Asas Pemipa Pemula : Pipa

image Permulaan untuk berpipa adalah suatu seruan yang datang dari bermacam-macam segi: nak berhenti rokok, nak merasai ratusan blend-blend yang berlainan, nak nampak “dato”, nak tarik classy girls dan sebagainya.

Semestinya ada alunan “coolness” di situ jadi pemipa pemula (newbies) biasanya akan terburu-buru membeli pipa pertama mereka tanpa menyedari pilihan mereka itu mungkin akan berakhir di dalam stor atau lebih buruk lagi, menghentikan matlamat perpipaan mereka.

Justeru itu, pilihan pipa pertama adalah sangat-sangat penting. Namun, apakah kriteria yang perlu dilihat? Mari kita bincangkan. image

1) harga – pipa adalah instrument yang sangat penting, jadi trick nya disini ialah untuk mendapatkan pipa yang baik pada harga yang tidak terlalu mahal. Jangan terlalu kedekut dengan membeli pipa murah @ basket pipe, hobi pipa anda akan berkubur kerana jika nasib tidak baik, buatan pipa basket adalah sangat teruk sekali, membelikan pengalaman ngeri kepada anda. Pendapat saya, sesuatu di sekitar RM150-300 adalah sesuai. Terlalu mahal pun akan merugikan, jika anda dapati nanti tidak mahu meneruskan hobi ini.

2) material – bahan yang terbaik untuk pemipa pemula adalah semestinya briar. Briar dapat memberikan kemanisan rasa baccy dengan baik. Juga briar cantik untuk dipandang dan dibelai. Meerschaum kurang sesuai kerana kerumitan menjaganya dan coloration semulajadinya mungkin akan menjengkelkan pemipa pemula. Juga harganya agak mahal.

3) filter atau non-filter – Pipa berfilter adalah lebih baik bagi pemipa pemula. Ini adalah kerana mereka cenderung untuk menghisap dengan kuat dan berkemungkinan besar untuk menghasilkan wet smoke. Filter mampu untuk sedikit sebanyak menyerap air dan lembapan di dalam pipa.

4) jenis bowl chamber – Sebenarnya perkara ini jarang diberi perhatian. Namun rata-rata berpendapat bowl chamber jenis “U” adalah sangat universal, sesuai untuk pemipa pemula yang selalunya cenderung kepada baccy aromatik bercutting ribbon cut atau ready rubbed. Bowl chamber jenis “V” pula adalah baik untuk flake, dan terkadang boleh mengundang masalah untuk pemipa pemula dengan ribbon cut. image Pengalaman saya sendiri semasa mula berpipa dan menggunakan bowl “V” ini adalah sangat menyeksakan. Pipa Savinelli Leonardo ini menggigit lidah dan palate saya seperti ikan piranhas. Mujurlah saya sabar dan apabila bowl ini sudah di break-in, rasa yang baik terbit darinya dan sengsara biting tadi terhenti begitu saja. Anda bayangkan sekiranya ini pipa pertama saya, pasti saya berbalik kepada rokok semula!

Itulah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan mengenai bab pipa untuk pipa pemula ini. Nanti kita akan berbincang pula mengenai baccy dan lain-lain aspek permulaan pipa di masa akan datang.

2 Comments Add yours

  1. zrrbriarworks says:

    Satu notasi yang berkesan bagi seorang pemula…
    Zrrbriarworks

    Like

    1. almoshah says:

      tu la bro…pemipa pemula sering dihantui dengan pelbagai mitos dan kepercayaan yang terkadang membuatkan mereka jauh dari kecerendungan sendiri.

      Pendek kata ada banyak guides dan do & dont’s tetapi akhirnya seimbangkanlah tips-tips tersebut dan buatlah pemilihan berdasarkan naluri sendiri. Yang akan bersama pipa tu hingga bertahun-tahun adalah diri sendiri juga 🙂

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s