Minggu lepas kita menyaksikan event RPD Smokefest berlangsung dengan jayanya. Apa yang uniknya kali ini event cerut berprestij seperti ini dihadiri oleh ramai pemipa – satu “divine intervention” yang jarang berasimilasi dengan baik di negara-negara luar sebenarnya (cuba anda perhatikan perbezaan ketara antara cigarshow dan pipeshow). Ini, adalah satu anjakan paradikma yang baik buat kita pemipa.
Sementelahan kebanyakan pemipa kita sekarang telah sedikit-sebanyak mulai menerima cerut; samada secara kasual, berselang seli atau tetap, jadi ada baiknya hari ini kita melihat akan beberapa perbezaan tembakau pipa dan cerut yang kita saling nikmati kebelakangan ini. Tambahan pula, ia adalah soalan yang saya sering terima kebelakangan ini jadi mungkin ia agak bersesuaian untuk ditampilkan kali ini.
Cerut menggunakan tembakau yang berpusat di Cuba dan kepulauan Caribbean lain seperti Dominican Republic, Nicaragua, Honduras, Jamaica dan turut ada di persempadanan Brazil dan tidak lupa Connecticut USA. Tembakau pipa pula selalunya adalah dari varian virginia, burley, Kentucky, oriental dan latakia. Tanaman tembakau ini adalah di sekitar Virginia, Maryland, Kentucky, Georgia, Eastern Europe, Balkan dan Minor Asia.
Kultivasi tembakau juga adalah berlainan untuk pipa dan cerut. Tembakau pipa dituai mengikut musim, selalunya melibatkan proses “stalk cut” dimana keseluruhan pohon tembakau dipotong untuk tuaian. Ia seterusnya melalui proses curing sama ada air cured, flue cured, atau fire cured. Ini agak berbeza dengan tembakau cerut dimana ia dituai secara “primings” – bermakna tuaian adalah secara berperingkat mengikut ketinggian daun dan bahagian pucuk (ligero) adalah yang akhir sekali dituai. Ia sengaja dibiarkan begitu untuknya menerima cahaya matahari secara maksimum. Walaupun ada juga beberapa jenis tembakau cerut yang turut dituai secara stalk cut, ia mungkin hanya untuk beberapa jenis daun sahaja.
Perbezaan kultivasi dan curing sedikit sebanyak mempengaruhi juga perbezaan flavor-flavor utama bagi kedua-dua konduit untuk menikmati tembakau ini. Tembakau pipa lebih terkenal dengan flavor-flavor asas seperti kemanisan buahan kering, hay, “grassy” dan “nuttiness”, manakala bagi tembakau pipa kultivasi Eropah dan Asia Minor pula flavor “smokiness” dan “leathery” adalah antara yang menonjol. Tembakau cerut selalunya lebih menjurus kearah flavor rempahan, cocoa, coffee, bouquet, cedar dan “woodsy” yang turut ditemani flavor-flavor minor seperti kemanisan, hay, hop, buahan kering dan “saltiness”.
Jadi, adakah masih terdapat kebarangkalian akan flavor-flavor yang seakan sama bagi tembakau pipa dan cerut? Ya sudah tentu ada. Beberapa jenis daun yang menerima rawatan fermentasi seperti maduro dan oscuro untuk cerut dan dark-fired Kentucky untuk tembakau pipa secara amnya memiliki sedikit persamaan flavor seperti “earthiness”, “smokiness”, sedikit rasa panggang dan “woodsy”. Sudah tentu, flavor-flavor ini adalah berkait rapat dengan proses fermentasi itu sendiri dan berkemungkinan besar adalah by-product kepada proses tersebut.
Oleh kerana itu saya sering mendengar tentang saranan yang cerut-cerut berorientasikan maduro atau oscuro adalah baik untuk mereka yang sudah biasa berpipa, namun hal ini sebenarnya wujud dek kerana sedikit persamaan flavor tadi sahaja. Pemipa juga akan memperolehi banyak lagi “fun factor” apabila mereka mencuba cerut-cerut dengan wrapper Connecticut, Cameroon, dan Jamastran misalnya. Banyak perkara yang kita boleh terokai dan elemen eksplorasi sebegini juga adalah satu keseronokan tersendiri.
Kita akan melihat pula kepada perihal rutin dan ragam berpipa berbanding mencerut pada kemudian hari kelak. Apa yang penting adalah keanjalan kita untuk mencuba dan merasai sendiri akan apa yang bumi hidangkan untuk kita – sepertimana yang kita telah perlihatkan di RPD Smokefest tempohari.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!