“You Are What You Puff” – Stereotaip dan Keseriusan Memilih Baccy di Abad Ini

Kita selalu mendengar perumpamaan “you are what you eat” atau “kita adalah apa yang kita makan”. Ini selalu disalah ertikan dan mereka yang tidak memahami akan metafora disebalik perumpamaan ini akan berfikir “Eh kalau kita makan lembu, adakah kita akan menjadi seperti lembu?”

Sebenarnya apa yang ingin disampaikan adalah pemilihan makanan atau konsumasi kita yang dapat sedikit sebanyak memberikan refleksi tentang tabiat kita, kebiasaan kita dan gaya hidup kita. Ia, walaupun berkait rapat dengan budaya dan cara hidup kita disekitar budaya itu, akan terbentuk dan berubah apabila kita menerima sesebuah pembudayaan baru yang ia pula dipengaruhi oleh persekitaran kita, pergaulan kita dan persepsi kita sendiri.

Dalam konteks perpipaan pula, ia bukanlah sesuatu yang kita perlu ambil serius sangat. Tetapi baik untuk kita fahami dan membina apresiasi tentang bagaimana perkara-perkara kecil pun mampu membawa tanggapan -tanggapan awal, baik positif atau negatif. Manusia sememangnya tidak boleh lari dengan stereotaip dan kita sebagai pemipa budiman haruslah bersedia akan stereotaip-stereotaip sebegini. Juga, sebagai seorang “gentleman” bukankah kita peka dan ambil tahu akan perkara-perkara kecil?

Agaknya elemen stereotaip yang paling kuat di dunia tembakau adalah mengenai keseriusan seseorang pemipa yang men”packing” tembakau aromatik di dalam pipanya. Atau lebih mudah, blend aromatik dianggap hanya untuk pemipa pemula. Adakah anda berfikiran sedemikian? Tentunya tidak! 

Sememangnya kebanyakan pemipa memulakan perjalanan mereka dengan blend-blend aromatik; masakan tidak, dari rokok yang “one-dimensional” kita pada waktu itu tentunya mahu meneroka flavor-flavor seperti vanila, madu, karamel, buah-buahan dan bermacam lagi. Tetapi sehingga kini terdapat ramai pemipa yang walaupun saban hari bergelumang dengan latakia dan perique, mereka masih mahukan sedikit sesi perpipaan aromatik terutamanya pada hujung-hujung minggu. Terdapat banyak blend aromatik yang baik dan bersifat kompleks seperti McClelland Holiday Season, G.L. Pease Barbary Coast, Cornell & Diehl Pennington Gap dan lain-lain. Jadi, jika pilihan blend anda turut merangkumi beberapa blend aromatik, anda tidak seharusnya berasa malu dan segan.

Ia juga tidak bermakna yang anda tidak serius dalam berpipa. Seorang pemipa matang sepatutnya tidak merasa malu untuk membawa blend aromatik ke mana-mana. Sesetengah blend aromatik amat baik dinikmati selepas makan, sepertimana anda memesan pencuci mulut. Itu belum mengambil kira lagi akan faktor yang anda perlu fikirkan jika berpipa di kawasan yang agak sensitif – contohnya di rumah orang atau di cafe-cafe awam, di mana bau latakia yang agak kuat dan unik boleh menyebabkan rasa kurang selesa pada mereka yang di sekitar anda.

Dunia seni grafik juga telah berkembang pesat dan seringkali ia digunakan oleh pengeluar tembakau untuk menemani blend-blend mereka. Oleh itu, kita dapati banyak blend-blend di luar sana yang mengambil pendekatan dalam menampilkan grafik-grafik menarik seperti Cornell & Diehl dengan kartun-kartunnya, DTM yang terkadang menggunakan ilustrasi-ilustrasi menarik seperti di tin Devil’s Holiday, G.L. Pease yang juga tampil dengan ilustrasi khas untuk blend-blend seperti Gaslight, Lagonda dan Maltese Falcon, penggunaan gambar-gambar pemandangan dari blend-blend keluaran Sutliff dan bermacam lagi. Dengan grafik-grafik yang canggih, penuh warna dan malahan bersifat lucu (terutamanya keluaran dari Cornell & Diehl), adakah blend-blend mereka kurang serius berbanding blend-blend lain?

Ini agak kontrari dengan pendekatan beberapa pengeluar berstatus “tobacco house” seperti Dunhill, Davidoff, Peter Stokkebye dan malahan Peterson. Mereka lebih senang menggunakan logo korporat mereka dan mengekalkan grafik lama mereka di tin-tin blend tembakau. Bukan setakat grafik, malahan aksara tulisan / font yang digunakan juga adalah kekal seperti pengeluaran awal. 

Bagi mereka, blend-blend keluaran mereka sudah pun terbukti diminati ramai dan mempunyai “follower” yang setia jadi pengekalan grafik dan tulisan sebegini adalah sesuatu yang harus. Mereka juga mahu memberikan satu mesej kepada peminat-peminat mereka yang blend asal yang baik adalah kekal sebegitu, dan akan kekal selamanya, selamat dari arus pemodenan dan campurtangan tembakau-tembakau baru.

Selain itu, nama sesebuah blend juga mengundang kepada spekulasi akan keseriusan seseorang pemipa itu. Ketika dahulu banyak pengeluar blend yang menggunakan nama yang sangat ringkas atau lebih teruk, menggunakan kod-kod R&D mereka sebagai nama blend (My Mixture 965 adalah satu contoh jujur kepada perkara ini). Tetapi tak lama kemudian dunia perpipaan menyaksikan nama-nama blend yang lebih drastik dan panjang mulai popular. Dan di sebalik gimik yang terkandung di motif penamaan blend-blend sebegini, terkadang nama yang mudah dan lurus adalah lebih digemari berbanding dengan nama yang “catchy” tetapi panjang dan meleret-leret. 

Sebagai contoh, sesetengah orang merasakan yang DTM’s Devil’s Holiday digemari ramai hanya kerana namanya yang unik. Saya akui yang ketika awal berpipa dahulu, tarikan Devil’s Holiday adalah pada namanya (dan unjuran tobacconists yang mengatakan blend ini adalah popular) tetapi biarpun klise nya begitu, saya rasakan yang ia adalah blend aromatik yang agak menarik dan dapat membawakan flavor yang diwar-warkan dengan baik sekali, disebalik negativiti tentang “hype” yang melandanya.

Faktor nama sesebuah blend ini sememangnya sangat penting kerana ia menceritakan kita akan apa yang mahu dicapai oleh blend tersebut. Dan ianya haruslah kena dengan “target audience” blend itu, barulah segala faktor berhubung. Sekali lagi saya menyertakan keluaran DTM iaitu blend yang dikeluarkan khas bersempena menyambut ulangtahun DTM yang ke-25 tahun, yang diberikan nama “Choo Choo Train”. Ianya adalah sebuah blend aromatik berlandaskan virginia yang menarik, dengan flavor honey dan vanilla tetapi agak sukar untuk orang memutuskan samada kita adalah pemipa serius atau sebaliknya sebaik blend ini diletakkan di atas meja makan selepas makan malam!

Walau bagaimana pun kita cuba untuk mengenepikan faktor stereotaip ini, masyarakat tetap akan membuat impresi pertama mereka dengan melihat luaran kita – di dalam dunia perpipaan tentunya pipa dan baccy kita. Sebagai lelaki budiman semestinya kita akan ambil berat kepada perkara-perkara sebegini kerana imej seseorang pemipa haruslah kita jaga. Dalam pada itu, kita juga haruslah tahu batasnya dan ada masanya, kita mahu menjadi diri sendiri tanpa mengkompromikan apa yang diri kita mahukan.

Mencapai equilibrium pemipa budiman sebegitu, adalah sangat sukar, serta berliku dan beronak duri jalannya…





pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s