Secara amnya, membeli hadiah father’s day bukanlah sesuatu yang mudah. Kaum bapa agak cerewet sebenarnya dalam penerimaan hadiah. Biasanya, mereka hanya menerima namun untuk mencari sesuatu yang betul-betul menyentuh jiwa mereka itu, hmm….
Disini ada untungnya jika bapa anda adalah seorang pemipa. Dari sekecil tamper, baccy, hinggalah ke pipa itu sendiri, semuanya mampu dijadikan hadiah yang pasti menggembirakan mereka. Jiwa mereka yang “keras” itu pasti mencari seperti mentega di atas kuali dengan hadiah-hadiah sebegini.
Jika bapa anda bukan pemipa, dan anda seorang bapa, mungkin idea ini bagus untuk disampaikan kepada anak dan isteri anda.
Berikut merupakan beberapa hadiah perpipaan yang selalu menjadi wishlist bagi saya…sekadar wishful thinking…
Dunhill OXS … Dikatakan boleh dibilang dengan jari beberapa butir yang keluar untuk jualan. Bagi Dunhill estates, saya memang sentiasa aim untuk tahun 1970 kebawah…sekitar RM1,200 dan terlepas dari tangan saya dua bulan lepas, sebab masih berfikir panjang sebelum menekan butang “buy it now”.
Castello Sea Rock Limited Edition … Wow, sea rock dengan warna coklat terang sebegini adalah sangat jarang, ditambah pula dengan limited edition nya dan yang paling menarik – saddle bit – ya Castello jarang sekali mengeluarkan straight bulldog dengan saddle bit.
Peterson Sherlock Holmes “Squire” Meerschaum … Aduhai, lihatlah pada kuningnya meerschaum estate unsmoked ini, tanda usaha pemilik asal untuk mewarnakannya tanpa menghisap. RM850 dan terlepas sekelip mata sebab saya tidak tahu yang siri SH meerschaum ini adalah hot item.
Falcon Straight Pipe with Treated Meerschaum Bowl … Tak perlulah saya tambah lagi, gambar ini sudah cukup untuk mengecurkan air liur peminat Falcon sedunia. Salah satu sebab kenapa saya sangat memilih untuk memiliki pipa Falcon.
J.T Cooke Bulldog … Inilah the godfather of sandblast. Menggunakan approach 5-level sandbasting, pipa-pipa JT Cooke memiliki kedalaman urat hasil sandblasting yang sangat tinggi dan cantik. Agak mustahil untuk mendapatkannya kerana pengeluaran pipa dalam 60 biji setahun sahaja & sering menjadi buruan kolektor.
Walt Cannoy Canadian No 4 … Saya hampir mendapatkan pipa ini pada 2013. Walt Cannoy menghasilkan sandblasting halus yang dikenali dengan “suedeblast” dan hanya dia seorang yang pakar dalam penghasilan seni ini, menjadikan pipa-pipanya unik dan cantik.
St. DuPont Pipe Lighter … Walaupun lighter adalah perkara yang agak remeh (asalkan memberi api pembakaran yang baik, cukuplah) namun perasaan feel good hanya dapat dikecapi jika anda memiliki St. DuPont lighter seperti ini. Bertuah jika dapat hadiah sebegini.
Tsuge 3-in-1 Briar Tamper … Menggunakan briar dengan grain yang cantik, tamper ini pastinya sangat elegan untuk kegunaan di majlis-majlis tertentu.
Rak Pipa & Go-To Baccy … Rak untuk pameran seperti ini adalah antara idaman saya yang mungkin suatu hari nanti dapat dimaterialisasikan. Blend-blend yang menjadi go-to baccy sentiasa di luar, yang lain dicellarkan.
Esoterica Tobacciana Penzance … Inilah satu-satunya blend yang saya masih tidak dapat walaupun sudah dipesan untuk giliran selama 2 tahun. Selalu out of stock dan jika hadir di laman-laman web pun, akan terus out of stock….
G.L. Pease Arrakis Spice … Hanya dikeluarkan sebanyak 175 tin, blend ini adalah antara blend Balkan yang paling spicy. Terhad kerana tembakau untuk arrakis ini amat terhad dan sudah pun pupus.
Apakah impian anda pula, di pagi Father’s Day ini?