. Ini adalah kerana HANYA jenis tanah di kawasan St. James Parish yg sangat kecil ini (diberitakan sekitar 15 kilometer persegi sahaja) sahaja yang sesuai untuk menghasilkan perique yg terbaik.

Digelar “magnolia soil” oleh warga tempatan, kawasan ini ternyata tidak mampu untuk memenuhi permintaan dunia terhadap perique, maka segala usaha yang mampu digemblengkan pasti akan diutamakan di sini.

image
perique adalah "the spiced tobacco"... ibarat cili di dalam masakan harian

Sekitar abad ke 19, Pierre Chenet dikatakan telah menemukan cara pemprosesan perique yang lain dari apa yang biasa dibuat oleh kaum red indian maka terhasil lah perique seperti yang kita tahu sekarang. Proses pemeraman yang dibantu oleh tekanan tinggi ke atas kumpulan tuaian daun perique ini dapat “menaikkan seri” atau memberi tekstur rasa yang sangat unik kepada blend virginia khususnya, lantas ia mendapat perhatian khusus dari pipesmokers dan permintaan terhadap perique meningkat dengan begitu pesat.

Sebenarnya, proses penghasilan perique ini memang sangat-sangat rumit. Daun perique yg baru dituai disimpan bersama sebagai satu “bale” dan bila kadarnya mencukupi, ia akan dimasukkan penuh ke dalam oak barrel dan dikompres selama SETAHUN untuk proses penapaian mengambil alih. Fermentation ini adalah natural tetapi kadar tekanan yang diberikan adalah tinggi dan dedaun perique dalam barrel masing-masing akan dibalikkan dua-tiga kali setahun bagi memastikan proses penapaiannya itu sempurna dan sekata.

Bagaikan kicap yang difermentasikan, dalam setahun itu dedaunan perique akan bertindak balas dengan proses fermentasi lantas menghasilkan flavor spiciness dan ketajaman edge seperti yg kita dapati dari blend-blend virginia + perique (va/per) yang baik.

image
blend "va/per" semestinya adalah pengguna tetap perique

Dek kerana kerumitan proses penghasilannya dan sela masa produksi yg sangat lama, kebanyakan penanam tempatan sudah tidak mahu menanam perique lagi. Krisis ini hampir tidak dapat ditangani pada awal abad ini namun sekarang masih ada satu syarikat yang membeli, memproses dan membekal tembakau perique secara aktif, lantas menggalakkan beberapa penanam perique untuk kembali mengusahakan tanaman yang sangat berharga ini. Oleh kerana perique tidak dapat dihasilkan di tempat lain, maka satu dunia bergantung-harap pada bekalan ini sahaja sekarang.

Perique dipasarkan di dalam dua variasi: “Acadian Perique” dan “Straight St James”. Perbezaan yang ketara adalah kandungannya. “Acadian perique” adalah campuran perique dan burley yang dijadikan blend primer, dimana kekuatan rasa perique distabilisasikan oleh burley dan campuran ini akan digunakan untuk dicampur dengan blend virginia (lantas menghasilkan Va/Per). Kebanyakan blend yg mengandungi perique yg boleh didapati sekarang mengandungi “acadian perique”.

“Straight St. James” pula, agak menarik ceritanya. Inilah perique yg sebenar. Sememangnya 100% perique yang asli tanpa campuran lain. Ini mungkin digunakan begitu sahaja oleh red indian dahulu tetapi hakikat kekuatan rasanya yang mungkin tidak sesuai untuk kita consume perique secara 100%, lantas

image
perique diberi tekanan yang tinggi dan dibiarkan di dalam barrel oak selama setahun

“Straight St. James” juga sebenarnya digunakan di dalam blend -blend tertentu. Mungkin anda akan sedikit keliru tetapi kelainannya terletak pada peratusan: blend yang menggunakan “acadian perique” dengan volume 1% sebenarnya menggunakan kurang dari 1% perique (dimana acadian perique sendiri adalah blend perique + burley) manakala blend yang menggunakan “Straight St. James” pada volume 1% adalah menggunakan perique pada kadar yang sama iaitu 1%. Tentunya, tekstur rasa dan flavor profile akan sedikit lain dan harganya juga jauh lebih mahal.

Oleh kerana itu, blend-blend yg menggunakan “Straight St James” saya kita semestinya mahu melabelkan penggunaan tembakau ini di deskripsi blend mereka, juga sebagai justifikasi harganya yg barangkali lebih tinggi berbanding blend-blend yg menggunakan “acadian perique”.

Pengeluaran “Straight St James” sebenarnya telah pun dihentikan dari awal 60an hingga ke hujung 90an oleh kerana penghasilan perique yang makin sedikit membuatkan produksi 100% perique adalah “extravagant” atau terlalu mewah untuk dihasilkan, mengambil kira akan permintaan sedunia yang makin mendadak naik. Namun, menyedari akan kepentingan representasi perique yang tulen adalah perlu untuk memuaskan pipesmokers yang memiliki citarasa yg tinggi, pengeluaran Straight St James disambung semula pada hujung 90an hingga sekarang.

image
perique sebagai kondimen, namun acadian perique masih boleh dinikmati begitu sahaja jika berkeinginan

Perique telah lama mewarnai dunia perpipaan dengan flavornya yang unik dan tersendiri. Di sebalik isu pengeluarannya yang semakin kurang, inilah satu dimensi perpipaan yang menarik kerana kita tahu flavor ini tidak dapat diberikan oleh tembakau lain, jadi keunikan rasanya memang sangat dihargai dan dinikmati seadanya sekarang. Namun, sudah tentu sebagai pemipa kita mengharapkan perique akan kekal diproduksikan supaya flavor rasa yang baik ini masih dapat dinikmati untuk suatu jangka masa yang lebih panjang lagi.

Secara personal, saya tidak mahu melihat blend-blend baik seperti Dunhill’s Elizabethan Mixture, Stokkebye Bullseye Flake, Reiner Long Golden Flake dan Peterson Irish Oak luput ditelan zaman, hanya meninggalkan tin-tin kosong yang masih berbau sisa daunan berharga yang telah pun pergi.

.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s