Sofistikasi Geometrikal Dari Kaywoodie “Fine Line”

Kaywoodie adalah satu jenama pipa keluaran USA yang memiliki sejarah yang sangat menarik dan mendalam. Pada asalnya, ia adalah satu siri dari pipa keluaran Kaufman Brothers. Kemudian popularitinya menyebabkan nama Kaywoodie terus digunakan sebagai satu siri besar yang ekstensif sejak awal 1920an.

Pada masa yang sama, Kaywoodie juga adalah satu firma pengeluar pipa yang sangat inovatif. Banyak sistem yang dicipta oleh mereka seperti stem getah yang dilengkapi “Inbore Tube” dari aluminium (untuk kondensasi dan penyejukan) dan sistem “Drinkless” yang popular itu, disebalik binaan-binaan pipa yang cantik menawan.

Apa yang kita mahu lihat hari ini bukanlah sejarah dan ilustrasi perpipaan Kaywoodie, akan tetapi kita akan fokus kepada satu keluaran istimewa dari mereka iaitu “Fine Line”. Fine Line bukanlah satu keluaran premium dari mereka seperti Straight Grain atau Flame Grain. Ia lebih merupakan siri untuk kategori pertengahan tetapi menampilkan kejituan kejuruteraan pipa yang sama seperti siri-siri atas.

Fine Line, seperti unjuran namanya menampilkan briar yang diberikan sentuhan ukiran garis lurus yang sederhana dalam. Pola sebegini menyebabkan briar sesebuah Fine Line masih mampu menunjukkan corak grain briar dan pada masa yang sama membawa keindahan corak geometri pada badan pipanya.

Corak geometri yang ditampilkan dengan siri Fine Line ini adalah antara yang agak unik di dalam dunia perpipaan. Kita biasa melihat “finishing” seperti smooth, rusticated dan black tetapi finishing Fine Line ini adalah lain dari yang biasa. Unjuran geometrinya memang menarik, memberikan penampilan yang lebih kemas dan “sharp” kepada keseluruhan bentuk pipa. Ramai yang menggelarnya rusticated akan tetapi itu lebih tepat untuk diberikan kepada pipa-pipa “pettinated” keluaran L’Anatra, yang tampil dengan rustifikasi bercirikan garisan geometrikal sebegini namun lebih halus.

Sayang sekali Fine Line hanya dikeluarkan dalam dua dekad sahaja, yakni dari 1956 hinggalah ke 1976. Oleh itu di sepanjang dua dekad itu pengeluaran Fine Line hanyalah mungkin beberapa ratus unit sahaja. Ini menjadikan spesimen-spesimen Fine Line menjadi buruan kolektor-kolektor pipa; sama ada yang memang meminati ciri-ciri unik “geometrical wonders” ala Fine Line ataupun peminat Kaywoodie yang semakin ramai terutamanya apabila para kolektor US mula memandang Kaywoodie sebagai pembuat pipa tempatan mereka.

Apa pun gelaran untuk teknik ini, gaya finishing Kaywoodie Fine Line adalah menarik untuk dibelek-belek dan paling nyata ia juga agak sofistikated – lebih-lebih lagi memandangkan Fine Line hadir pada awal 50an lagi.

A true collector’s item.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s