thy pursue of dementia dreams – Pengkolektivitian Pipa Falcon

Di dalam dunia perpipaan, logam tidak pernah mengatasi kecantikan alami ira-ira kayu dan animasi sentuhan yang mampu diberikan olehnya. Sebab itu minat kepada pipa-pipa besi seperti Falcon, Kirsten dan yang sewaktu dengannya adalah subjektif kepada keadaan dan senario semasa. Mengejar Falcon adalah ibarat mengejar mimpi dan bayang – anda tahu bayang-bayang akan sentiasa ada tetapi apabila dihampiri, ia semakin menjauh, sedepa dua dari kenyataan. Anda … Continue reading thy pursue of dementia dreams – Pengkolektivitian Pipa Falcon

Falcon : Revolusi Pipa Amerikana

​ Di tengah-tengah hutan merah-keperangan pipa-pipa briar yang menjadi tunjang produksi dan kolektiviti dunia perpipaan sekarang, pipa Falcon adalah agak mudah dibezakan. Dengan kilauan aluminium tuang yang berkilat memukau, “anodized body” yang utuh, badan yang ringan dan kepelbagaian kombinasi bowl yang boleh dipadankan bila-bila masa, ia kelihatan seperti mampu untuk menggoncang pasaran pipa briar. Namun, ia tidaklah sebegitu mudah seperti yang disangka. Falcon pipes bermula … Continue reading Falcon : Revolusi Pipa Amerikana

Mengenali Pipa Billiard Dengan Lebih Dekat

“Siapa ada pipa billiard sila angkat tangan!” Jika soalan itu diajukan di dalam dewan kuliah yang dipenuhi pemipa, maka akan kelihatanlah tangan-tangan berbulu memenuhi ruangan dewan. Malah, mungkin yang ponteng kuliah juga akan mengangkat tangan di dormatori masing-masing! Begitulah umumnya pipa billiard kepada kita pemipa. Ia adalah bentuk yang paling asas sehinggakan jika kita menyuruh masyarakat umum bukan pemipa untuk melukis sebuah pipa, berkemungkinan besar … Continue reading Mengenali Pipa Billiard Dengan Lebih Dekat

Anekdot Perpipaan #6 – Tentang Pipa & Cerut…

Agaknya ada yang tahu bagaimana segalanya bermula, yang ada saya ceritakan di dalam doppelgänger blog ini iaitu cerut di dunia fana. Mempraktikkan “paganism” kepada cerut Cuban yang berkualiti adalah satu dosa tak rasmi pertembakauan yang memberi impak kepada semua orang. Daunan yang baik ini adalah sumber alam yang berhak dinikmati oleh semua, walaupun anda mampu membeli dan memunggah kesemuanya. Dengan pemikiran sebegitulah saya terbawa untuk … Continue reading Anekdot Perpipaan #6 – Tentang Pipa & Cerut…

“You Are What You Puff” – Stereotaip dan Keseriusan Memilih Baccy di Abad Ini

​ Kita selalu mendengar perumpamaan “you are what you eat” atau “kita adalah apa yang kita makan”. Ini selalu disalah ertikan dan mereka yang tidak memahami akan metafora disebalik perumpamaan ini akan berfikir “Eh kalau kita makan lembu, adakah kita akan menjadi seperti lembu?” Sebenarnya apa yang ingin disampaikan adalah pemilihan makanan atau konsumasi kita yang dapat sedikit sebanyak memberikan refleksi tentang tabiat kita, kebiasaan … Continue reading “You Are What You Puff” – Stereotaip dan Keseriusan Memilih Baccy di Abad Ini

​Dilanda Badai Di Dalam Pelayaran Dunhill Royal Yacht?

Memori dengan “kapal layar diraja” ini sudah pun bermula sejak dari awal detik perpipaan saya… Dengan nama yang diluar konteks perpipaan, seni tin tembakau yang bersifat agak retro dan penawaran blend bukan English yang diluar kebiasaan Dunhill (yang terkenal dengan blend-blend bersifat English), ia bererti sesuatu yang anda perlu cuba. Sedang itu warna tin “artwork”nya yang kuning-merah juga bagaikan magnet untuk mata pemipa ketika memerhati … Continue reading ​Dilanda Badai Di Dalam Pelayaran Dunhill Royal Yacht?

Meneliti Perkembangan dan Evolusi Bentuk-Bentuk Pipa

  Salah satu sebab kenapa hobi berpipa ni menarik adalah kerana variasi bentuk pipa adalah pelbagai. Walaupun ia hanyalah sebuah instrumen yang digunakan untuk tujuan rehat dan santai sahaja, pipa adalah sangat personal, ada elemen individualistik terhadapnya, menggesa perhatian dan pastinya tidak pernah lekang dari bibir dan tangan pemipa. Malahan pada awal abad ke 20 pipa adalah umpama pencukur janggut: suatu keperluan maskulin yang penting … Continue reading Meneliti Perkembangan dan Evolusi Bentuk-Bentuk Pipa

Berpipa Adalah Satu Preskripsi Alternatif Kepada Kemelut Jiwa

Umum pemipa semua tahu berpipa ini adalah rutin harian yang ditunggu-tunggu. Ini benar terutamanya pemipa yang bekerja dimana aktiviti berpipa tidak boleh dilakukan di opis atau tempat kerja masing-masing. Semakin jam berdetik ke arah angka 5 semakin jelas bayangan pipa dan tembakau pilihan yang bakal dinikmati kelak. Bayangkan keadaan kita yang baru pulang dari kerja, menikmati makan malam bersama keluarga dan kemudian mengundurkan diri ke … Continue reading Berpipa Adalah Satu Preskripsi Alternatif Kepada Kemelut Jiwa

“Lat-Bomb” ; Bersedia Untuk Dos yang Lebih Tinggi?

​ Tahap penerimaan latakia seseorang pemipa itu adalah berbeza. Banyak yang bermula dengan aromatik, kemudian berjinak dengan virginia, va/per, English, oriental dan seterusnya. Ini adalah kitaran asas yang umum dirasai semua pemipa, walaupun ada yang mungkin terjun seperti dari aromatik terus ke English, kemudian balik ke full virginia dan bermacam lagi. Tidak kurang juga pemipa-pemipa yang datang melalui “pintu belakang” – biasanya golongan yang sudah … Continue reading “Lat-Bomb” ; Bersedia Untuk Dos yang Lebih Tinggi?

Siri “Berdamping Dengan Blend” – English

​ Ini adalah siri ke-empat (selepas aromatik, va/per, dan full virginia) yang menampilkan genre blend yang kita semua sudah sedia maklum. Cuma kali ini genre yang dibincangkan adalah genre yang sangat unik dan diminati ramai – blend English. Sewajarnya sebelum bermula, kita perlu faham akan apakah peratusan komposisi sesebuah blend English? Apa yang menjadikan sesebuah blend itu English dan apakah sempadannya dengan blend terdekat iaitu … Continue reading Siri “Berdamping Dengan Blend” – English