My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian I)

Pada tahun 1890, satu karya literasi telah diterbitkan oleh seorang penulis Scotland J.M. Barrie. Bertajuk “My Lady Nicotine”, ia adalah epitom kepada dunia tobakiana dan perpipaan secara khususnya. Tidak lama kemudian J.M. Barrie menerbitkan satu lagi karya yang menampilkan watak yang sangat popular iaitu Peter Pan dan dengan kejayaan terbabit, My Lady Nicotine mulai dipandang sepi…tetapi tidak bagi kita pemipa!

My Lady Nicotine berasal dari rentetan esei untuk majalah keluaran pada ketika itu – St James’s Gazette – dan hasilnya kemudian dibukukan. Ia mula ditulis pada ketika J.M. Barrie di lewat 20-an, dan hasil penulisan ini adalah bersifat agak jujur kerana J.M. Barrie sendiri adalah pengguna tembakau dan pemipa yang tegar dan melalui literasi ini beliau secara sangat bersahaja tetapi penuh penjiwaan menzahirkan pandangan dan penceritaanya terhadap dunia tobakiana dan perpipaan.

Penulisan awal dari J.M. Barrie ini turut dijadikan perbandingan dengan beberapa karya hebat dunia pertembakauan seperti siri Sherlock Holmes dari penulis terkenal Sir Arthur Conan Doyle. Malah, boleh dikatakan yang J.M. Barrie sebenarnya melangkau lebih jauh dari rakan baiknya Arthur Conan Doyle, dimana beliau telah pun menghasilkan satu karya yang sememangnya berteraskan dunia tembakau, perpipaan dan percerutan dengan My Lady Nicotine.

Mengapa Sherlock Holmes lebih dikenali sebagai karya agung dunia perpipaan mungkin berkait rapat dengan popularitinya yang lebih jauh dikenali berbanding My Lady Nicotine. Padahal, karya terkenal Sir Arthur Conan Doyle (yang sememangnya adalah kawan baik kepada J.M. Barrie) hanya menampilkan dunia tembakau secara selingan, dimana penggunaan tembakau pipa Holmes, Dr Watson dan watak-watak lain disekitarnya hanya diselitkan di dalam siri fiksyen terkenal itu. Akan tetapi My Lady Nicotine menampilkan dunia tembakau dan pipa secara sangat khusus dan terperinci, menjadikannya sebagai subjek teras kepada literasi berkenaan.

Sudah tentu anda tahu yang antara keagungan yang disebut-sebut di dalam karya ini adalah blend Arcadia. Blend asal yang menjadi referensi dikatakan adalah Craven’s Mixture – dan berdasarkan fakta dari blendernya Carreras Tobacco Company, J.M. Barrie sendiri adalah penggemar setia Craven Mixture dan hanya menggunakan blend tersebut secara eksklusif; jadi boleh dikatakan penulisannya dan referensinya kepada “Arcadia Mixture” adalah mengenai blend Craven Mixture ini.

Lonjakan dari literasi inilah juga yang menyebabkan Craven Mixture sangat popular dan keluarannya selepas penerbitan My Lady Nicotine menyaksikan tin Craven Mixture turut menyertakan sedikit “quote” dari karya terbabit. Mungkin, J.M. Barrie mendapat royalti yang baik dari syarikat ini, atau mungkin juga beliau mendapat bekalan percuma Craven Mixture di sepanjang hayatnya, tidak lah kita ketahui namun ia sememangnya adalah satu akreditasi yang tinggi bagi sesebuah blend untuk mendapat tempat di dalam satu penulisan yang hebat.

Tetapi apa yang lebih nyata adalah disepanjang pertengahan abad ke 20 hinggalah sekarang, banyak rejuvenasi blend yang mahu menggondong “accolade” Arcadia ciptaan J.M. Barrie ini, dan tiada satu pun yang setanding dengan fiksyennya. Pendapat peribadi saya mungkin cenderung kepada McClelland 221B Arcadia tetapi mungkin masih ada peluang untuk lain-lain pengeluar blend / blender tembakau untuk menzahirkan Arcadia dengan lebih baik dan lebih jitu.

Apa yang lebih menarik adalah referensi silang di antara kedua penulis ini tentang Arcadia Mixture – yang hadir pada kedua-dua karya agung dua sahabat ini (Sherlock Holmes dan My Lady Nicotine). Ini membuktikan yang Arthur Conan Doyle dan Barrie adalah sahabat yang sangat akrab, dan mungkin juga salah satu teman watak utama di dalam My Lady Nicotine juga menggambarkan Arthur Conan Doyle sendiri? Atau adakah watak Dr. Watson di dalam Siri Sherlock Holmes menggambarkan Barrie sendiri? 

Hal ini adalah amat menarik untuk dikaji, terutamanya kepada peminat dan pelajar “literature”.



…bersambung di bahagian II minggu hadapan ; yang menampilkan beberapa konteks lagi seperti anekdotal perpipaan zaman Victorian, sinister dan satira kemasyarakatan terhadap dunia tobakiana zaman itu, semangat setiakawan atas perpipaan dan sesuatu yang agak sama dengan temu-pipa / pipemeets seperti yang kita alami sekarang.

Jumpa di bahagian II minggu hadapan!



pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

2 thoughts on “My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian I)

  1. Masih lagi berkisar tentang arkadia dan persoalannya..Atau adakah watak Dr. Watson di dalam Siri Sherlock Holmes menggambarkan Barrie sendiri? Okey..tggu minggu depan..😁😁😁😁

    Liked by 1 person

    1. Hahaha…My Lady Nicotine memang all about pasal Arcadia Mixture…bukan yang McClelland tu tapi fictional blend yang mungkin adalah Craven Mixture…best bro reading on books like this, memang kita dapat rasa author dia pun gila pipa jugak 👌😀

      Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s