Bisque Butternut bersama Black Shag (the gastropipa series)

Semenjak menjadi pemipa full-time, mata kita agak cerap dengan pola-pola burl dan serat-serat grain. Pantang melihat burl pada batang pokok, kepala mula terbayang corak birdseye yang akan terhasil sekiranya burl itu dikerat tengah. Itulah yang saya nampak pada butternut ini.

Butternut adalah sejenis “squash” dan terdapat perbezaan pendapat mengenai persamaannya dengan pumpkin (labu). Ia mulai berbuah ketika musim sejuk dan dikatakan namanya datang dari adjektif “smooth as butter, sweet as nut”. Ia selalu dihidangkan sebagai “starters” atau “appetizers”, sama ada dalam bentuk sup atau dibakar dan dimakan begitu sahaja.

Dengan warnanya yang menarik (mata saya masih melihat kepada unjuran birdseye itu), anak-anak saya sudah terkinja-kinja mahukannya. Ia kemudiannya dipanggang di atas pan sebelum ia dicampurkan dengan sedikit bawang, peppercorns, grated nutmeg / buah pala yang diparut dan daun thyme untuk direbus. Serta-merta ingatan saya pun menerawang kepada perawatan briar melalui kaedah rebusan untuk mengeluarkan sap dari briar yang baru dituai. Cuma situasinya agak berbeza sekarang; jus yang akan keluar dari keratan butternut ini adalah sangat diperlukan untuk bisque kami nanti.

Walaupun telah dimasak dan dijadikan bisque / sup purée yang pekat, warnanya masih kekal menarik (cuma kini birdseyenya sudah tiada). Bisque butternut ini adalah agak “creamy” dan sedikit manis, jadi menyatukannya dengan Black Shag yang memiliki aroma yang agak “smoky” itu memberikan satu keselesaan pada palate. Rasa “earthy” blend pertama siri McClelland 221B ini juga dapat diterima dengan baik oleh palate kita apabila diselang-selikan dengan bisque butternut.

Anda juga mungkin boleh mencubanya, sama ada dengan butternut ataupun dengan labu biasa. Labu biasa bersifat lebih “nutty” berbanding butternut (butternut bersifat lebih “creamy”) jadi mungkin juga baik untuk anda memberikan sedikit penekanan kepada elemen masin apabila anda menggunakan labu biasa.

Tidak kira labu mana pun yang anda guna, anda akan tetap dapat menikmati efek yang lebih jelas daripada blend kegemaran detektif Sherlock Holmes ini dan seterusnya mungkin juga lain-lain blend yang menggunakan stoved virginia sebagai asas.

Basmallah…

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s