Ulasan Baccy : McClelland 221B Series – Arcadia

Siri terakhir yang saya keutarakan dalam rentetan McClelland 221B ini adalah Arcadia. Ia merupakan keluaran kedua selepas Black Shag dan sebelum Honeydew. Selepas blend pertama yang menampilkan “stoved virginia”, kita dihadiahkan pula dengan blend berteraskan oriental ini, sebelum siri ini ditutup dengan blend yang diproses a-la “honeydew”.

Mengikut fiksyen Sherlock Holmes, Arcadia adalah blend kegemaran Dr Watson, sekutu rapat detektif itu. Bukan sahaja di dalam karya Sherlock Holmes, Arcadia juga mendapat tempat di hati J.M. Barrie yang mengagung-agungkan blend tersebut di dalam My Lady Nicotine. Setelah nama blend ini mendapat tempat di dalam kedua-dua “literature” tersebut, tentunya ia adalah satu cabaran yang besar buat McClelland dalam menghasilkan sesuatu yang cuba untuk menyamai blend asal – lebih-lebih lagi dengan “hype” Arcadia yang dikatakan mampu membuatkan pemipa yang sangat kritikal dengan tembakau pun terdiam ketika menikmatinya. Hmm…

Dari segi komposisinya, Arcadia adalah sebuah blend oriental, dimana ia menggabungkan tembakau asas virginia dengan adunan tembakau oriental atau juga dinamakan “Turkish” (apabila daunan oriental tidak dapat dikelaskan, begitu lah jadinya). Dan satu perkara yang saya suka dengan McClelland adalah kecenderungan mereka untuk menghasilkan blend-blend oriental yang “proper” – bermakna ia bebas dari latakia. Sememangnya latakia tidak hadir di dalam komposisi blend ini, satu peluang kepada peminat oriental untuk menikmati blend “straight” tanpa gangguan.

Bau pes tomato pekat yang menyelerakan menjemput hidung apabila tin Arcadia dibuka. Ini adalah tipikal dengan McClelland – ramai pemipa yang mengadu tentang hal ini khususnya untuk blend-blend McClelland yang berkategori “straight VA”. Disebalik segala cemuhan itu, saya sebenarnya agak menyenangi bau pes tomato sebegini dan tidak mendapati yang ianya adalah terlalu “overwhelming”. Juga, berdasarkan fakta yang McClelland sememangnya terkenal dengan pengkhususan mereka di dalam blend-blend virginia, berkemungkinan besar yang proses pemeraman virginia McClelland sendiri yang menghasilkan bau pes tomato sebegini.

Sebaliknya, yang agak menghairankan saya adalah tiada bau tengik dan “swampy” yang selalunya menjadi pembayang kepada blend-blend oriental – mungkin agak “overwhelmed” dengan virginia tadi dan usahlah anda risau kerana menjelang beberapa minggu kelak bau pes tomato itu akan hilang dan bau identik oriental akan secara tidak langsung mengambil alih.

Arcadia datang di dalam bentuk ribbon cut yang agak halus. Oleh itu anda boleh terus “packing” dan menyalakan Arcadia sebaik sahaja tin anda dibuka. Namun perkara yang tidak baik tentang potongan ribbon halus sebegini adalah ia akan menjadi sedikit kering apabila tin anda berusia 4 ke 6 bulan selepas anda membukanya. Walau bagaimana pun, Arcadia akan kekal di dalam kondisi flavor yang baik meskipun ia agak kering jadi hal itu bukanlah satu masalah yang besar. Menyimpan Arcadia di dalam balang kaca yang kedap dapat menyimpan lembapan blend dengan lebih lama berbanding membiarkannya di dalam tin asal.

Flavor yang boleh didapati dari Arcadia adalah sangat menakjubkan. Saya secara kerap mendapati yang persembahan oriental Arcadia adalah sangat baik, dengan nota-nota prun masam, kemasinan dari kepingan salami, sedikit “smokiness” dari BBQ, tomato kering dan kemanisan virginia yang lazat. Ia juga agak beraroma, walaupun tidak memiliki komponen latakia di dalamnya. Helaan asapnya adalah mengasyikkan dan “retrohale” juga memberikan flavor “earthy” yang baik di rongga nasal. Kadar pembakaran Arcadia adalah sangat baik; baccy dengan tin yang baru dibuka mungkin memerlukan beberapa “relights” namun bagi yang telah dibuka beberapa bulan, sesi perpipaan dengan sekali nyalaan adalah logik.

Sepertimana dengan blend-blend lain, pemekatan rasa dan flavor akan hadir apabila sesi perpipaan sampai ke pertengahan bowl dan ke atas. Aroma oriental Arcadia akan sedikit berkurangan dan pada ketika inilah penggunaan tembakau virginia yang baik membantu dalam persembahan blend. Intensiti flavor blend juga meningkat – kesepaduan flavor “swampy”, “smoky” dan kemasinan a-la salami itu mencapai keseimbangan yang baik di takuk ini. Namun kekuatan blend masih tidak melonjak sebegitu jauh dan bersifat agak sederhana.

Sayangnya, sepertimana kebanyakan blend oriental, anda tidak akan mendapat nikotin pada kadar yang banyak dengan Arcadia. Ia juga bersifat agak sederhana dari segi kekuatan rasa tembakaunya. Ini memberikannya satu ruang yang baik sebagai tembakau pembuka selera, atau sesuatu yang anda mahukan untuk menemani hidangan teh petang bersama sepotong kek atau scones. Boleh dikatakan yang Arcadia adalah sebuah blend oriental yang agak santai dan “potent” pada masa yang sama – tidak sesantai Frog Morton On The Town dan juga tidak se”potent” Balkan Sasieni. Just nice.

Apa yang menyebabkan saya selalu kembali menghadap Arcadia setelah lima ke enam bowl blend-blend lain adalah kerana satu faktor – kepaduan flavor orientalnya yang sangat beraroma dan tulen. Asas virginia yang baik, kemasinan yang memuaskan kehendak “savoury” palate kita dan “smokiness” yang tidak terlalu kuat, ia adalah satu blend yang sangat konsisten. Sebab itulah anda boleh senantiasa mengharapkan yang terbaik dari McClelland 221B Arcadia.

Dan atas sebab itu juga, ia jarang sekali meninggalkan beg pipa saya, kemana saya pergi.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s