Siri Bergelumang Dengan Ira Briar : Ira Api (Flame Grain)

Tidak lama dahulu kita melihat dengan lebih dekat akan fenomena mata beburung atau lebih dikenali dengan jolokan “birdseye”. Kali ini Kita akan bergelumang dengan sejenis ira yang dinamakan “flame grain” atau ira api. Ira api yakni flame grain adalah satu tingkatan ira yang berada di takuk sedikit bawah dari straight grain. Seperti yang dicadangkan oleh namanya, ira api memiliki bentuk unjuran ira yang kelihatan seperti … Continue reading Siri Bergelumang Dengan Ira Briar : Ira Api (Flame Grain)

Perbezaan Antara Tembakau Pipa dan Cerut

Minggu lepas kita menyaksikan event RPD Smokefest berlangsung dengan jayanya. Apa yang uniknya kali ini event cerut berprestij seperti ini dihadiri oleh ramai pemipa – satu “divine intervention” yang jarang berasimilasi dengan baik di negara-negara luar sebenarnya (cuba anda perhatikan perbezaan ketara antara cigarshow dan pipeshow). Ini, adalah satu anjakan paradikma yang baik buat kita pemipa. Sementelahan kebanyakan pemipa kita sekarang telah sedikit-sebanyak mulai menerima … Continue reading Perbezaan Antara Tembakau Pipa dan Cerut

Sofistikasi Geometrikal Dari Kaywoodie “Fine Line”

Kaywoodie adalah satu jenama pipa keluaran USA yang memiliki sejarah yang sangat menarik dan mendalam. Pada asalnya, ia adalah satu siri dari pipa keluaran Kaufman Brothers. Kemudian popularitinya menyebabkan nama Kaywoodie terus digunakan sebagai satu siri besar yang ekstensif sejak awal 1920an. Pada masa yang sama, Kaywoodie juga adalah satu firma pengeluar pipa yang sangat inovatif. Banyak sistem yang dicipta oleh mereka seperti stem getah … Continue reading Sofistikasi Geometrikal Dari Kaywoodie “Fine Line”

Mikro-Ekonomik Baccy & Pemipa

Konsep mikro-ekonomik selalu diaplikasikan oleh kita pemipa. Boleh dikatakan, pemipa zaman sekarang adalah tergolong antara mereka yang bijak dan pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan sosio-ekonomik semasa, terutamanya di dalam konteks yang melibatkan perihal perpipaan. Melihat kepada pola pembelian tembakau / baccy di kalangan kita pemipa, ia sememangnya adalah satu olahan yang sangat menarik. Mengapa saya mengatakan sedemikian? Ini kerana kebanyakan kita pemipa sebenarnya memiliki kecenderungan … Continue reading Mikro-Ekonomik Baccy & Pemipa

Pipa Di Hari Minggu

Selain dari hari gaji (payday), hari minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.  Bagi golongan bekerja, hari minggu adalah kesempatan terbaik untuk berehat. Ramai antara kita yang mengambil kesempatan sebegini untuk bangun sedikit lambat, setelah lima hari bangun awal pagi untuk berlumba-lumba mengelakkan kesesakan lalulintas (yang sebenarnya tidak boleh dielakkan pun). Ada yang mengambil peluang ini untuk ke pasar membeli barang keperluan dapur. Dan … Continue reading Pipa Di Hari Minggu

My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian II)

Jika di bahagian I kita mengupas ketaksuban J.M Barrie terhadap Arcadia Mixture dengan mendalam, bahagian II ini pula menyajikan aspek-aspek lain My Lady Nicotine. Sememangnya Arcadia menjadi salah satu tunggak kepada kepada karya penulisan ini. Namun begitu, J.M. Barrie juga tidak lupa untuk mencoretkan banyak warna-warni perpipaan terutamanya yang bersangkutan dengan zaman Victorian yang nyata boleh ditemui tersebar di sepanjang muka surat My Lady Nicotine. … Continue reading My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian II)

My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian I)

Pada tahun 1890, satu karya literasi telah diterbitkan oleh seorang penulis Scotland J.M. Barrie. Bertajuk “My Lady Nicotine”, ia adalah epitom kepada dunia tobakiana dan perpipaan secara khususnya. Tidak lama kemudian J.M. Barrie menerbitkan satu lagi karya yang menampilkan watak yang sangat popular iaitu Peter Pan dan dengan kejayaan terbabit, My Lady Nicotine mulai dipandang sepi…tetapi tidak bagi kita pemipa! My Lady Nicotine berasal dari … Continue reading My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian I)

Anekdot Perpipaan #7 – days of the lord…

Semenjak-dua ini teringat pula saya kepada betapa naifnya permulaan saya sebagai seorang pemipa. Tertarik kepada dunia baru menikmati tembakau yang lain dari rokok. Berpipa tidaklah “trendy” awal dekad ini, tetapi mistik tembakau di dalam tin dan membuka komponen-komponen pipa satu persatu di atas meja cafe sambil mempamirkan wajah “I know what I’m doing” adalah satu tarikan awal ke dunia perpipaan. Mungkin saya tidaklah keseorangan. Mungkin … Continue reading Anekdot Perpipaan #7 – days of the lord…

Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Arcadia

Siri terakhir yang saya keutarakan dalam rentetan McClelland 221B ini adalah Arcadia. Ia merupakan keluaran kedua selepas Black Shag dan sebelum Honeydew. Selepas blend pertama yang menampilkan “stoved virginia”, kita dihadiahkan pula dengan blend berteraskan oriental ini, sebelum siri ini ditutup dengan blend yang diproses a-la “honeydew”. Mengikut fiksyen Sherlock Holmes, Arcadia adalah blend kegemaran Dr Watson, sekutu rapat detektif itu. Bukan sahaja di dalam … Continue reading Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Arcadia

Bisque Butternut bersama Black Shag (the gastropipa series)

Semenjak menjadi pemipa full-time, mata kita agak cerap dengan pola-pola burl dan serat-serat grain. Pantang melihat burl pada batang pokok, kepala mula terbayang corak birdseye yang akan terhasil sekiranya burl itu dikerat tengah. Itulah yang saya nampak pada butternut ini. Butternut adalah sejenis “squash” dan terdapat perbezaan pendapat mengenai persamaannya dengan pumpkin (labu). Ia mulai berbuah ketika musim sejuk dan dikatakan namanya datang dari adjektif … Continue reading Bisque Butternut bersama Black Shag (the gastropipa series)