Menyaksikan blend-blend baru dari marquee terkenal Dunhill sememangnya sangat mengujakan.
Sejak berpipa, saya hanya menyaksikan kedatangan Elizabethan Mixture, Durbar dan Aperitif yang melengkapkan barisan blend-blend Dunhill terdahulu seperti Nightcap, My Mixture 965, Early Morning Pipe, Standard Mixture Mellow, Royal Yatch dan lain-lain. Saya akui, keasyikan saya dengan My Mixture 965 & Nightcap (bukankah kita semua pun begitu?) menyebabkan saya tiada masa untuk blend-blend Dunhill yang lain, kecuali Elizabethan yang sememangnya antara Va/Per terbaik yang saya pernah rasa, walaupun berpaket sampel-sampel yang saya ambil dari kedai-kedai tembakau.
Revival blend-blend lama ini adalah suatu yang sihat dan semestinya menarik. Seperti sebelum ini, dua blend popular dulu (Durbar & Aperitif) telah pun dihidupkan semula dan menemui kita hujung tahun lepas. Terbaru, Dunhill akan mengeluarkan kembali dua blend legenda iaitu My Mixture Baby Bottom & Three Year Matured Virginia, pertengahan tahun ini.
Sesungguhnya, saya mungkin masih belum lahir ketika blend-blend ini dijual di pasaran perpipaan suatu ketika dulu. Jadi, peluang untuk mencuba baccy-baccy ini pastinya amat mengujakan. Sebelum impian itu menjadi realiti, mari kita lihat sedikit deskripsi blend-blend ini:
My Mixture Baby’s Bottom:
Namanya yang unik dikatakan adalah jolokan yang sesuai dengan tahap kelembutan English blend ini. Menggunakan seleksi nisbah campuran bright virginia dan red virginia dengan amat baik, kelembutan flavor yang terhasil dari jalinan ini mengurangkan impak “latakian-powerhouse” yang diberikan oleh dos premium Cyprian latakia yang mendominasinya.
(Untuk blend ini, saya agak teruja untuk mencubanya. My Mixture 965 merupakan salah satu go-to blend saya, jadi mengetahui yang Baby’s Bottom mampu memberikan lebih jus latakia tanpa mengkompromikan kelembutan blend yang menjadi trademark kepada My Mixture 965 selama ini, kedengaran seperti sesuatu yang terlalu baik untuk dilepaskan).
Three Year Matured:
Gabungan tembakau red virginia dan dedaun oriental, ditambah dengan casing berteraskan berry dan buah-buahan menjadikan blend ini secara praktikalnya seperti separa Scottish blend. Dengan kekuatan medium strength, peminat tembakau spicy yang memerlukan sedikit perisa di sepanjang sesi perpipaan ala-Scottish blend pastinya akan gembira dengan kehadiran semula blend ini.
Sama-sama lah kita nantikan kemunculannya!